Kita yang mengubah dan berubah rupa

14
12:51 AM
Sama ada mereka ini adalah pencuri yang mencuri kerana ingin mencari kekayaan atau sekadar untuk melepaskan rasa lapar yang menjerut hingga ke pangkal leher, atau pembunuh yang mencabut nyawa insan lain hanya kerana memenuhi tuntutan nafsu amarah atau tanpa sengaja semata-mata mahu mempertahankan diri dan hak orang lain. Sama ada mereka ini terdiri dari kumpulan yang mementingkan diri atau pun segelintir yang mendambakan segalanya untuk membantu insan lain. Mereka semua ini hanya berasal daripada seorang...

gambar kaki bayi dalam buaian
Gambar yang diambil dengan izin.
...bayi kecil yang tidak mengerti apa-apa. Lahir dengan hanya mampu menuturkan satu bahasa. Bahasa yang sama untuk menyampaikan rasa lapar, mengantuk, marah, tidak selesa atau gembira. Tapi kemudiannya apa yang mengubah mereka menjadi seorang pembunuh, pencuri, seorang yang budiman atau pun seseorang yang disenangi?

Bukan apa, tapi siapa.

Siapa, itulah kita. Kitalah yang mengubah mereka menjadi apa yang kita lihat akhirnya. Kitalah juga yang mengubah orang di sekeliling kita. Dan pada masa yang sama, mereka itu yang berada di sekeliling kita juga turut bergandingan mengubah diri kita menjadi apa yang kita ada sekarang.

Moga akhirnya, kita semua terus berjalan tanpa terkeluar dari denai berduri menuju ke pintu rumahNya...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. Membentuk generasi akan datang adalah tanggungjawab kita. Bukan orang lain. Jgn tuduh2 tak baik tau.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanggungjawab kita (aku, kau, dia, mereka) bersama. jangan spekulasi, tak baik tau... hehe!

      Delete
    2. Chot, dah ready nak raise a kid? Hehe.

      Delete
    3. tanya orang pulak, kau tu apa cer... sedia?

      Delete
    4. kau pun sibuk tanya aku. kau tu, dah sedia? kau lagi tua dari aku kan? kikikikik

      Delete
    5. eh, budak2 tak boleh banyak tanya kat orang tua...

      krik, krik, krik...

      Delete
  2. faktor sekeliling juga mempengaruhi. aku sokong statement ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 jiran jangan dilupa, heheee...

      Delete
  3. tanggungjawab mak bapak dari anak dalam kandungan sampai ke besar... klu kecik2 jaga elok elok pun tak guna kalau dah besar nnt dia berkawan dengan orang yang salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila fikir2, memang seriau jugak...

      Delete
  4. LIKE!

    Kita selalu kata..dia tu teruk. Tapi kita lupa yg kita pun boleh mempengaruhi dia supaya jd elok. Cuma kita yg tak bertindak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak salahkan orang lain, tanpa kita sendiri bertindak...

      Delete
  5. kan semua ketentuan tuhan.ni jwpn org malas berfikir.sia2 Allah bagi akal fikiran kalau tak digunakan.(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. perut lapar itu ketentuan, anak jadi tak elok pun ketentuan...

      Delete