Menghalau Penceroboh

16
11:23 AM
Nak halau penceroboh yang macamana tu? Kalau penceroboh `berkepala hitam' tu ada la beberapa cara. Terpulang la nak guna cara keras macam bagi terajang barang sedas dua kat perut dia, atau buat persediaan awal dengan pasang pendinding kat rumah. Pendinding ni berkesan (insya-Allah) jugak untuk yang boleh dilihat dengan mata kasar atau mata halus.

Kalau aku, aku guna yang simple iaitu garam kasar dengan bacaan ayat kursi. Macamana kaedahnya tu, nanti-nanti la aku sembangkan. Aku ada banyak kerja ni, tak sempat nak perincikan satu-persatu. Lagi pun, korang semua mesti dah tau. Alhamdulillah, setakat ni berkesan dan hati pun tenang sikit bila tidur malam.

Ohye, aku sebenarnya nak bagitau kaedah nak menghalang penceroboh yang lagi satu jenis ni. Jenis yang kalau dah berdengung kat sebelah telinga, boleh baran sampai ke pagi. Ada orang bagitau, kalau guna kaedah macam ni dapat elakkan atau kurangkan gerombolan yang menyelinap masuk rumah. Tengok gambar kat bawah ni...


Nyalakan ubat nyamuk kat luar rumah. Diulangi, luar rumah. Bukan dalam rumah. Kedudukan yang paling strategik adalah betul-betul kat laluan yang dipercayai jadi laluan rahsia mereka. Yang ni aku nyalakan sebelum maghrib kat sebelah tingkap depan dan belakang rumah.

Setakat ni, berkesan jugak sebab sebelum masuk tido dalam pukul 2:30 pagi tadi aku ada nampak macam kelibat beberapa ekor nyamuk tengah mengintai kat celah ranting pokok bunga kertas jiran sebelah. Dengan mata merah terkedip-kedip dan jugak muncung jarum yang dahagakan darah manusia, aku rasa sampai azan subuh la dia duduk situ. Nampak sangat tak berani nak masuk.

Tu belum aku laungkan azan. Kalau aku dah azan, mau masing-masing lintang-pukang lari tak cukup sayap! Eh, betul ke yang aku nampak tu nyamuk ha...?

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. KEJAM.. KEJAM TERHADAP NYAMUK.. WAKAKA

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia punya kejam takkan nak biar je bro...

      Delete
  2. 1- aku dah lama tak beli ubat nyamuk lingkar tu..

    2- nanti ceritakan pasal pendiding guna garam tu okeh bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. cap ikan emas, rm1 je...
      2. ala doc, simple je...

      Delete
  3. Saya dah lebih 10 tahun tak simpan ubat nyamuk yg asapnya naik berkepul-kepul tu, takut disalah guna anak2 bahaya..silap2 bukan saja nyamuk yg pening, satu rumah pening bila asap naik sampai ke atas bumbung.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, sebab tu saya letak luar rumah je bang...

      Delete
  4. Seek and destroy bro! Jangan biarkan anasir-anasir jahat tersebut terus mengganggu gugat ketenteraman rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. destroy sampai lumat!!! tapi sebenarnya diorang cuma mengelak je...

      Delete
  5. ada seekor penceroboh ni masuk bilik aku. Bila adik aku sembur je, terus hilang. Hilang tau. bukan lari. Mcmana tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke hilang? entah2... aish, seram pulak! hahaaa...

      Delete
  6. tu la pasal....lain macam je..ko cerita pasal nyamuk atau hantu ni? ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua perenggan terakhir tu saje je nak bagi sedap cerita. hehehee...

      Delete
  7. Nyamuk lari, tapi guna sayap? Hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "lintang-pukang terbang"... eh, kurang kena pulak. tak normal macam bobo je...

      Delete