Perhubungan dan Kepercayaan

8
10:08 AM
Kau tau apa sebab utama orang beli polisi ni. Sebab relationship, bro. Kau jual kat sepupu kau, sepupu kau kenalkan kat abang ipar dia, abang ipar dia pulak masukkan adik-beradik dia and so on. Jadi kau tak perlu risau pasal tu semua. Macam kau dengan aku. Kita dah kenal sejak sekolah teknik dulu. Masa datang jumpa kau hari tu, aku tak payah cakap banyak. Kau terus nak beli. Ni bukan setakat relationship yang sedia ada je bro, tapi jugak kepercayaan. Atas dasar kepercayaan tu la yang buatkan kita semua boleh develop diri sendiri.

Eh, kau ingat kerja senang ke tiba-tiba nak tahan orang yang tak kenal kat tengah jalan lepas tu present kita punya produk? Kerja gila bro. Sebab tu aku datang direct jumpa kau hari ni nak offer kau ikut aku. Nak buat jadi part time pun takde hal. Aku tolong kau, kau pulak tolong diri sendiri.

Ayat yang aku ulang semula dengan olahan sendiri, tapi tetap tak lari maksud. Korang ingat aku ni macam recorder ke boleh recall perkataan dia sebiji-sebiji...


Cakaran yang dibuat masa dia terangkan konsep life insurans ni. Sila abaikan tulisan tu. Memang tulisan dia dah buruk sejak sekolah lagi. Langsung tak berubah. Katanya, tulisan dia tu kira macam `coarse art' jugak la. Cuma boleh dihayati oleh mereka yang bermata dan berhati kasar je. Kasar dan keras macam batu...

Jadi, kata kunci kita hari ni adalah `perhubungan' dan `kepercayaan'. Harap dua perkataan ni sentiasa memberi beribu makna positif kepada sahabat aku kat luar sana.

Salam Jumaat semua...

~Hari ni 28 Februari, tak pernah aku lupa sebab ini adalah tarikh lahir si dia, selamat hari lahir...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. Jangan jadi macam cousin aku. Buat najis dengan sedara mara yang lain, hampir semua cousin lelaki dia calitkan najis tu. Last-last nya bila raya semua cousin buat tak tahu dengan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau MLM memang takde la aku nak layan...

      Delete
  2. Saya ambil life insuran bukan kerana ikhlas, tapi kerana penjual insuran itu tak jemu2 mengorat saya di pejabat setiap hari utk membeli insurannya. Akhirnya beli juga insurannya dan kekal hingga sekarang dah berbelas tahun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem, ada kisah rupanya...!

      Delete
  3. sebut pasal ni, aku teringat ex officemate aku. usaha juga paksa ambil public mutual dari 3thn yg lepas, smpi sekarang. Tapi sekarang, masih belum berjaya membeli hati aku..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tu, kau beli dengan aku je bila aku dah exam semua. walau pun muka aku ni macam tak boleh percaya. hahahaa!

      Delete
  4. betul..itu antara 2 elemen yang paling penting...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. perhubungan, ada yang menyakitkan. kepercayaan, ada yang dikhianati...

      Delete