Di Bawah Jambatan

2
10:28 PM
utusan malaysia keluarga gelandangan di pasar seni
Sumber gambar dan artikel dari sini.

Sebenarnya, jarang sekali aku baca artikel di akhbar yang terkenal dengan laporan yang serba meragukan ni. Tentu sekali atas dasar menyampah dengan isu politik yang jelas tidak pernah sekali pun aku rasa berpuas hati terhadap laporan mereka ni, tapi hari ini satu laporan tentang keluarga gelandangan betul-betul membuatkan aku hiba. Sedikit sebak, sedih dan agak pilu bila membayangkan ada tubuh-tubuh kecil yang saban malam lena bertilamkan lantai konkrit, berbantalkan lengan kurus dan berselimutkan dingin cuaca dinihari. Sambil sesekali mungkin ada serangga halus datang berkunjung di sisi mereka.

Oh, pada masa yang sama juga aku sedang selesa berbaring di atas sofa sambil tangan menekan-nekan butang kawalan jauh Asstro. Kejam ke dunia macam ni? Kalau aku kata kejam, mungkin aku tanpa sengaja menuduh Tuhan juga telah berlaku tidak adil terhadap para hambanya.

Bukannya bermaksud aku perlu berhenti terus daripada meyuap makanan enak dan segar dari restoran francais yang terkenal, bukan pula aku perlu meninggalkan kediaman yang serba selesa ni, dan jauh sekali aku perlu menggadaikan apa sahaja harta dunia yang aku miliki kini semata-mata ingin memahami penderitaan golongan yang seperti ini.

Tetapi cukuplah sekadar menyedari kewujudan mereka selama ini, supaya aku tidak akan sesat dalam perjalanan menemuiNya.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

2 comments:

  1. Sebab tu aku selalu ingatkan diri. Sesusah mana pun keadaan aku untuk certain waktu, cuba fikir balik kesusahan orang lain yang lebih susah dari kita. Tapi mereka tetap survive. Percaya la bahawa setiap ujian yang Allah berikan, sebenarnya kita memang mampu untuk hadapinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh cepat mengalah...!

      Delete