Malam di Kota Bharu (entri panjang)

16
12:33 AM
Berada di dua buah ibu negeri dalam satu hari telah mendatangkan satu idea bernas kepada aku. Idea untuk satu projek yang aku tak pasti sama ada dapat ditunaikan atau pun tidak, bergantung sepenuhnya kepada beberapa faktor. Iaitu komitmen masa, kekangan kerja, ukuran kewangan semasa dan jugak semestinya kesihatan. Yela, kalau satu masa Tuhan tak izinkan dengan buatkan aku kena chicken pox (contoh je), nak buat apa pun tak boleh.

Tapi sebelum aku bagitau apa projek tu, layan sekejap gambar yang aku snap masa kat Kota Bharu hari tu...

sultan ismail petra arch kota bharu
Memang dah lama gila aku nak snap gambar kat sini,
serupa orang pregnant mengidam jeruk Pak Ali...!
sultan ismail petra arch kota bharu

Biasa aku tengok gambar waktu siang je.

sultan ismail petra arch kota bharu
Kali ni aku snap gambar waktu malam pulak...

Walau pun Kelantan ni adalah negeri terakhir yang belum pernah aku jejak, tapi rasa macam tak puas hati pulak. Semacam ada sesuatu yang tertinggal kat sini. Mungkin sebab kat sini ada banyak papan iklan dan signage yang bertulisan jawi? Sampaikan aku rasa aku tak sepatutnya lahir kat selatan semenanjung sebaliknya aku patut lahir di salah satu tanah jajahan negeri ni. Bukan apa, negeri kelahiran aku yang selama ni begitu megah dengan identiti kemelayuan yang digambarkan dengan songkok tinggi, baju melayu teluk belanga, kain samping dagang dalam dan paling penting... Tulisan jawi. Tapi susah jugak nak tengok tulisan jawi merata-rata kecuali kat nama jalan.

Tapi bila aku datang ke Kelantan, sebaik sahaja melepasi sempadan negeri, aku dah dapat tengok banyak tulisan jawi sana-sini. Sampaikan aku jadi macam budak sekolah Pasti yang baru pandai membaca. Habis semua tulisan jawi yang terpampang sepanjang jalan aku nak eja. Rasa teruja pulak. Suasana dan pemandangan macam ni memang mustahil ada di negeri selatan sana.

Dari segi penduduknya, aku kira orang-orang kat sini memang ramah. Sampaikan aku tak larat nak layan mak kepada owner chalet kat Pantai Cahaya Baru (tampat aku menginap) bersembang. Kemain galak lagi dia berbual. Nak buat macamana, sementara tunggu anak dia balik dan dapatkan kunci bilik, terpaksa la aku layankan je walau pun bukan semua yang dia cakap tu aku boleh faham. Dia pun tak faham semua yang aku cakap. Mungkin sebab aku gagal mengajuk loghat pantai timur sampaikan jadi bunyi macam orang siam tergigit lidah ...

Bukan dia sorang je, makcik yang tegur kami masa kami makan kat kedai nasi Kak Wook tempohari pun sama jugak. Kalau boleh ada seribu lebih soalan dia nak tanya. Datang dari mana, nak ke mana. Bila sampai, nak stay berapa hari. Umur berapa, sekolah tingkatan berapa, dah kahwin ke belum. Hah, tanya dah kahwin ke belum tu, nampak sangat nak rekomenkan kat anak dia tu...

Berbalik kepada projek yang aku sebut awal tadi, aku bayangkan satu hari nanti...

Aku menjelajah seluruh negeri semenanjung bermula dari pantai barat menuju ke utara. Kemudian menukar arah ke pantai timur dan seterusnya turun ke selatan sebelum kembali semula ke tempat aku bermula.


Perjalanan yang mengikut arah jam ni aku tentukan dengan syarat-syarat iaitu:

-Mesti tinggal semalam di negeri yang dilawati. Tak boleh dua malam. Tinggal pulak mesti di ibu negeri. Untuk lokasi dua ibu negeri yang berdekatan, syarat ini masih juga terpakai. Tak boleh tinggal satu malam untuk dua negeri.

