Berfikir Di Luar Cawan

28
8:30 AM
Sekolah menengah, kalau tak silap Form 3 kot sebab masa tu aku masih lagi belum kelihatan kacak jika dipandang dari jauh. Lokasinya di dalam makmal sains, kami semua siap meletakkan ketulan-ketulan ais ke dalam bikar kaca di hadapan kami. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga atau empat orang pelajar.

Macam biasa, aku selaku pelajar pasif di dalam kelas cuma memerhatikan dari tepi tanpa terlibat dalam apa-apa kerja. Bermula daripada kerja-kerja mengambil ketulan-ketulan ais dari meja cikgu sehinggalah kepada berebut meletakkan ketulan-ketulan ais itu ke dalam bikar kaca berisi air suling. Aku lebih gemar memerhati sahaja gelagat masing-masing yang jelas kelihatan kurang matang. Sebijik macam perangai budak umur 15 tahun!

Ohya, masa tu aku agak pelik jugak kenapa cikgu asyik suruh gunakan air suling je dalam setiap ujikaji makmal. Air paip kan ada, membazir betul la.

Selang beberapa minit,

cikgu menyoal kami bermula dari pelajar perempuan yang duduk di bahagian paling hadapan. Biasa la, budak-budak perempuan ni kalau kat sekolah kan poyo lebih. Asyik nak duduk depan je. Macam power sangat. Ingat duduk depan, selalu expose dalam kelas, kerap angkat tangan tanya soalan bukan-bukan tu dah pandai sangat la masa exam. Eleh, result pun sama je macam aku yang ada macam tak ada ni. Hahahaa...

"Berdiri semua..." Serentak, kami semua bangun tanda akur pada arahan. "Soalan saya, dari mana datangnya titisan air yang ada pada dinding luar bikar kaca ni. Dan jelaskan bagaimana titisan air ni terbentuk?" Soal cikgu Azizah (nama sebenar, sila rujuk sini) kepada kami. Ada bermacam-macam versi jawapan yang keluar. Ada yang kelihatan berhujah dengan bernas walau pun pada hakikatnya kosong macam ucapan ahli parlimen, ada yang ringkas sebab malas atau memang takde idea nak klentong, dan ada jugak yang jawab sambil tengok buku. Dasar budak nerd, ulat buku!

Sampai giliran aku, dengan otak yang kurang menjadi tahap geniusnya hari tu, aku cuma sekadar dapat mengaplikasikan kaedah copy & paste je. Yang mana waktu tu kaedah ni masih lagi jarang digunakan oleh para sarjana dalam penulisan tesis dan kajian ilmiah.

"Air ni datang dari dalam bekas kaca yang berisi air sejuk ni cikgu..." tangkas aku memberikan jawapan sambil tersenyum penuh kepalsuan. Sebenarnya jawapan yang aku beri tu hampir sama dengan jawapan pelajar yang lain, cuma kelebihannya aku ada membuat sedikit pengolahan ayat supaya nampak lebih segar dan tiada unsur plagiat.

Kemudian, tiba giliran Mizan yang duduk di sebelah aku. Aku yakin dia mungkin memberikan jawapan sama macam aku atau pun rendah sikit kualitinya. Itu memang sudah aku jangka sebab beberapa minggu sebelumnya aku pernah gelakkan dia sebab bagi jawapan cahaya akan mengalir apabila dipancarkan menuju cermin satah pada sudut 90 darjah. Tak ke lawak tu?

"Datang dari udara sekeliling bekas ni cikgu..." ringkas jugak jawapan budak ni.

"Betul, bagus tu. Duduk semua." balas cikgu Azizah. Langsung mematikan peluang pelajar kat belakang yang masih menunggu giliran untuk menjawab. "Sebenarnya titisan air ni datangnya dari udara sekeliling yang bertindakbalas dengan dinding luar bikar kaca yang sejuk. Kelas semua, berapa peratus kandungan air dalam udara?" lantang dan kuat suara cikgu ni. Tak padan pakai kereta mini Mr. Bean...

Dan Mizan terus menayangkan trofi pujian dan kebanggaan dalam bentuk sengihan, sampai la waktu balik. Cilakak betul kau ni. Baru kena puji sekali, dah berlagak. Tu belum lagi cikgu Azizah offer tumpang kereta Mr. Bean dia... Ceh!

