Dia yang maha memiliki

8
4:14 PM
...sedang mendengar lagu dari Youtube, God Speed Your Love yang diterbitkan tahun berapa aku tak ingat, tapi album (kompilasi) yang ada lagu ni pernah aku miliki lebih kurang 10 tahun dulu. Bersekali dengan lagu Sama Antara Sesama (brader Meor). Tiba-tiba, Stan yang stesen kerjanya terletak di hadapan aku menjulurkan kepalanya melepasi ketinggian partition. Dengan wajah bersahaja dan separa tersengih, aku dapat melihatnya mulutnya terkumat-kamit seolah sedang membacakan ayat-ayat suci.

Ah, tak mungkin dia sedang mendoakan kesejahteraan aku tanpa diminta. Kecuali la kalau dia berhajatkan sebatang rokok daripada aku.

"Apa dia?" tanya aku setelah menanggalkan sebelah earphone yang melekap di cuping telinga kiri.

"Siapa yang jaga projek kat Kuala Terengganu, minggu depan ada inspection la..." jawapan dan soalan yang diadun di dalam satu ayat. Hanya terpisah dengan satu koma, mungkin. Yela, mungkin. Takkan la dalam perbualan kita nak sebut sekali koma tu kan? Selalunya secara oralnya tanda koma ni dipisahkan dengan sela masa yang sebentar, tidak terlalu lama atau mempunyai nada yang berbeza. Tau? Tak tau, takpe.

Mendengarkan kata-kata Stan yang memerlukan jawapan segera itu, aku lantas menanggalkan sebelah lagi earphone dan bangun. Tegak mengadap wajahnya sambil jari telunjuk mengarah ke atas. Perlahan-lahan aku memejamkan mata dan mendongak. Dahi aku semakin berkerut, mungkin kerana sedang memerahkan jawapan yang muktamad juga sedangkan apa yang ada dalam kepala aku ketika itu hanyalah sesuatu yang tidak pasti. Tiada kepastian.

Beberapa saat berlalu, aku pun menjawab...

"Tuhan. Segala apa yang ada di langit dan di dalam perut bumi, hanya Dialah penjaga yang sejati. Tiada dua, tiada tiga. Segala objek nyata yang dapat dilihat dengan mata kasar, atau pun hanya sebutir zarah seni bersaiz setengah molekul udara, dan walau pun hanya sekadar terdetik di dalam hati... Cuma Dialah satu-satunya yang layak memiliki. Sejak bermulanya sejarah masa sehinggalah ke penghujung waktu infiniti..."

Penuh tawadu' dan tersusun bicara yang aku sampaikan. Mungkin jika dirakam dan di`upload' ke dalam Youtube, akan kelihatan lebih meyakinkan dan tulus berbanding kata-kata Ustaz Azhar Idurs.

"Macam c!b@! la lu ni...!" terus Stan beredar menuju ke staff yang lain. Ingin mendapatkan jawapan kedua, mungkin...

~Hari Jumaat, entri kena la ala-ala TV al-Hijrah sikit.
~Stan ni Melayu la, saje aku guna nama Facebook dia. Demi melindungi identiti sebenar.
~Salam Jumaat semua...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. tepisan tahap tertinggi.
    aku nak bergurulah, wahai tuan guru.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah, kau punya ilmu menepis pun kira orait apa...

      Delete
  2. hahahaha...memang sangat membantu jawapan tu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. 'c!b@!' tu amende?? Sejenis coklat, jenama rokok atau serbuk pencuci?? Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia mencarut tu bang...

      Delete
    2. Sekali baca komen Jay Ar aku yang muda belia dari kau ni pun dapat agak itu 'pun' la. Huhu.


      Abg Jay Ar, kalau saya jawab ia nya sejenis kuih karipap tapi inti di luar. Kenapa karipap? Sebab saya suka karipap!

      Hahaha.

      Delete
    3. tiba2 aku rasa lapar. pekena char kuey teow pasar malam kang, ok jugak...

      Delete