Menjadi Ketua Yang Disayangi

11
4:11 PM
Dulu... Tak berapa sedikit masa dulu aku pernah jugak berpeluang menjadi ketua. Ketua kepada dua orang pekerja site yang jauh lebih muda daripada aku. Bermula jam 6:30 pagi sampai la petang, mereka la yang akan menjadi peneman aku ketika meredah hutan paya, semak belukar atau meranduk air separas pinggang. Kalau bernasib lebih baik, mungkin kami tak perlu merintis terlalu banyak sangat dalam perjalanan ke stesen terakhir, cuma menumpanh denai yang menjadi laluan `kereta kebal' atau `orang kuat'.

Nak dikatakan aku ni ketua yang baik dan lemah lembut tu, takde la sangat. Setiap hari, budak dua orang tu memang dah biasa makan aku punya maki, marah atau kena tengking. Dah macam makanan ruji pulak.

Tapi kalau nak dikatakan aku ni terlalu garang pun, tak betul jugak. Setiap pagi sarapan diorang aku jugak yang payung. Perbelanjaan duit makan sepanjang hari tu aku cuma potong separuh je daripada elaun makan yang diorang dapat. Kira yang separuh lagi tu aku belanja la.

Oh ya, mungkin sebab...

...sebab aku ni hensem kot. Sampaikan diorang tertarik nak buat abang ipar! Apa pun, lebih kurang setahun selepas aku berhenti kerja dari firma swasta (kat Johor Bahru) tu, budak dua orang ni masih lagi rajin menelefon aku. Bertanyakan khabar. Walau pun aku ni dah takde lagi kaitan dengan hidup diorang. Apa yang membuatkan diorang tu sayang sangat kat ketua yang botak ni, aku tak berapa pasti.

Cuma apa yang aku tau, nak menjadi ketua yang disayangi ni kita kena amalkan ungkapan ni. Iaitu... `be a part of them'. Jangan sombong, anggap mereka tu bukan sahaja sebagai anak buah, tapi juga orang penting dalam tugasan sehari-hari. Cuba bayangkan kalau diorang tu tak kerja (contohnya ponteng), mau terkucil aku punya progres kerja.

Dan sebagai berkongsi pengalaman kami bertiga, aku tinggalkan dengan catatan ulangan kat bawah...

*****

"Ha, laju lagi. Laju! Langgar dia. Hahahahaa! Woohooo....! Laju lagi, laju!!!"

Suasana riuh mengisi segenap ruang dalam Proton Iswara 1.5s sedan berwarna biru petang itu. Mamat yang duduk di belakang dan Gemuk di sebelah kiri aku sama-sama galak dan terjerit-jerit melihat benda yang berada di hadapan kami ketika itu. Selaku chainman, mereka berdua adalah orang kuat aku ketika di site, dan selalunya suara aku pasti akan mengalahkan suara mereka di tengah-tengah hutan sekunder, agar arahan aku dapat diterima dengan jelas. Tapi petang itu, suara mereka berdua berjaya menenggelamkan dekahan keras dari rongga kerongkong aku.

"Cepat! Langgar dia. Laju lagi. Hahahaaa! Woohooo... Hahahahaa!!!" jerit Mamat di belakang. Tubuhnya didorongkan ke hadapan antara aku dan Gemuk.

Aku turut sama berdekah kuat. Tangan kiri aku sudah terletak di atas kepala gear knob bersalut krom, bersedia akan segala kemungkinan. Manakala tangan kanan aku menggenggam kemas stereng wheel sambil sebatang kretek terselit di celah jari telunjuk dan jari hantu. Tinggal suku.

Gedebuk, gedebuk, gedebuk!

Kedengaran tapak kaki itu menghentak permukaan jalan tanah merah. Permukaan yang mengeras dek kerana sudah hampir seminggu tidak disiram hujan.

"Hahahahaaa..!! Hahahaa!!! Laju lagi! Cepat, cepat! Langgar dia! Langgar..." Semakin galak jerit pekik tersembur keluar dari mulut Mamat dan Gemuk.

Beberapa ratus meter kemudian, tiba-tiba benda itu menyendengkan badannya ke kiri sedikit. Bukan kerana kehilangan imbangan badan, tetapi kerana mahu mengelak bontotnya dihentam bumper kereta yang aku pandu. Makin lama makin ke tepi. Jelas kelihatan bulu-bulu jarang yang tumbuh di tengkuknya beralun dibuai lenggok badannya. Makin lama makin dekat jarak antara bontotnya dengan bumper kereta. Dan makin lama tubuhnya makin menyusur ke arah semak.

Zuppp...!!!

Hilang. Sekelip mata benda itu hilang ditelan rimbunan semak setinggi kepalanya. Sama pantas dengan kemunculannya beberapa minit sebelumnya.

"Alaaa... Tak sempat...." Gemuk dan Mamat mendengus kecewa. Aku masih ketawa terbahak-bahak. Nasib kau baik kali ni. Lain kali kalau aku nampak lagi, memang nak kena baling dengan tripod heavy duty aku ni...


(gambar dari Google)

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

11 comments:

  1. -Ni kira entri naik bakul angkat sendirik tak? :D

    -Mcm baca novel/cerpen, bagus gaya penulisan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang. nak tunggu orang puji, memang harapan la...

      Delete
  2. hahahaha...aku suka komen si Ujie...ok lah.,.ok lah.,aku puji kau.,..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okla botak, aku pun join depa la, puji jugak.



      Walaupun part hensem tu automatically tangan aku terus naik cover mulut, sebab tak tahan nak gelak.

      Delete
    2. Terima kasih semua, baru la semangat nak teruskan kehidupan. Hehee...

      Delete
  3. Di pejabat bos yg baik kadang2 selalu dilihat sebagai boss yg lemah. Boss baik yg disukai staff selalunya merupakan boss lemah yg tak disukai big boss. Memang susah kalau jadi middle boss,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 (dulu la) saya terpaksa buat pertimbangan. Siapa lebih penting. Orang atas atau orang bawah. Kalau orang bawah mogok sebab sikap kita yang tak sebulu dengan kita, naya jugak. Apa pun, kena la pandai2 cari rentak.

      Delete
  4. Bagi IM, kerja sekarang yang hanya menjaga perkakasan lebih baik dari kerja dulu, menjaga orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaga benda tak bernyawa lagi senang kan...

      Delete
  5. aku memang mengimpikan untuk bekerja dibawah seorang ketua yang macamm ko nie..jenis yang boleh mix dengan orang bawahan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lambat sikit je sebab sekarang aku pun dah jadi kuli jugak...

      Delete