Menjadi Ketua Yang Disayangi II

14
10:52 AM
Ini adalah cerita lama, ketika perlawanan akhir Piala Thomas antara pasukan Malaysia menentang pasukan dari Jepun tempoh hari. Tapi apa yang aku nak ulang kat sini masih lagi boleh dianggap relevan sampai bila-bila iaitu salah satu cara untuk menjadi ketua (pemimpin) yang disayangi. Tak lain dan tak bukan adalah, `be a part of them'.

Sebenarnya jarang sekali aku nak memuji para pemimpin ni. Lebih-lebih lagi kalau mereka ni dari kalangan menteri. Salah satu pemimpin parti politik yang aku pernah puji dulu adalah Lim Guan Eng semasa beliau berdebat dengan Chua Soi Lek. Itu dulu, sebelum pilihanraya. Sekarang, aku nak puji pulak orang muda ni yang diberi tanggungjawab untuk menjaga orang muda kat Malaysia ni. Memang sesuai la kan.

Kalau dulu, tugas tu diberikan pada orang tua yang kepala dia langsung tak boleh masuk dengan orang muda. Muka toya, badan lembik. Otak pulak lembab. Apa barang kalau setakat berjoget atas pentas je yang dia reti.

Cuba bagi bola rotan sebiji, suruh dia timbang sepuluh kali. Mau masuk ICU sebab kena heart attack...!

Apa yang aku nak puji pasal si Khairy ni adalah

cara dia mendekati orang muda. Memang boleh tahan jugak. Lagi pun dia ni muda lagi, kederat masih banyak. Jadi apa-apa yang orang muda nak dan menjadi trend, dia memang sedia faham. Sebab tu masa Piala Thomas berlangsung hari tu, dua kali aku rasa nak tergelak besar.

Pertama, bila gambar dia yang diedit jadi watak komik dikongsi oleh gang-geng whatsapp. Lepas tengok kat whatsapp, keluar pulak kat facebook. Heheheee...


Kedua, komen lawak daripada si Khairy ni sendiri pasal gambar dia yang diedit. Sempoi jugak la cara dia bagi respon. Kalau menteri lain, silap haribulan mau kena cop pengkhianat oleh dia punya para penyokong. Sebab itu la aku rasa dia ni memang patut menjadi ketua yang paling disenangi. Selain daripada tindakan dan statement yang biasa dia keluarkan, bersongsang dengan pendapat mainstream.

Bagus, bagus... Tahniah...!

~Kali ni, aku ketepikan dulu fahaman politik.
~Mana yang berkenan, memang patut pun aku puji.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. Saya juga suka dia, idea, cara dan pendekatan dia. Cuma kesian juga dengan dia sebab orang-orang dalam kem nya nampak kepala mereka tak sepertinya, masih dengan otak zaman 60an....

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok la dia duduk situ, nampak ada variasi...

      Delete
  2. Personally dia ini antara pemimpin yang aku suka..in fact aku rasa dia laa antara ahli politik yang digemari oleh remaja tanpa mengira parti..mungkin sebab car pembawakkan dia kot...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, ramai suka dia. tapi aku tak nafikan dia mungkin ada musuh dalam diam. biasa la tu...

      Delete
  3. jawatan yang dia sandang memang sesuwai sangat.. cara dia mendekati org muda, sempoi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dia pun orang muda. cuba panggil orang tua (yang tak sesuai)...

      Delete
  4. Replies
    1. vote ke beberapa ratus ni...

      Delete
  5. Tapi Raja Bomoh marah KJ...?

    ReplyDelete
  6. DAH NAMA PUN 'FAHAMAN' POLITIK.. DIA FAHAM YANG TU, DIA SOKONG TU.. DIA FAHAM NI, DIA SOKONG NI.. NAK GADUH2 PASAL POLITIK BUAT APE.. :)

    TAPI AKU LIHAT KJ MEMANG HEBAT JUGA..

    ReplyDelete