You, Not A Random Pictures Of You...

16
12:13 PM
Sebenarnya aku dah lama tau macamana cara `you' beranak, sebab dulu aku pernah tengok satu dokumentari kat saluran televisyen berbayar. Cuma bezanya dalam dokumentari tu `you' melahirkan anak dalam air, tapi kali ni aku tengok depan mata macamana dengan sadisnya anak `you' dikeluarkan bukan dengan kaedah semulajadi. Atau yang kita semua biasa dengar sebagai caesarean...

Dan apa yang lebih memeritkan, semua empat anak-anak `you' itu diberanakkan di atas meja sembelihan...! Oh, mujur aku sempat merakamkan beberapa keping gambar buat tatapan dunia demi menunjukkan betapa kami semua tidak kisah berlaku kejam semata-mata memenuhi naluri pemangsa yang tersembunyi...






Lokasi, restoran tepi laut berhampiran bandar Sandakan. Jangan risau semua, ikan ni memang dah sedia tak bernyawa sebelum proses menyiang ni dibuat. Nampak macam kejam bagi sesetengah orang. Tapi nak buat macamana, takkan aku nak marah pulak. Silap haribulan, aku pulak yang kena siang karang!

Menurut kata tukang sembelih tu, selalunya anak ikan yang macam ni akan dibuang sebab susah sikit nak masak. Berbanding dengan yang dewasa.

Selalu kalau aku ke Sandakan ni, aku suka makan siput tarik. Sedap gila weh, sekali cicah dengan kicap tiram cair. Tapi hari tu takde pulak, mungkin bukan musim kot.

Lepas tu ada satu lagi yang baru sekali aku dapat peluang makan sedikit masa dulu iaitu `baby crab'... Pergh, isi memang kurang tapi boleh dimakan dengan kulit sekali. Rangup...!

Eh, adakah aku ni pun boleh dikira sebagai spesis pemangsa jugak?

~Pemangsa tak semestinya kanibal, tapi kanibal adalah pemangsa. Pada aku manusia kanibal adalah jenis `kawan makan kawan'.
~Sebenarnya aku sekarang ni sibuk sikit. Tu yang banyak cerita benda dah lepas je. Nak berfiksyen pun tak sempat....
~Baru aku perasan, dalam kebanyakan entri aku mesti ada gambar...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. Yg bukan pemangsa itu cuma geng vagetarian kot. Kita pula kadang2 jadi pemangsa, kadang2 kita yg jadi mangsa. Kadang2 pula kita jadi pemangsa dan mangsa dalam satu waktu yg sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang biasa, pemangsa dan mangsa tu dari spesis yang sama...

      Delete
  2. ikan apa tu bro... yu ker...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan 'you', hehehehee....

      Delete
  3. siput tarik atau siput sedut? atau mmg dua2 siput ni berbeza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. siput tarik, berbeza bro. bentuk pun tak sama. rasanya lain. cangkerang siput tarik ni dia punya keras ya amat! cara makan kena guna pencungkil untuk keluarkan isi atau tarik `kuku' yang terkeluar tu. isi lebih kenyal berbanding siput sedut.

      Delete
  4. ikan you...mmg lain macam bunyi yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. saje je nak komersilkan. hehehee...

      Delete
  5. aku tak suka baby crab. rasa dia tak sedap.. hehe..
    aku lupa nak ckp, kereta aku dah basuh wei.. hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh, sedap la wei... sedap tu bukan pada isinya, tapi pada kulitnya yang rangup. tambahan pulak kalau salutan tepung tu pun garing/rangup jugak. (meleleh air hidung)

      Delete
  6. you mmg kijam.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku reporter tempat kejadian je, pun kejam jugak?

      Delete
  7. Botak, kau (you) ada ikan?
    Aku (I) ada ikan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebijik macam dialog drama waktu maghrib kat tv3 tuh...

      Delete
  8. YOU MEMANG KEJAM.. KEJAM.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. brader, kalau belanja ngeteh barang sejam dua kira kejam tak? hehehee...

      Delete