Jari

20
11:41 PM

Pernah suatu ketika dulu, housemate aku bagitau yang jari-jari aku ni sesuai untuk menjadi pemain gitar. Benar atau tidak, tak terlintas pulak masa tu nak tanya lebih lanjut. Tentang ciri-ciri fizikal jari aku yang membuatkannya sesuai untuk menjadi sehebat Kirk Hammet, atau sekurang-kurangnya boleh bermain sebaik brader surau hampir nak runtuh tempoh hari.

Ah, rasanya tak salah kalau aku cuba belajar semula sekarang. Never get too old, bro! Rick, you're my inspiration.

Tapi kalau dia mula mendapat semangat belajar main gitar lepas dapat peluang menyanyi sepentas dengan vokalis The Who, aku pulak nak kena tunggu berduet dengan siapa? Takkan dengan Agnes Monica kot. Heheheee...

~Beberapa minit memejamkan mata, menghayati masa bersendirian sambil mendengar muzik dari radio kecil ni betul-betul mengimbau kenangan zaman muda dulu...

~Minggu pertama bulan April yang amat sibuk...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

20 comments:

  1. Tak taulah jari saya ni jenis apa, tapi masa kat sekolah dulu pernah main drum utk band sekolah, hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dah kira kaki pukul, bang...

      Delete
  2. Replies
    1. aku dah usha harga gitar kapok...

      Delete
  3. jari aku ni bro, jenis tak sesuai main gitar,mahupun piano...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jari untuk mengubatkan orang, insya Allah...

      Delete
  4. Dulu aku pernah belajar main gitar kejap, kawan aku cakap jari aku domok-domok sangat, tak sesuai nak petik tali gitar tu. Hampeh. Hahaha. Tapi aku memang tak minat pun main gitar.

    Masa pancaragam di asrama aku main trombone! Hah kau. Orang lain semua sibuk tanya macam mana kau main trombone? Macam mana kau nak tahu note dia macam mana semua? Tahu pun hebat orang main trombone ni tau.

    Hahahaha. --Giler gelak riak!

    ReplyDelete
  5. tengok orang main trombone, aku terbayangkan seekor gajah. dengan belalai tegak ke depan, telinga menghadang angin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan aje rupa hampir sama, bunyi pun hampir sama juga.

      Delete
    2. tapi aku harap saiz tak sama. hahahaa!

      Delete
    3. Giler aa kan kalau saiz pun nak sama. Penyek aku nak angkut trombone saiz gajah tu. Hahaha.

      Delete
    4. aku tak maksudkan saiz alat muzik tu la...

      Delete
    5. Arghh malas la aku nak pk apa yang kau maksudkan.

      Delete
  6. selalu org kata..tgk jari la...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni jari cari rezeki ni kak...

      Delete
  7. Kawan saya, abang bassist ni cakap, memang tak terlambat tetapi... hihi good luck ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kirim salam kat brader bassist tu. kang aku dah mantap, boleh la form satu band veteran. hehehee...

      Delete
  8. guitar nie kalau dulu pernah main rasanya kalau nak get back boleh sebab basic masih ada..cuma masalah kalau dah tua2 baru nak start petik guitar..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, aku lantik kau jadi lead guitar. kita namakan band kita sebagai "the dreaming old guys who have no idea what they are in to". hehehee...

      Delete