Sebelum...

21
6:30 PM
(1)

Lebih kurang sejam selepas tengah malam, aku terjaga disebabkan cuaca yang agak panas. Peluh pada badan aku membuatkan aku rasa tak selesa, tambahan pulak kipas siling yang hampir berusia 5 tahun dah gagal menjalankan tugasnya. Gila babun punya slow. Berpusing macam arpon menari pakai terompah.

Aku capai telefon bijak di atas meja kopi, menghidupkan fungsi wifi lalu terus menyemak semua pesanan dan notifikasi yang menderu masuk. Sengaja aku matikan sambungan internet, malas nak melayan group yang tengah rancak berborak sejak sebelum masuk waktu maghrib lagi.

Skrol punya skrol garis masa kat Facebook, tanpa sengaja aku terbaca kemaskini daripada satu portal berita.

"...MH192 that departed from Kuala Lumpur International Airport (KLIA) at 10.09pm bound to Bangalore has made an air turn back towards Kuala Lumpur."

Alamak, apahal pulak ni... Dah la esok aku nak berangkat.



(2)

Balik ke bilik hotel, terus menghidupkan fungsi wifi sambil mengharap takde guest yang lain tengah surf internet time tu. Kalau tak, terpaksa la aku guna pakej data macam biasa. Guna pakej data ni bukan tak best, tapi kalau wifi kat hotel tu pun dah laju macam arbok berkasut sukan Adidas lari atas trek, apa salahnya aku guna. Lagi pun benda free kan.

Skrol punya skrol kat garis masa Twitter (kalau malas nak bukak Facebook)... Dem! Dah macam deja vu pulak. Sekali lagi perkara yang hampir sama berlaku. Aku terbaca satu link ke berita yang tertulis...

"...penerbangan FY1002 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Kota Bharu, Kelantan pada 6.55 pagi tadi berpatah balik selepas mengalami kegagalan memasukkan semula gear pendaratannya."

Ya, timing pun cantik. Esok tengahari aku dah nak berangkat balik. Bila baca berita macam ni, terus rasa nak buat doa naik kenderaan yang buddy aku bagi tu jadi wallpaper kat telefon!


(3)

pulau gaya kota kinabalu view from air airasia

Pulau Gaya. Gambar ditangkap bulan lepas semasa dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu. Pemergian aku ke sana juga beberapa hari sebelum insiden MH370.

*arpon = arbok = manusia tak kenal identiti

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

21 comments:

  1. lepas ke mh370 tu, asal ada situasi sikit dgn kapal terbang, semua melatah.. hmm.. trauma x hilang lagi kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunyi kentut, orang sangka ada bom...

      Delete
    2. Bunyi kentut? Fuh! Bau nya amacam? Orang ingat ada kebocoran gas tak?

      Delete
    3. Serangan gas. Serupa pengganas!

      Delete
  2. berita kapal terbang bermasalah ada nilai komersial sekarang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa saja yang ada nilai, mesti dijual...

      Delete
  3. alhamdulillah sepanjang aku guna perkhidmatan kapal terbang belum pape lagi insiden malang berlaku. cuti sem aku nak pergi KK wei. Any suggestion?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku, stay kat manukan (atau gugusan pulau sekitar. atau pun kat kundasang, rasa sikit udara nyaman. tapi kalau kau kaki shopping, duduk jela kat town tu sampai birat. heheee...

      Delete
  4. Kalau dah ajal, atas jalanraya pun ramai juga yang mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isnin sampai jumaat saya ada atas jalan dengan kenderaan 2 roda. Perkataan 'nyaris' tu memang dah banyak kali...

      Delete
  5. macam bermusim pulak.... banyak betul masalah dengan MAS sejak akhir akhir ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni musim apa pulak.

      Delete
  6. rendah dia turun, cantik pandangan pulau tu dari atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang cepat2 aku snap gambar.

      Delete
  7. biasalah skrg.. berita malaysia ni bermusim.. bila isu kapal terbang naik, memang akan sentiasa ada berita pasal kapal terbanggggg jer ...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila berita bas, baslah lepas tu berturut..

      Delete
    2. Orang sekarang dah kurang buang bayi. Kalau dulu hampir setiap hari.

      Delete
  8. Dulu pun ada juga kes kapalterbang patah balik kerana ada masalah teknikal, tapi tak diperbesar-besarkan. Sekarang dah musim kapalterbang Malaysia bermasalah, yg biasa pun dah jadi seperti luar biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Media pun main pilih2 berita jugak...

      Delete
  9. KENA BERDOA DAN MENGUCAP BILA NAIK KENDERAAN.. KITA PON NYAWA KITA MELAYANG DENGAN CARA APA.. MATI TETAP MATI, CARANTANYA SAJA MUNGKIN BERLAINAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, aku ada simpan doa naik kenderaan...

      Delete