Phuuiii...!

~Aku pernah sekali tumpang kereta Mr. Bean cikgu ni. Hehehee...
~Entri hari ni pun takde gambar...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

28 comments:

  1. masa sekolah, aku suka duduk belakang. dengan budak2 lelaki. sbb aku tak suka duduk dpn sbb insiden ms form 1.bhehehe.. nanti aku cerita dlm blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi masuk U takkan dok belakang jugak, tak ayu la macam tu...

      Delete
    2. ms u, duduk belakang juga. dengan geng2 lelaki. biasapun, aku sorg je perempuan duk blakang..menyelit dgn dorg..kekeke

      Delete
    3. Ha, best kan lepak dengan budak lelaki?

      Seb la aku sek pompuan. Orang lelaki cuma 2 orang cikgu dengan tukang kebun aje. Huhu.

      Delete
    4. aku malaslah pula nak buat entry,.
      sejarahnya mcmni,
      masa form 1 dulu, ada sorg budak lelaki yg duduk belakang aku, susah goyang-goyangkan kerusi aku dari belakang. Paling teruk, dia pernah tarik kerusi aku, sampai masa aku duduk, terus terjelepuk atas lantai. terus aku report cikgu. lepastu, seminggu budak tu kena masuk kelas sebelah. bila dia masuk kelas aku balik, cikgu tukarkan tempat dia. aku pun dah lupa, siapa dia sekarang.

      Delete
    5. masa u, mmg duk belakang. apa ada hal, aku mmg tak cun pun. tudung selalu tak match ngn baju. mcm buruk gila aku masa study. tu belum time aku pakai suar goboh poket byk. dulu, memang tak potong suar tu, main lipat2 hujung dia. sgt buruk gila.. bhahahaha..

      Delete
    6. t.a.t.a ada hikmahnya sekolah kau takde lelaki. kalau ada, agaknya makin lasak la kau. hehehee...

      Delete
    7. Ha, macamana agaknya kalau kau jumpa balik budak tu sekarang. satu ofis pulak tu! hahahaa... mujur la aku tak masuk u sama dengan kau kan!

      Delete
  2. Replies
    1. hahaha! mesti kau ni pun stok yang duduk depan kan?

      Delete
    2. Tak. Belakang. Senang nak tido.

      Delete
    3. Hah??? Apa dia????

      *kesat air liur.

      Delete
    4. apahal ngences pulak ni?

      Delete
    5. Bukan ngences, tido. Air liur basi.

      Delete
  3. Rasa mcm baca cerpen lawak...serius!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawak ke serius. tapi masa si mizan tu jawab "cahaya mengalir sekitar cermin satah" memang lawak gila...

      Delete
  4. Masa sekolah tak pernah duduk depan, takut orang ketawakan kepala yang ada 2 pusar . Sekarang bangga pula kerana kata orang mempunyai 2 pusar berpotensi mempunyai 2 isteri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem, boleh jadi bahan ugutan ni. kang apa2 hal boleh ugut nak report kat akak sana tu...

      Delete
  5. ko pun sebenarnya kira antara pelajar2 yang duk depan gak laa..hehehe..tapi ko kena duk depan sebab cikgu suuh ke atau sebab rela??hahahah

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu aku baris tengah. tapi sebenarnya aku tak kisah depan atau belakang, asalkan dapat duduk tepi. senang nak ghaib kat celah pintu...

      Delete
  6. Perangai lebih kurang aku zaman sekolah dulu je. Ada ke takda dalam kelas, sama je. Takda function. Haha. Bab copy jawapan member-member dan olah jadikan jawapan sendiri yang lebih padu tu, aku slow sikit. Zaman jadi budak IPT buat assignment baru aku implementasikan taktik tu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing2 sepakat dalam hati itu la jawapan yang betul, copy & paste je la...

      Delete
  7. Mana agaknya kwn ko si Nizam tu sekarang ni ek..mesti jadi org bijak pandai..

    ReplyDelete
  8. Eh Mizam bukan Nizam lah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nizam bukan, mizam pun bukan. hehehee, mizan la...

      dia kerja lagi power sekarang, selalu oversea. tu la padahnya, tuhan tunjuk akibat ketawakan orang.

      Delete