Nilai

20
11:10 AM
Assalamu 'alaikum...

Bagus kau Botak, jarang mulakan entri dengan bagi salam. Tebiat kot. Hehehee... Sebenarnya aku nak temberang sikit pasal NILAI hari ni. Bukan Nilai nama tempat tu, sebaliknya berkenaan perbezaan nilai yang kita berikan kepada satu-satu barang yang sama. Cuma yang membuatkan nilainya berbeza adalah...

*****

Dua (atau tiga, aku tak ingat) minggu lepas, aku ada berkata kepada Stan lebih kurang macam ni.

"Benda ni aku memang takkan keluarkan dari kad. Sebab benda susah dapat, dah kira rare. Dapat pulak harga yang agak murah cuma RM12.50 sen je. Tu pun sebab aku ada angkat sekali dengan sebiji S2000. Kalau tengok harga market orang letak mencecah RM20 sebiji." Ketika aku menayangkan dua biji kereta kecil yang dibeli hari sebelumnya. Bangga sangat tu takde la, tapi perasaan riak tu mungkin ada sedikit. Yela, benda susah dapat, ramai orang nak. Dan sepanjang ingatan aku, baru la sekali aku jumpa. Tu yang terus sambar tu. Kebetulan, Stan pun baru jumpa sebiji Datsun pick-up dalam kad dengan harga lebih dua kali ganda berbanding aku punya, walau pun aku punya pick-up tu aku dapat yang loose. Bukan dalam kad.

"Tapi..." Aku menyambung lagi.

"...aku akan keluarkan benda ni dari kad kalau satu hari nanti aku jumpa yang loose." Tersengih aku penuh keyakinan, menampakkan riak wajah menawan laksana model berdarah kacukan Arab.

Untuk pengetahuan semua, memang ada sesetengah pengumpul yang suka simpan model mereka kekal di dalam kad, mungkin atas alasan tak mahu membuatkan nilai kereta tu jatuh. Itu la membuatkan ada antara mereka yang tegar tu mempunyai dua biji model sekali gus! Satu dalam kad, satu lagi loose. Satu sebagai koleksi bernilai tinggi. Satu lagi untuk dibelek, dicium, dan dihayati dengan lebih mendalam.

*****

Datsun 240Z
(gambar dari Faceebook aku)

...dan ini adalah hari tu punya cerita. Datsun 240Z kesayangan, abang besar kepada Nissan Fairlady hari ini, telah dikeluarkan daripada sarangnya, kemudian diletakkan ke dalam sarang yang baru. Keputusan drastik ni diambil setelah aku terjumpa satu lagi 240Z yang dah loose...

Kalau ditanya; kenapa dikeluarkan dari kad, tak takut value dia jatuh ke?

Tidak, sebab...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

20 comments:

  1. sebabbbbb seperti yg dinyatakan di atas...

    ramai kawan2 yg cenderung kumpul2 ni... aku mampu tengok je sebab tgh cari tunenya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa, seperti di atas...

      Delete
  2. HOTWHEEL KAT UMAH AKU DAH BERSEPAH-SEPAH ANAK MAIN.. HILANG NTAH KE MANA.. KALAU JUMPA, JUMPALAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat cari balik. ntah2 ada yang rare. rm50 sebiji pun selamba je...

      Delete
  3. Dulu masa muda2 gemar simpan jugak, bukan saja model kereta tapi juga motor dan basikal. Tapi sekarang entah dah hilang di mana, ada yg dipatah-patahkan anak masa mereka kecil, ada yang 'dipinjam' oleh anak tetamu yang datang ke rumah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak officemate saya `pinjam' mini cooper, sampai sekarang tak pulangkan...

      Delete
  4. ooh..baru tau SM ni peminat benda gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tahun ni start balik...

      Delete
  5. mengambung tu apa?
    oh lagi satu, siapa yg dimaksudkan dgn model berdarah kacukan arab dalam entry di atas?
    aku nak pergi pengsan jap la.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, typo! ok, aku dah betulkan...
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      yang dimaksudkan adalah penulis entri ini.

      Delete
    2. Ha, aku pun nak komen tang kacukan Arab tu sebenarnya. Aku rasa dia refer pada someone else la. Watak tempelan dalam entry ini.


      Bwah hah hah hah.

      Delete
    3. yela2... aku kacukan jawa jerman.

      Delete
  6. satu hobi yang menarik...aku rasa kalau aku nak start kumpul mungkin aku akan sailang a few kete milik anak buah aku sebelum aku start beli sendiri..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sebat semua, pilih2 la mana yang ada value tinggi (rare). kesian budak tu...

      Delete
  7. akak suka collect model aeroplane...tp yg terkumpul masih boleh dibilang dgn jari hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun ramai yang kumpul sekarang...

      Delete
  8. singgah dr blog azlan.. sy ada nmpk kilang keluarkan datsun tp bila tgk kt kedai tak ada. datsun memang bernilai, byk bdk2 laki cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama datsun dah takde, diganti dengan nama lain. Sebab tu la ramai orang cari.

      Delete