Volkswagen Ikan Emas

15
6:20 PM

Memiliki benda mati macam gambar kat atas ni pada aku, lebih baik daripada memelihara benda bernyawa. Tak perlu diberi makan, tak perlu dibersihkan dan dihiaskan sangkar atau peti akuarium. Serta tidak perlu sentiasa diperhatikan akan tahap kesihatannya.

Tetapi masih juga boleh dibelai, disentuh, dihidu, diamati dan ditenung selama yang mungkin. Kagumilah hasil tangan manusia yang otaknya dipinjamkan oleh Tuhan.

Aku sukakan perincian yang ada pada model diecast ni. Lebih-lebih lagi ini adalah daripada model klasik tahun awal 70-an. Zaman segalanya yang penuh dengan warna-warni.

Dengan tayar getah, pintu sisi gelungsur dan jugak fungsi yang penting bila aku berada di dalam mode kanak-kanak iaitu fungsi pullback coil spring!

Kata kawan aku, ini adalah Limited Edition Type 2 keluaran tahun 1972 sebab tempat duduk hadapan yang mempunyai ruang tengah. Betul atau tidak, aku cuma anggukkan aje sebab masa tu mak abah aku pun belum dating lagi.

Cuma yang pasti, hati aku betul-betul tenang setiap kali membelek koleksi diecast yang aku ada sekarang...

Sigh!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

15 comments:

  1. setiap kali lalu kat kedai super heroes kat alamanda mesti terdetik hati nak beli replika kereta batman, gempak giler keta tu tapi last2 fikir macam membazir pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak beli tu boleh, angkat yang murah2 je bro. tapi jangan sampai terjebak dengan yang mahal2!

      Delete
  2. Tak tau pulak model Volkswagen tu namanya ikan emas. Di mana ikan emasnya..adakah pada warnanya...? Yang popular Volkswagen kura2 (beetle)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan emas tu saya yang bagi nama bang, sebab warna putih/jingga. Lagi pun dah sayang dan jaga macam bela ikan emas! Hehehee...

      Kura2 tu saya ada tapi versi convertible. Dalam proses mencarikan jodoh...

      Delete
  3. apa brand ini die cast bro...kat Tesco ada ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni welly. Kat tesco banyak hotwheels dengan maisto je. Tu pun model yang biasa je. Nak yang model yang rare dari brand welly atau kinsmart (brand lain mahal), kat kedai permainan ada. Tapi kena pandai compare harga la...

      Delete
  4. Tgk kete2 mainan kau beli ni, teringat koleksi abg aku dulu. Arwah abah aku beli satu set ada 10biji kereta/lori/bas. Dan selalu main pandu2 kete sesama seluruh ruangtamu. Lalu kat traffic light la.. lalu atas bukitla(naik atas kerusi ruang tamu).. kelakar okey.. kenangan betul.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap budak lelaki pernah main macam tu, berimaginasi dengan kereta mainan.

      ...sebenarnya sampai sekarang pun!

      Delete
  5. barang rare macam nie mesti value tinggi bro..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni tak mahal bro, takde la sampai berpuluh2 ringgit. heheee...

      Delete
  6. jaga haiwan berdosa.............. kalau tak bagi makan. haha kesian dia terkurung je kan. tapi jaga model keta tak boleh belai2. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...... siapa kata tak boleh.

      Delete