Itik Sebelah Masjid

15
9:59 PM
Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lipis yang memakan masa lebih kurang 3 jam nampaknya tidak meletihkan. Jauh tersasarkan daripada jangkaan aku. Apa yang aku sangkakan sebelumnya, laluan yang aku ambil tu bakal menemukan aku dengan sekawan `orang kuat' yang angkuh mengacukan belalai ke udara sambil melenggang kangkung menyeberangi jalan, sergahan `pak belang' ke arah cermin tingkap kereta atau paling kurang pun jelingan manja `tali pinggang' bercorak batik yang sedang berehat di selekoh jalan.

Tak ada, semua itu langsung tak ada. Entah separuh pemandangan yang aku tengok sepanjang perjalanan memang hutan tetapi gagal memberikan feel kepada aku. Mungkin sebab aku telah meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi kot. Gila apa kau. Mana ada binatang yang biasa kita tengok dalam zoo nak bergonjeng kat tepi jalan, siang-siang buta pulak tu. Kalau betul nak adventure, kau lalu la pukul 2 pagi.

Tapi jangan naik kereta, kau cuba naik kau punya belalang tempur tu. Hah! Kalau setakat tak sampai 5 surah yang lancar dalam kepala, tak usah la nak menduga apa yang tersimpan kat celah-celah hutan sana...

Tiba di pekan Kuala Lipis, aku sedikit kaget. Oh, macam ni rupanya. Kebetulan, ini juga kali pertama aku menjejakkan kaki di pekan kecil ni. Kalau Bentong, Temerloh atau Mentakab tu aku dah tak heran sangat la. Selain aku ada kawan-kawan kat sana, mak ayah bekas cinta hati aku pun tinggal kat Temerloh. Sebelum tu, diorang duduk kat kuarters KTM Mentakab.

Ok, tinggalkan dulu pasal cinta hati yang dah mungkir janji tu. Sekarang aku nak kabor betapa aku dah jatuh cinta dengan pekan Kuala Lipis ni. Bukan sebab kat sini ada bundle atau tak (aku tak jumpa), tapi sebab suasananya yang superb tenang, cantik. Jalan-jalan dia yang berliku tapi tak rosak, bangunan-bangunan lama yang kekal tak dimakan usia.

Dan yang paling istimewa sekali adalah bangunan ni...

masjid sultan mahmud kuala lipis
Masjid Sultan Mahmud, pandangan dari depan. 

masjid sultan mahmud kuala lipis
Yang dua tu bukan kereta aku, skuter tu pun bukan jugak. 

masjid sultan mahmud kuala lipis
Dalam gambar memang tak berapa cantik. 

masjid sultan mahmud kuala lipis
Kalau nak tau, kat sini ada wifi percuma...!

Kali pertama pandang bila aku memandu memasuki perkarangan masjid, aku terpaku kat kubah masjid ni yang berwarna keemasan. Cantik gila bak hang. Memang betul-betul menyerlah, sesuai dengan lokasi masjid ni yang terletak di atas bukit dan mengadap pekan Kuala Lipis. Kalau berdiri di hadapan masjid ni, boleh tengok beberapa bangunan lama. Ada yang bertarikh 1932 kalau tak silap aku.

Itu pertama. Perkara kedua yang aku suka singgah kat masjid ni adalah, nasi campur. Di sebelah bangunan masjid ni ada terdapat sebuah kedai makan dengan menu nasi dan beberapa lauk macam ikan kembung bakar dan ikan patin. Akak kedai yang berasal dari Kelantan dan pernah tinggal serta berniaga kat KL ni boleh tahan jugak dia punya ramah. Nak tambah best lagi, hari tu dia ada sediakan menu gulai itik. Pergh, mantop...!

~Cuaca panas, tak kuasa aku nak berdiri lama-lama tangkap gambar.
~Sambil pekena asap Winston Light kat belakang masjid ni, aku perasan ada pokok nangka yang tengah berbuah. Tapi belum masak. Geram pulak...
~Ok. Bulan ni dah ada dua entri makanan, dua entri pasal bangunan...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

15 comments:

  1. aku kalau balik kelantan, mesti cari gulai itik. sedap. kau pernah pergi Anis Puteri kat Pantai Dalam? sebelah je dgn Ayam Golek 5 Bintang yg popular kat Pantai Dalam. Kalau rasa nak makan masakan Kelantan, aku gi terjah gulai kerutub ayam pencen kt Anis Puteri tu..

    setakat aku ikut laluan kampung di area Pahang, belum pernah lagi jumpa haiwan terpelihara/liar camtu. yg salu dgr citer pakcik aku yg suka ikut Grik, mmg salu ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantai dalam? macam dekat je dengan rumah aku...

      tula, aku ingat lepas ni nak travel dari utara ke pantai timur pulak.

      Delete
    2. dari bulatan templer tu, kau amik jalan gasing, amik jalan 5/47, pastu jalan 5/46, terus saja. sampai kau jumpa Anis Puteri belah kiri kau.. (akan lalu tepi perumahan n nampak highway belah kanan)

      Delete
    3. ha, aku biasa jugak kat situ. tak tau pasal puteri anis ni. kalau jalan terus lagi, ada roti canai sedap (pagi) kat jejantas ke komuter pantai dalam.

      Delete
  2. Botak, aku tertarik dengan cinta-hati-yang-telah-mungkir-janji-itu.

    Dia kah orang yang sama pergi kenduri dengan kau dan kata Cik Ta dengan Zain bersanding di tempat itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak, tidak, tidaakkk....

      Delete
    2. I'll take that as a yes.

      Delete
    3. hahahaa... tekaan kau silap. meleset, melecet...

      Delete
  3. Kuala Lipis (atau lebih dikenali sebagai Lepih) ni aku tak pernah jejak lagi. Tapi member-member yang asal sana ramai jugak. Suasana tenang dan damai ni memang favourite aku. Dah meluat aku dengan hiruk-pikuk macam kat KL ni. Bosan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa, boleh la bercuti kat sini. explore tempat ni sendiri, jalan kaki...

      Delete
  4. Dalam rumah saya, cuma saya seorang yg makan itik. Kalau nak makan itik kena makan kat luar. Harap isteri buat sampai itik tu bertelur mas pun tak dapat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tu mesti abang jr tau kat mana menu itik yang sedap...

      Delete
  5. masjid dia ada wifi ekk..hopefully orang yang guna wifi kat situ tak menyalahgunakan perkhidmatan tersebut..tapi bila pikir2 balik mngkin ia strategi utk menarik golongan muda datang masjid..hehhe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la, aku rasa orang muda kat sini dah kurang kot...

      Delete