Maxis Merdu

16
5:08 PM
"Selain daripada itu, ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu encik?" Soalan dari hujung talian sana kedengaran sangat merdu. Sehinggakan bunyi kenderaan yang lalu-lalang beberapa meter dari tempat aku duduk gagal mengganggu perhatian aku. Arghh, pagi yang awalnya agak `panas' kini kembali dingin. Mungkin juga roti banjir berkuahkan kari, di bawah bumbung warung tepi jalan ni sangat sesuai dengan suara yang menjentik gegendang telinga aku ketika tu.

"Ok, tak ada apa lagi. Cuma saya nak tanya satu perkara." Jawab aku ringkas. Walau pun suara aku tidak la semacho dj radio lewat 80-an, tapi tetap jugak berbunyi seperti lelaki sejati. Tiada sengau pondan. Aku pasti.

Dan kemudiannya, aku menyambung semula bicara. "Lagu yang saya dengar masa tengah on hold tadi tak best langsung la, Entah apa-apa. Kalau saya tengah marah, boleh tambah baran tau. Lain kali, cari lagu yang sedap-sedap sikit eh..." Jawapan aku itu seterusnya disusuli dengan ketawa kecil. Berlarutan hingga beberapa saat.

Oh, tuhan. Aku boleh hidup sepanjang hari cuma dengan mendengar suara ni sahaja. Nampaknya strategi Maxis dengan meletakkan operator yang bersuara merdu jelas dah berjaya. Berjaya mencairkan hati aku yang sebelumnya agak suam. Hahahahaa...!!!

Nursery Rhyme of Innocence and Experience, Natalie Merchant

~Aku tengah kemaruk dengar lagu-lagu Natalie Merchant sekarang. Lirik-liriknya puitis tapi mudah difahami. Bunyi gesekan cello, petikan gitar dan kadang-kala ketukan mata piano pulak memang sama sedapnya macam minum kopi o tengah-tengah malam!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. selalu org ckp kalau suara sedap, muka tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, patut la suara aku tak sedap...

      Delete
  2. Pernah cakap dalam telefon dengan seorang pegawai dari satu agensi yang kalau dengar suaranya boleh bayangkan badannya besar ragam macam wresler. Sekali bila dia datang bagi ceramah kat ofis tengok badannya kalau nak minta kerja polis pun tak lulus sebab tak cukup tinggi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bermakna, dia ni seorang yang berjiwa besar dengan tubuh yang kecil...

      Delete
  3. Orang bisness memang pandai cari jalan pikat pelanggan... sora yg boleh termimpi2.. mesti macam sora Lata Mageshkar...

    ReplyDelete
  4. tu kalau lelaki yang call.. kalau perempuan call.. request 'saya taknak cakap dengan awak, tolong pass kat kawan lelaki awak..' kehkehkeh.. boleh tak cenggitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik hati operator pertama tu! hehee...

      Delete
  5. aku pun sokong ckp chot tu. biasa suara sedap, tak cun. mcm aku. bhahaha.. jadi, aku setakat jadi call center, bolehlah. tak boleh attend customer jual barang.. muehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik, kau pun sama jugak? ye ke.... (kerut dahi)

      Delete
  6. Member aku dia student hospitality. belajau macam mana nak pick up call.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suara tak sedap takpe, asal mudah paham kan?

      Delete
  7. Vokal ni memainkan peranan juga. Sekarang ni, operator Syabas pun banyak yang suara-suara sedap didengar. Pandai betul diorang main psikologi. Sekarang ni banyak orang kat Lembah Klang tengah baran dengan Syabas pasal air ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suara tak sedap macam aku ni layak kerja repair paip je kat syabas tu. hahaa!

      Delete
  8. apesal aku selalu kena ngan india yang gigih nak speaking omputeh tapi hancur eh? ini tidak adil!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tu, kena la special request macam aizamia...

      Delete