Ulat Gonggok Kepala Berasap (entri banyak gambar berturut)

14
2:38 PM
SUV yang kami berempat naiki membelok ke kiri, keluar dari jalan utama Kota Kinabalu - Papar. Beberapa depa di hadapan, melintang sebatang jaluran landasan yang dipisahkan oleh palang yang aku kira telah beberapa minit lalu diturunkan. Brek tangan ditarik, dan pemandu kami menghembus nafas dalam lantas melepaskan genggaman tangan kanannya dari steering wheel.

"Kenapa, kita memang kena lalu jalan ni ke?" Tanya Bani yang duduk di bahagian penumpang hadapan.

"Bukan lalu sini, tapi kita kena pick-up Encik Naz dulu kat rumah mak mertua dia. Tapi sebelum tunggu, kita tengok dulu apa yang akan datang. Kejap lagi sampai la tu." Jawab Reza, lelaki awal 30-an yang berasal dari Muar.

Kali pertama kenal 5 tahun dulu susuk badannya langsung tak ubah seperti pemain badminton. Tapi sekarang, dengan aksesori tambahan di bahagian perut, dada, lengan dan peha membuatkan dia kelihatan agak chubby. Dan sekali-sekala aku memanggil dia bohsia, lebih-lebih lagi bila dia keluar dengan hanya berseluar pendek!

"Hah, tu dia. Dah datang dah. Cepat ambik gambar. Bukan selalu korang dapat tengok benda ni!"
Lantas mata kami semua terarah ke kiri dan dari jauh, kelihatan kepulan asap putih berlumba-lumba naik ke udara. Semakin lama objek hitam/hijau yang menjadi punca asap itu dihasilkan semakin menghampiri.

Tanpa lengah, kami bertiga (cuma 3 orang je yang jakun, si Reza ni memang dah tak heran dah) segera mengeluarkan segala gadget yang perlu. Aku dengan telefon bijak separa cabuk, pantas menekan fungsi kamera dan menukar setting gambar kepada saiz yang bersesuaian.

Snap, snap, snap... Dan inilah hasilnya.










Masa kunjungan dengan famili dua tahun lalu, aku langsung tak berkesempatan nak mencuba naik keretapi North Borneo Railway ni. Agak frust jugak la. Dan kebetulan yang terjadi semasa kunjungan kerja kali ni, aku harap dapat mengubat sedikit kekecewaan dulu.

Apa ada hal, tak dapat naik sama-sama dengan mat salleh dalam koc keretapi tu, dapat ambik gambar pun kira orait la jugak kan...

~Kali kedua dalam tempoh sebulan, aku ke Sabah.
~Makin kerap aku ke sini, makin aku sukakan Sabah. Faktor utama, mungkin sebab udaranya (dan boleh cuci mata tengok `cenderahati') kot...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. Banyak kali juga ke Sabah, tapi cuma tengok saja keretapi tu sambil mendengar cerita dari orang Sabah tentang sejarahnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali imbas, memang rasa nak naik sangat...

      Delete
  2. membaca tajuk entri-ulat gonggok...membuatkan saya fikir byk kali utk scroll kebawah..kut2 betul2 ada gambar ulat gonggok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab benda ni bergerak perlahan macam ulat gonggok. tersipu-sipu, ayu menyusun langkah...

      Delete
  3. kena naik tu, sangat rare.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena, kena. dah dekat tapi tak sampai. harga pun boleh tahan bai!

      Delete
  4. PERNAH NAIK KERETAPI DARI KL KE PENANG MASA AKU KECIK2 DULU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun pernah, tapi bila dah tua bangka ni...

      Delete
  5. kalau tgk laju2, mcm keretapi tu bergerak.
    aku teringin nak tgk, kenapa kau panggil beliau bohsia. mcm arpon sgt ke beliau..? kekeke..jgn marah..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaa! kecoh la weh. sebab mamat ni tonggek! (beliau? ceh...)

      Delete
  6. cantik ape, tonggek. bhahaha
    ngok la kau nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak la. kalau original memang la cantik. ni punggung tonggek, pakai seluar pendek. rasa macam nak flying kick dari belakang... hehehee..

      Delete
  7. Chet! Aku ingat cerita pasal ulat gonggok literally ulat. Tertipu gue!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hek eleh, macam tak tau aku ni...

      Delete