Aku dah beli sajak-sajak kau semalam...

16
12:19 AM
Cinta Kawan
Masih tetap mahu di sini,
memasak kaki, menyembah bumi,
masih gagah bersama di sini,
memancang kudrat, mengharung duniawi,
kawan itu ada ramai, sayang,
kamu ambillah dan lambung-lambungkan,
dan andai dilempar ke langit seberang,
aku pungutkan dan aku timang-timangkan.
Kawan sampai mati,
ini satu janji.
Selasa, 22 April 2008

Barisan panjang yang menjalar melintasi segmen yang menempatkan karya-karya cinta kontemporari (aku sendiri tak faham maksud frasa ni) dan juga susunan majalah Solusi sehingga tamat betul-betul di hadapan pentas persembahan, membuatkan aku sedikit kaget. Masing-masing tersangkut beg tercetak logo MPH pada bahu mereka. Ada yang hingga menyengetkan badan dek kerana beban yang terkandung di dalam beg, ada yang gagah menjinjing dengan kedua-dua belah tangan, dan ada jugak yang sekadar mengepit beberapa buah buku ke dada.

Aku? Ah, tiba-tiba pulak aku teringat yang aku belum menyauk apa-apa bahan pun. Hampir tiga suku dewan aku dah jelajah, tapi had perbelanjaan yang aku letak cuma RM50 untuk diri sendiri tu buatkan aku menjadi lebih cerewet dalam memilih. Bukan takde, ada banyak. Bukan beratus, tapi mungkin jugak jumlahnya mencecah angka ribu. Masalah jugak ni, dah dekat dua jam tapi takde apa-apa hasil. Tiba-tiba...

Sekilas pandang, aku ternampak satu nama yang tercetak pada kulit buku berwarna gelap. Halus tulisannya. Dibayangi oleh tajuk bersaiz lebih besar `font'nya, dan juga terdapat imej bayangan seorang perempuan dari sisi. Tak pasti sama ada imej itu ditiru mengikut wajah sebenar nama itu.

Nama dia adalah Fynn Jamal. Orang yang aku tau adalah seorang pemuisi, dan aku juga baru tau bahawa lagu yang kerap keluar dari celah-celah speaker kereta aku sebelum ini adalah hasil nyanyiannya... Maaf, aku terlupa tajuk lagu tu. Dan rasa malas pulak nak cari tajuk lagu tu memandangkan lagu itu kini dah berada di atas lapangan mainstream...

Hasil capaian pantas tangan kurus aku, bersama-sama dua lagi naskhah. Lokasinya di Pesta Buku Antarabangsa (MPH) 2014, Putrajaya International Convention Center. Semalam...

Tajuk : Puisi Tepi Jalan
Penulis : Fynn Jamal
Penerbit : Rabak-Lit (Ipoh)
Tebal : Lebih kurang 14.5mm. Kalau kerap dibaca, mungkin akan bertambah tebal kot.

~Puisi Cinta Kawan kat atas tu ada terkandung di halaman 91. Sekian...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. Sajak.. Kalo kawan dgn org melaka, memanjang di'sajak' kan aje..
    Eh. Faham x maksud ku?. Harap paham...mls nk terang. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ada jugak kawan orang melaka yang kuat bersajak. tapi kita pun kena pandai bersajak. macam berbalas pantun jugak la...

      Delete
    2. Kitw Layan je dgn zapin..amacam?

      Delete
    3. Kau zapin, biar aku silatkan aje...

      Delete
  2. Aku terima banyak iklan pasal Pesta buku MPH ni. Tapi macam tak meluas marketing nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku baru tau sehari sebelumnya, tu pun kebetulan baca satu blog tu.

      Delete
  3. Masa duduk bengkel dulu, puisi lah paling aku malas nak buat.. masa kena hantar 10 puisi, memang mengarut aku buat, asal ada.. behehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bengkel penulisan? Power, power. Apa lagi, sekarang ni boleh la sekali-sekala berpuisi pulak. Boleh?

      Delete
  4. tak power lansung, lah. tahun kitorg berbengkel, tahun kegawatan. jadi, start tahun tersebut, buku antologi tidak diterbitkan. lepas beberapa tahun baru ada balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam tu, sekarang ni masa terbaik beb! Khalayak kita dah makin minat membaca, penerbit indi pun dah bercambah. Belum cuba, belum tau. Pergi cari kaki lagi. Ada berani?

      Delete
  5. Malu nak beritau saya juga pernah tulis puisi. Malah pernah simpan antologi puisi sendiri yg tak terurus dalam satu fail buruk, kebanyakannya bertulis tangan yang ditulis sejak zaman bergelar student sampai dah kahwin. Thema puisi cuma dua: 1) Kasih sayang dan rindu (untuk isteri perkahwinan jarak jauh) 2) Kemarahan terhadap sistem (kalau hantar ke media mesti diharamkan punya!)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu, seminggu sekali abang JR kena terbitkan entri, sama ada yang lama atau baru.

      Delete
  6. Fynn jamal memang power. belakang buku ni buku iweep. aku ada 3 buku limited edition yang betul-betul keluaran daripada keratstudio.blogspot.com . *kenyet mata* kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. power ar kau ni. dalam seal, bertindan macam tu pun kau boleh tau. iweep ni baru baca separuh, kurang gemar sebab semua cerita pasal kekecewaan! aku sauk sebab tertarik dengan cover yang cantik. hehehee...

      Delete
  7. Aah iweep ni tak kena dengan jiwa. Aku ada buku 'batu ke-3 dari matahari. Kalau habis aku baca aku kasi kau pinjam. Okey?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok je. tapi kalau best, tak puas pulak nak pinjam. kau bagi terus je la!

      Delete