Selimut Kapas di Kinabalu

17
11:43 AM
Sebelum ni, aku cuma pernah sekali je melihat puncak Gunung Kinabalu dari jarak dekat. Jarak dekat yang aku maksudkan bukanlah dapat ditekap dengan tapak tangan, dipijak dengan tapak kasut atau menghirup udara nipis secara langsung kat atas sana. Tapi sekadaar bergambar dari sebatang jalan dalam perjalanan ke kaki Gunung Kinabalu dengan berlatarbelakangkan puncaknya.

Sebab masa tu (dua tahun lepas kot) aku di dalam percutian keluarga. Mana mungkin aku nak bawak diorang panjat gunung semua tu. Dapat jalan-jalan kat kaki gunung lepas tu habiskan duit dengan beli cendera mata kat situ pun kira ok la tu. Boleh la lepaskan gian. Sebelum tu, cuma tengok gambar atau dengar orang lain cerita je.

Tapi minggu lepas, sedang aku dalam perjalanan ke Sandakan selepas beberapa minit melewati Labuan (aku nampak pulau tu dari tingkap kapal terbang), aku betul-betul terpesona. Terasa sangat-sangat dekat. Dan secara jujurnya, walau pun dah beberapa kali aku berkunjung ke Sandakan atas urusan kerja, ini adalah kali pertama aku dapat melihat puncak Gunung Kinabalu dengan jelas macam ni.

Sebab dalam perjalanan sebelumnya, aku lebih suka duduk di seat bahagian dalam, supaya mudah nak tengok awek pramugari yang lalu-lalang macam watak animasi Sailormoon tu.

Yang tambah cantiknya, puncak gunung tu kelihatan seperti muncul dari hamparan selimut kapar yang seluas mata memandang. Kalau tak percaya, sila layan gambar-gambar kat bawah ni.













Ceh, aku syak mesti ramai tak percaya bila aku bagitau yang pemandangan masa tu memang cantik. Memandangkan aku tak berapa reti sangat nak berbahasa bunga-bungaan, lepas tu kualiti gambar yang aku ambik ni pun semacam hidup segan pengsan tak mahu.

Apa pun, percayalah...!

~Subhanallah...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

17 comments:

  1. nampak macam cotton candy, macam nak cubit sikt masuk dalam mulut..ermmm..manisnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum sempat kau cubit, dah kena sedut keluar dari badan pesawat!

      Delete
    2. Next time kalau fly bgtau ye. Nk kirim awan nano tu

      Delete
    3. Kalau Sakinah kena sedut keluar aku gelak dulu. Hahahah.

      Delete
    4. lepas gelak, kau pulak kena sedut keluar!

      Delete
  2. Dah lama tak ke Sabah. Masa pergi dulu pun asyik2 ke KK saja, jauh dari bayang Gunung Kinabalu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la bang bawak famili bercuti ke KK. spend 1 hari untuk ke kaki gunung tu.

      Delete
  3. masa kau dah sampai puncak tu, rasa mcm kau atas awan dah.. rasa nak menangis sbb sgt bersyukur dengan keindahannya dan sbb akhirnya kau sampai di sana. ambillah masa, pergilah botak. ia akan jadi moment yg takkan kau lupakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau up la satu entri pasal panjat gunung ni (atau pun aku ada tertinggal tren).

      tahun ni punya target nak tioman pun macam tak tercapai je. lepas tu tahun depan, ada orang ajak aku pergi umrah la...

      Delete
  4. Awat makchaq tak nampak pun puncak gunung tu... tak kan tak dak jodoh kot?

    Apapun cantik sangat gambaq ni... nampak gebu....rasa macam boleh jalan2 atas awan tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah, ni lagi sorang nak kena sedut keluar...

      Delete
  5. aku sabah pun tak pernah pegi lagi..setakat nie tengok ikut gambar jer laa dulu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la bro, hari tu kau pergi tioman. lepas ni pergi gugusan pulau (manukan, sapi dll) yang paling dekat dengan KK. terbaik bro...!

      Delete
  6. Tuhan dh jentik hati soh pegi la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi mana, pergi mendaki ke pergi umrah?

      Delete