-Tinggal di hotel budget dengan kadar sewa semalam tak lebih RM80/malam. Kalau tidur kat `hotel bulan bintang' lagi bagus, percuma je! Bertambah adventure.

-Mengambil gambar menara jam yang menjadi mercu tanda satu-satu ibu negeri tu. Gambar pulak diambil dalam dua set iaitu pertama waktu siang dan kedua waktu malam. Jumlah gambar dan sudut ambilan, tak kisah. Ikut la nak snap dari celah mana pun, asalkan kreatif.

-Singgah ke bandar diraja dan mengambil gambar istana rasmi ketua negeri tersebut. Gambar waktu siang dah cukup. Yang ni cuma untuk negeri-negeri yang mempunyai sultan atau raja sahaja. Kalau untuk negeri yang ada dipertua, nak tangkap gambar `istana' pun tak kisah. Janji jangan sampai lari budget masa.

-Merasa makanan yang menjadi signature satu-satu negeri tu. Lokasinya bebas sama ada di ibu negeri itu sendiri atau daerah yang lain. Yang penting makanan tu mempunyai keunikan yang melambangkan negeri itu dan tak ada di negeri lain.

-Kemudian membuat review terhadap semua yang berkaitan dengan makanan dan tempat makan. Contohnya rasa, kuantiti, harga sama ada berbaloi atau tidak, kesesuaian lokasi premis dan layanan terhadap pelanggan.

-Perjalanan dilakukan berpandukan peta manual sepenuhnya, penggunaan peranti GPS tidak dibenarkan sama sekali. Ini termasuk juga dalam penjelajahan mencari lokasi menara jam, istana rasmi jugak kedai makan. Pandai-pandai la!

-Semua laluan antara negeri-negeri adalah menggunakan jalan persekutuan, jalan negeri atau jalan bandaran. Elakkan daripada menggunakan lebuhraya bertol kecuali jika tiada alternatif lain.

-Laluan pergi dan balik tidak menggunakan jalan yang sama. Ha, yang ni susah sikit...


Tetapi untuk menjayakan projek ni, aku memerlukan seorang side-kick dengan kriteria-kriteria yang berikut:

-Mempunyai lesen memandu yang sah dan belum tamat tempoh. Rekod bersih daripada kesalahan trafik. Kalau pernah kena saman pun, mesti clear sebelum perjalanan dimulakan.

-Pengalaman minimum 5 tahun memandu dan cekap mengendalikan kenderaan kelas D. Pemandu berhemah dan sukar untuk memaki hamun ketika tersekat dalam kesesakan atau tersesat jalan. Paling penting, respek penunggang motosikal.

-Pandai baca peta. Aku maksudkan peta jalan, bukan peta topografi atau geran tanah mak abah dia. Untuk ini, satu ujian ringkas akan aku berikan berkenaan pengetahuan asasnya berkaitan dengan peta, struktur jalanraya Malaysia, prinsip-prinsip asas dalam papan tanda jalan dan juga kecekapan mengadaptasi peta jalan dengan keadaan sebenar di depan mata.

-Boleh masuk dengan aku kalau diajak bersembang. Bukan jenis kaki sentap dan tak kisah untuk bersembang pasal semua topik perbualan. Lebih-lebih lagi kalau aku kutuk parti yang dia pernah undi. Heheheee...

-Bukan jenis kaki tidur. Ini penting sebab kami akan bergilir-gilir memandu. Letih la kalau dia asyik nak terlelap je bila masuk kereta. Baik naik bas ekspress macam tu.

-Semestinya lelaki straight sebab aku akan banyak menghabiskan menjelajah dengan dia. Kalau perempuan boleh, tapi dia mestilah seorang muhrim. Tapi sebenarnya tak syok berjalan jauh (explore macam ni) dengan orang perempuan, banyak cekadak! Lagi pun aku mana ada perempuan muhrim yang menepati semua kriteria kat atas...!


