Hidup campak dalam hutan

14
8:15 AM

Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan.
Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan...

Betul? Ya. Kalau tanya aku, mesti aku jawab betul. Tapi bergantung pada keadaan. Keadaan tu aku maksudkan pada keadaan `kelelakian' orang yang dicampak dalam hutan.

Kalau lelaki ni spesis Bobo rasanya susah sikit nak cerita. Mungkin tempoh paling lama pun dia dapat bertahan cuma 48 jam je. Tu pun dengan bantuan khemah, sebuku roti Gardenia, dua tin tuna bersos tomato ketchup dan beberapa peralatan perkhemahan yang lain.

Woi woi, jangan kutuk lelaki lembut la abang Botak! Heheheee, masa dengar bait lirik lagu ni, tiba-tiba aku teringat kat seseorang...

Namanya Ali Hisham, tapi aku dan lain-lain panggil Ali je. Dah memang itu nama dia, takkan nak panggil Alimah pulak kan. Umurnya pulak dua tahun lebih muda berbanding aku. Sekarang, dia ni dah kahwin dan punyai dua orang anak. Anak kedua tu lahir hujung tahun lepas. Nampak tak? Nampak? Siapa kata lelaki lembut takde jiwa lelaki sejati. Masa mula-mula tengok dia dulu, aku rasa macam geli-geleman jugak. Dengan kulit gelapnya, gigi yang sedikit jongang, tetap jugak nak bela rambut panjang hampir ke paras bahu. Pergh, sekali aku terajang, bersepai organ dalaman.

Hari pertama dia ikut aku kerja, aku dah mula respek kat mamat ni. Nampak je luaran lembut, tapi dia ni memang ada jiwa keras yang tersembunyi dalam diri. Mungkin dia tak sedar, atau buat-buat tak perasan dek kerana terlalu terikut-ikut dengan naluri kewanitaan dia tu.

Pertama kali aku hulurkan parang sambil mengarahkan dia menebas ikut laluan yang aku tunjuk, muka dia macam tak puas hati je tengok aku. Apohal bai, dah itu memang lu punya kerja. Gua pulak jadi bos sama lu. Jadi, lu kena la bertindak mengikut arahan. Heheheee....

Tak berapa lama dia menebas, dia dah mula dapat rentak. Segala jenis semak yang menghalang laluan, dia tepis dengan tangan kiri. Mana-mana ranting kayu yang melintang, dia sebat dengan parang. Memang terserlah bakat dan ketangkasan dia bermain senjata. Aku rasa, kalau aku suruh lelaki lain yang lebih `keras' buat kerja ni belum tentu sukses. Kononnya perkasa, tulen tapi bila membesar kat bandar dan boleh dikatakan tak pernah redah semak, tapi bila masuk hutan yang macam ni terus lemah kepala lutut. Podah! Hahahaaa...

Apa pun, gua respek sama lu bro. Semoga menemui kembali rentak ke`keras'an yang sebenar!

~Kalau campak dalam hutan pun boleh hidup, maka lelaki ni takde beza dengan spesis ulat yang boleh hidup dalam batu. Tak gitu?
~Cinta hati aku suka dengar lagu ni, mentang-mentang la dia orang minang...
~Entri ditaip semalam, al-Fatihah untuk mangsa penerbangan MH370. Ucapan takziah juga untuk waris mereka.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. lagu tu bunyi, macam poyo je bebudak jelobu ni..muahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau kat cinta hati aku, mau kena jeling kau!

      Delete
  2. Lelaki ni kalau nak tengok ciri-ciri lelaki yang 'true' kena tengok time buat-buat kerja kasar dan lasak seperti menebas hutan. Time ni, yang betul-betul kental dan tabah je yang mampu untuk mara ke hadapan.

    Bab redah hutan kat Tanah Melayu ni, askar British dulu pun surrender beb. Sebab tu Jepun rilek je jajah pakai basikal akibat dah terbiasa training duduk kat hutan hujan khatulistiwa kat selatan Thai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesimpulannya, askar british ni tak cukup kental berbanding kita orang asia. hehee...

      Delete
  3. KALAU DICAMPAK DALAM NERAKA, TERPEKIK TERLOLONG TIADA SIAPA YANG DAPAT BANTU.. NAK TOLONG DIRI SENDIRI PON TAK BOLEH.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh, tak dapek den nak imagine...

      Delete
  4. Betul. Aku sokong part bergantung kepada kelelakian seseorang lelaki tersebut. Sebelum kau tulis tu aku dah tergerak hati perkataan tu, tup² kau tulis. Hahaha.

    Abg ipar aku luaran memang nampak gagah. Mantap. Tapi bila pergi kebun jumpa pacat, dia yang blah dulu. Baru nampak, belum lagi kena gigit. Hampeh betul.

    Aku yang ppuan ni kena geget dgn pacat pun aku tengok aje pacat tu. Tak pulak aku terjerit bagai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu nyaris ada pacat nak masuk dalam seluar aku! kawan aku pulak, pacat tu sempat sedoot kat bawah bibir dia. pergh, sekali dia `masak', dah macam sosej. mujur kami semua perokok. boleh buat penderaan sadis kat pacat2 tu...

      Delete
  5. Di kampus dulu, ada sorang kawan dari Kelantan yang alahai punya lemah gemalai. Di belakang memang kami panggil dia 'pondan'. Tapi pondan-pondan dia belum lagi habis belajar ibu bapanya dah kahwinkan dia dengan seorang wanita yang punyalah cantik dari Pasir Mas. Tahun akhir ketika kita yang macho ni cuma pandai cakap besar tentang perempuan, dia dah ada seorang anak. Bila saya kahwin 5 tahun kemudian, suatu hari dia datang ke rumah bawa 5 orang anak, sedang saya yang kononnya macho ini isteri baru mengandung anak sulung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, don't judge a book by its cover. cover je nampak kulit lembut, design warna-warni, tapi...

      Delete
  6. hahaha.. jgn pandang rndah pada org lembut..
    sedap jugak lagu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah lentik sangat, lelaki tinggi pun nampak rendah sangat2...

      Delete
  7. macam mana pula kalau hidup campak dalam laut? spesis sotong mesti tahan lama kan bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah cuba lagi. tapi kalau ada `sotong' lebih2 tu, elok jugak kita rendamkan...

      Delete