Nasi Kak Wook Yang Sederhana

16
12:41 AM
Tengahari tadi, beria-ia sungguh aku nak bercerita kat dia pasal makanan yang aku jumpa masa lencongan ke Kota Bharu tempohari, tapi hampeh! Gambar yang aku simpan dalam henpon bodol ni rupa-rupanya dah aku delete. Delete bukan sebab aku ni kedekut tak nak tunjuk kat semua orang, tapi sebab gambar-gambar yang aku dah transfer ni kira penting jugak sebab ada mengandungi beberapa info penting.

Contoh info penting tu macam ni...

nasi kak wook jalan belakang istana kota bharu maahad muhammadi  nor afini batik
(koordinate kedai makan Nasi Kak Wook: Latitud 6⁰07′57.0″, Longitud 102⁰14′20.0″)

Memandangkan aku punya memory card dah jahanam, jadi aku terpaksa bergantung pada internal memory je, yang mana aku perlu lebih berhati-hati. Tak boleh terlalu banyak menyimpan data (gambar, back-up drawing, video, audio file dan bla bla bla) takut nanti cepat penuh. Kang jenuh pulak aku nak delete satu-persatu.

Nampak tak, apa yang nak aku ceritakan? Sebenarnya kalau nak bercerita tanpa bantuan screenshot dari Google Map ni memang payah jugak. Macam tu jugak la yang aku rasa tengahari tadi, dah la aku pertama kali menjejakkan kaki kat negeri pantai timur ni. Satu-satunya landmark yang aku boleh buat dia dan mungkin orang lain faham adalah sekolah maahad (Sekolah Maahad Muhammadi) yang terletak tak jauh dari situ (sebelah timur anak panah).

Dan satu lagi landmark tapi gagal membuatkan dia faham adalah rumah pangsa 5 tingkat (kalau tak silap) yang terletak di bahagian barat, seberang jalan (Jalan Belakang Istana). Kat mana? Ala, yang ada 6 ketul tu la. Sebelahnya pulak (yang bertanda Nor Afini Batik) adalah bangunan pusat kraftangan yang baru. Cadangnya lepas makan nak singgah situ, tapi jam baru pukul 9 lebih, takde tanda-tanda yang menunjukkan premis kat situ dah bukak.

Jadi, demi mengejar masa untuk perjalanan melalui Gua Musang - Kuala Lipis - Bentong - Kuala Lumpur, aku terpaksa bertolak lepas beli beberapa barang kat Pasar Besar Siti Khadijah.

Sebenarnya, aku nak cerita kenapa aku suka dengan nasi ni. Ok, cuba tengok gambar kat bawah ni...

nasi kak wook jalan belakang istana kota bharu

Macamana, dah tau ke kenapa aku suka Nasi Kak Wook ni? Biarlah gambar dan tajuk entri yang bercerita. Heheheee...

~Sebenarnya teh tarik kat sini pun sedap, sederhana je rasa.
~Dah dua entri pasal makanan untuk bulan ni. Takpe, lepas ni aku naikkan entri pasal bangunan pulak.
~Assalamu 'alaikum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. x kenyang...nampak ciput je

    ReplyDelete
    Replies
    1. time ni aku jaga perut sebab minggu sebelumnya dah puas kena cirit-birit...

      Delete
  2. Tak tahu..cer citer bagi kitaorg tahu kenapa..tp ye sikit lh...tk kenyang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak drive jauh, tak boleh kenyang sangat...

      Delete
  3. kenapa kau suka nasi kak wok?
    aku tak faham tulisan bergambar kat atas. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tau kenapa, nanti2 kau try la singgah. memang kena dengan taste aku...

      -entah, aku pun tak tau. sebenarnya malas (tak reti) nak setting benda tu.

      Delete
    2. kau suka gulai tu ke?
      nampak mcm gulai nasi berlauk rasanya tu. gulai lengkuas+cili kering.

      Delete
    3. tu la yang aku bagitau dia macam nasi berlauk. tapi ada ayam goreng, kuah gulai (kaki ayam dengan cili apa ke nama ntah). hidang tak pakai pinggan...

      Delete
  4. nasik yang sederhana, lauk pon sederhana... ni kira untuk alas perut atau memenuhi kata2 "berhenti sebelum kenyang"?
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku berhenti kat kedai tu sebab lapar. hehehee...

      Delete
  5. Kalau nasi banyak tu saja, pengacara 'Jalan-Jalan Cari Makan' tentu tak nak pergi singgah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni tank moto kapchai je bang. isi sikit dah penuh...

      Delete
  6. aku bab kalau hulur nasi memang turn on jer bro..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja kuat, makan mau sedap!

      Delete
  7. dah pekena dah.. boleh tahan la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa bintang? Boleh repeat ni...

      Delete