Aku meletakkan matlamat dalam tempoh setahun dari sekarang, aku dah boleh menjalankan projek ni sebab dalam kepala aku dah ada dua calon yang hampir sesuai. Lain-lain hal macam perbelanjaan untuk makan minum, tempat tinggal serta minyak; permohonan cuti rehat dari majikan; kajian tentang tempat yang nak dituju; itu semua aku rasa juga memerlukan masa nak bagi setel.

Nampak macam senang, tapi banyak benda kena fikir beb. Sekian, assalamu 'alaikum...

~Maaf, tajuk entri macam tak sesuai pulak.
~Ohya, masa kat Kota Bharu hari tu memang tak dinafikan awek-awek Klate memang lawa-lawa. Padan la masa study dulu aku suka tengok student perempuan yang asal dari sana. Heheheee, manis....

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. Projek kau ni best..aku suka syarat syarat tu..
    Jadinya, at least kau kena ambik cuti 12 hari utk siapkan jelajah 12 negeri + WP Kuala Lumpur..tapi takkan la lepas jelajah 12 hari, kau terus nak masuk kerja kan..

    Aku nak jadi sidekick kau..
    Criteria aku:
    - aku org JDT..so takde masalah kau nak faham aku cakap
    - lesen aku dah 18 tahun beb..saman semua dah settle..haha
    - aku straight, bukan gay..kah kah kah

    Cuma...

    Aku demand..
    Nak hotel at least semalam RM300..
    Siap ada swimming pool..
    Jadi badan tak lesu lepas driving..
    Boleh berendam rendam..

    Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan dipertimbangkan. tapi nanti jadi pulak perjalanan berprofil tinggi...

      Delete
  2. macam best juga projek kau. Dalam Msia ni, Perlis dan Sarawak je aku belum sampai..

    aku boleh jugak siapkan sandwich (langkah penjimatan kos makan disitu) kalau aku join carpool korg. by the way, aku ada B2D dari 2007 dan biasa travel jauh drive (pernah drive ke Kelantan dan Penang). Tapi,

    1. aku tak reti baca peta.
    2. aku bukan muhrim.

    kekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda automatik tak layak. baca peta tu la paling penting. kalau ada basic sikit2 tu kira boleh kawtim lagi...

      Delete
    2. aku memang fail bab baca peta. sebab tulah kat tgh KL pun aku boleh sesat barat.. kekeke..

      Delete
    3. Aku perasan, ni masalah yang common bagi orang perempuan tapi tak semua. Sampaikan nak pergi kenduri kahwin pun jadi masalah besar walau pun ada peta lat tangan. Ada jugak yang power baca peta.

      Delete
  3. berdua je ke..?
    ajak la aku sekali..

    aku xbanyak cekadak.. janji..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 orang cukup la. ramai2 nanti dah macam rombongan hantar pengantin pulak...

      Delete
  4. Sekarang 'hotel bulan bintang' pun susah nak dapat tau...? Sebab kebanyakannya berkunci! Kalau nak tidur tidur atas tanah kubur sebelah 'hotel bulan bintang' itu bolehlah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, cobaan... Hai mambang tanah, mambang air, mambang lawa pakai mekap...

      Delete
  5. SATU HARI NANTI AKU PON NAK ADVENTURE MACAM KAU LAH BRO.. MENARIK PROJEK NI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah utama kita cuma masa je. Almaklum la kan, zaman sekarang ni komitmen bersepah-sepah...

      Delete
  6. aku ntah bila laa ada masa nak pergi melawat ke kelantan..seumur hidup aku baru sekali aku masuk kelantan...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang la jalan2 kat sini pulak. mana tau ada jodoh tersimpan kat pantai timur ni...

      Delete
  7. ha..ha.. bagus jugak project ko ni bro..
    nak menjelah malaysia... syarat dia ambil gambar istana dgn jam..
    memng advanture.. kalau aku satu je problem.. nak baca peta..memng aku x paham... slalu drive hentam kromo..janji sampai ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hentam pun hentam la. asalkan tak gelabah kalau sesat!

      Delete