Engkau dan Kamu

10
1:44 AM
Seupayanya aku telah cuba
memenangkan engkau dalam hati aku
dan meletakkan kamu di dalam bingkai kristal yang paling cantik.

Setelah hilang lelah
akan aku cuba pula membangkitkan engkau
di bahu kanan aku
sementara aku tetap akan menatang kamu di bahu kiri aku.

Begitulah beratnya imbangan yang cuba aku gagahi
kerana seringkali juga tubuh aku hampir-hampir terjelupuk
di atas kaki sendiri.

Semua ini oleh kerana engkau dan kamu berdua...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Engkau dan kamu dan hang dan you...Puisi abstrak yang menarik walaun sukar difahami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak ganti nama yang berbeza bunyi tapi makna sama dalam bahasa kita ni kan.

      Delete
  2. Jap. Itu bukan lagu Shawn Colvin kan? Macam tak de kena mengena aje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kaitan siiikiiiittt.... tapi aku memang suka lagu ni pun. masa sekolah sanggup beli kaset max 3 dulu.

      Delete
  3. Powerr. Aku try 2 3 kali untuk faham :D

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kemon bro, sap kok ar...!

      Delete
  5. Err.. Puisi ni ditujukan pada siapa yer? Famili ek? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajam pemikiran kau ni...

      Delete