Cacat Otak

18
6:59 PM
"Ha, kat situ ada kosong. Masuk la..." Kata dia sambil menuding jari ke arah sebuah kereta yang sedang mengundur keluar dari petak parking. Sebelah lagi petak masih lagi terisi. Aku sedikit mendengus.

"Hush, mana boleh parking situ...! Tak nampak ke signage OKU tu."

"Ala, kereta tu boleh je." Jawabnya selamba.

"Memang la boleh, sebab dia pun orang cacat jugak. Tak nampak ke?" Tanya aku lagi...

"Cacat apa, tak nampak pun stiker OKU kat kereta dia." Pertanyaan aku dibalas dengan satu lagi pertanyaan.

"Cacat otak kot..."

Lokasi, berhampiran Terminal Bas Larkin Sentral, Johor Bahru.

Beberapa minit kemudian, ada pulak kereta lain yang masuk. Mungkin kebetulan je kot kedua-dua kereta bangang ni ada nombor pendaftaran yang hampir sama. Kalau pemandunya adik-beradik, memang agak malang jugak la rakyat Johor ada pemandu spesis macam ni. Heheheee...

Maafkan aku wahai orang Johor. Bukan ditujukan untuk kalian semata-mata. Tapi perangai haram jadah ni memang biasa sangat kat Malaysia.

Phuuii...!!!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

18 comments:

  1. keluar kereta boleh buat buat buta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon sesiapa langgar `si buta' ni dengan basikal...

      Delete
  2. kesian OKU. susah tau nak parking jauh. nak gerak dgn tongkat/kerusi roda/pakcik tua. aku nak membebel juga sbb parking Lady selalu lelaki yg amik.. bahaya kitorg(single driver) jalan jejauh dlm parking zone tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cis, ni yang buat aku nak marah ni... (semangat pahlawan tiba-tiba mekar)

      Delete
  3. Hahaa..betul tu. Dah kita tengok dia cukup sifat..apa lg yg cacat kalu bkn otak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan marah kalau orang ramai marah panggil takde otak. hehehee...

      Delete
  4. kenapa laa waktu beli kereta dulu penjual tu tak bagi sekali kesedaran sivic secara percuma...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesedaran sivik tu lagi mahal daripada honda civic. diorang ni mana mampu beli walau pun tak payah guna duit...

      Delete
  5. OKU Parking Sign, Sign No Uturn. Memang ramai sangat yang bijak pandai selalu langgar arahan tu. Rakyat Malaysia memang genius kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. genius? ye, genius la sangat...

      Delete
  6. Aku pun org joho.. tapi aku tak cacat otak ea.. hahaha.

    Org camtu kasi betul2 cacat baru di rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkataan JOHO tu memang best bro! uniquely johorean...

      Delete
  7. TAK PERNAH TERLINTAS DEK AKAL AKU UNTUK PARKIR DI KAWASAN PARKIR OKU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali lagi, mohon sesiapa langgar pemandu ni dengan basikal masa dia melintas jalan...

      Delete
  8. ooo aku pernah makan dkt2 area situ.. makan kacang pool layanzzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kat sentral ni cawangan. abang besar dia ada kat larkin bomba...

      Delete
  9. Memang ada orang yg tak reti nak ikut peraturan ke tak reti bahasa dan pentingkan diri sendiri...memang biasa sangat kita tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akibatnya bila lesen memandu diberikan kepada yang buta huruf, buta signage...

      Delete