Jari II

13
4:12 PM
Lebih kurang jam 2:15 petang. Macam biasa, seperti yang aku dapat jangka. Pasti akan ada muka-muka sama melepak kat ruang pantri yang menempatkan tiga buah meja panjang siap dengan kerusi. Beberapa lelaki sejati yang menjadi ahli tetap berlumba-lumba menghembuskan nafas berapi ke udara. Berkepul-kepul, bergulung-gulung memenuhi segenap inci ruang atmosfera setempat.

Aku yang duduk di antara mereka, cuma memerhati dengan mata yang semakin pedih.

"Jang, kau tengok jari aku ni. Betul ke sesuai nak jadi pemain gitar?" Soalan ringkas itu aku tujukan kepada salah seorang mereka. Duduk di sebelah kiri aku. Dengan kepala botak kurniaan Tuhan, tubuh kurus kering dan tinggi kurang setengah jengkal daripada aku, matanya segera dialihkan ke kedua-dua belah tangan aku.

"Tak kisah sebenarnya, yang penting bakat. Tapi aku tengok jari kau ni sesuai buat satu benda je." Jawab dia perlahan.

Aku sengaja bertanyakan soalan ni kepada lelaki yang bakal menyambut ulang tahun yang ke-50 tahun ni. Disebabkan dia adalah seorang otai dalam instrumen bertali dan kerap jugak bermain muzik dalam majlis-majlis rasmi kat tempat aku bekerja ni. "Apa dia Jang, biola ke?" Soal aku kemudiannya.

"Bukan, jari kau ni sesuai buat korek hidung sendiri je..." Ringkas, padat dan membunuh kata-kata yang keluar dari mulut berbau loji kumbahan itu.

"Cilaka kau Jang...!"

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

13 comments:

  1. Buat korek tahi hidung? Kejamnya jawapan....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam nak korek bijik mata dia...

      Delete
  2. Dulu masa pergi kerja naik bas, bulan puasa. Lupa stok gula-gula dah habis. Untuk membatalkan puasa, aku korek hidung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku harap kau basuh tangan masa nak berbuka tu...

      Delete
  3. perghhh...baik punya jawapan..serupa bawak kete 180km sejam pastu langgar tembok depan2..hahahhahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. kah kah kah..

    jawapan jujur lagi ikhlas tu

    ReplyDelete
  5. cuba ko buat jari tu untuk korek biji mata dia...tgk apa jadi.

    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku akan jadi banduan kot. hehee...

      Delete
  6. korek hidung sambil bawak kereta adalah nekmattt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chot, ingat kan aku jangan naik kereta dengan kau.

      Delete
    2. kau kesat kat mana, bawah seat ke?

      nak tumpang boleh, tapi kau kena siap2 pakai sut hazmat.

      Delete