Mata di Beijing, kepala di Kenya

6
6:46 PM
Dari Kuala Terengganu, kami terus shoot ke negeri Cik Siti Wan Kembang yang selama ni sibuk diperkatakan ada terdapatnya awek-awek yang comel, yang mari punya. Melalui Kuala Berang (aku selalu tersilap sebut antara Kuala Berang dengan Marang), Permaisuri, Bachok dan beberapa tempat lagi yang aku malas nak ingat.

Tetapi, atas cadangan si Zamri, aku tak singgah dulu di Kota Bharu (tujuan sebenar) sebaliknya aku terus lajak ke pekan yang terletak betul-betul berhampiran dengan sempadan. Pendek kata, kalau baling batu pun polis negara jiran sana pun boleh kena la, iaitu Rantau Panjang. Apa yang menariknya...

Maaf, takde yang menarik kat Rantau Panjang ni pada aku sebab aku beberapa kali gagal menggunakan kepakaran tawar-menawar harga barang kat sini. Bayangkan la, seringgit pun awek jaga kedai tu tak bagi kurang! Nak guna hikmat kenyit mata kang, takut dia terpikat. Terus nak ikut balik KL. Naya jugak. Tapi, sebelum sampai ke pekan ni aku ada nampak satu bangunan. Bangunan yang kerap disebut oleh Ustaz Ann Wan Seng dalam buku beliau yang aku pernah cerita dulu (entri yang ini).

Jadi untuk mengubat kekecewaan dalam membeli, aku pun terus blah dari pekan tu dan singgah kat Masjid Beijing ni. Memang cantik bak hang...
masjid beijing rantau panjang
View di dalam ruang solat utama. Aku bukan snap gambar ni masa tengah sujud, tapi saje je nak dapatkan low-angle. Cantik sikit, dan dapat la rasa betapa rendahnya aku bila duduk di depan Tuhan. 

masjid beijing rantau panjang
Ada jumpa gambar dari Google yang diorang snap dari seberang jalan sana. Tapi aku snap dari tempat teduh kat pintu utama je. 

masjid beijing rantau panjang
Ini namanya menara, yang belakang tu pulak langit siang yang diisi dengan awan. 

masjid beijing rantau panjang
Maaf kalau lambat loading, aku sengaja setting dengan saiz besar masa snap gambar-gambar ni. 

masjid beijing rantau panjang
Cuaca memang panas berdenting... 

masjid beijing rantau panjang
Snap dari wakaf berhampiran.

Kalau la cuaca hari tu bersesuaian dengan rupa kepala aku yang tak berambut, memang abis aku pusing keliling masjid ni. Luar dan dalam, nak tangkap gambar. Tengok lama-lama, sebijik feel dia macam kat negara China sana. Tapi otak aku pulak menggegelak macam kena didih kat tengah padang pasir.

-Nak bagitau yang hari ni aku pergi kerja pakai kopiah, sekian.

-Lepas ni aku nak cerita satu lagi bangunan...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. Lepas bersujud di Masjid Beijing terus dapat ilham untuk berkopiah ke tempat kerja? Apa pun, syukran....

    ReplyDelete
  2. saje je bang, test market. kira macam awek2 kat ofis yang selalu pakai baju kurung bila hari jumaat. hehee...

    ReplyDelete
  3. kat kelantan kalau brader berkopiah memang mempunyai nilai pasaran yang tinggi di mata awek awek....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut la skill tak menjadi!

      Delete
  4. bukan Rantau Panjang je panas, kat area kampung aku pun sama. Panas berlengas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai ke lipis kau dia punya panas!

      Delete