Pulau Redang, Setahun Yang Lalu

19
3:45 PM
Sebenarnya ini adalah entri  tertangguh. Lama tak lama tu, ada la jugak dalam setahun aku perap dalam peti sejuk. Cuma silap aku tak perap dalam rempah je. Kalau tak, dah boleh buat barbeku hujung minggu karang.

Hari kami bertolak adalah pagi sehari selepas pilihanraya umum yang lepas. Sebab tu la aku agak tergesa-gesa balik dari Johor  tempoh hari. Lepas kerja-kerja memangkah, packing barang, terus gerak! Aku malas nak tersekat dalam traffic jam. Mujur, proses pilihanraya berjalan seperti yang aku `jangka'. Risau jugak kalau pagi hari aku bertolak tu, tiba-tiba airport shut down pulak. Hehehee...

Apa pun, pertama sekali aku nak mengiakan pendapat yang mengatakan bahawa keseronokan bercuti atau melancong tu lebih banyak dirasai ketika perjalanan. Bukan pada tempat yang kita nak tuju tu. Buktinya, untuk sampai ke Pulau Redang ni kami merasai ketiga-tiga jenis pengangkutan yang ada.

Dari rumah ke KL Sentral, macam biasa la. Aku ada driver tak bertauliah iaitu Arab yang sanggup bangun awal pagi walau pun dia ni jenis liat nak bangkit. Tapi dengan syarat dia boleh pakai kereta aku sepanjang aku tak ada. Lantak la, janji jaga elok-elok. Jangan pakai untuk buat jenayah.

Ok, mula dari sini aku kena tunjukkan gambar sambil cerita sikit-sikit. Sebab pada aku gambar-gambar tu lebih menarik berbanding kalau aku cuma bercerita je. Karang bosan pulak. Aku nak taip banyak-banyak idea dah kurang.
stesen salak tinggi transit ke lcct

Kali pertama transit naik bas kat Stesen Salak Tinggi ni. Selalu naik kat KLIA, ada direct train ke sana. Atau pun kalau naik kat LCCT, ada orang berhati mulia yang akan hantarkan. Tapi, nakkan adventure punya pasal, apa ada hal...

Bertukar naik bas shuttle ke LCCT. Maaf, tak boleh upload gambar kat LCCT dan airport Kuala Terengganu sebab banyak gambar ada muka aku.

jeti pulau redang

Sampai jeti Pulau Redang... Eh, bukan. Aku bukan naik benda ni. Yang ni milik Klinik Desa Pulau Redang. Cuma nak tunjuk yang kami dah melengkapkan tiga jenis pengangkutan iaitu darat (tren, bas, teksi), udara dan laut. Kemudian van dan motosikal pulak.

Masa mula-mula sampai kat resort tu, aku macam... "Alamak, macam ni je ke tempatnya. Takde laut, duduk celah bukit, kawasan perkampungan pulak tu". Tapi belum sempat aku merungut lebih jauh, cepat-cepat aku tersedar. Aku ni bukannya anak raja, pergi bercuti pun segala benda nak ada depan mata. Kan ke elok macam ni. Kedudukan resort yang jauh sikit dari pantai. Jadi kami ada peluang lebih untuk explore kawasan pulau.

Penyudahnya, aku minta bantuan staf resort yang baik hati untuk dapatkan motosikal untuk disewa.

Hari pertama, kami cuma duduk dalam bilik sambil main Facebook. Dan sesekali keluar ke cafe untuk menonton tv. Ya, dalam bilik kami takde tv. Aku rasa bilik lain pun sama jugak kot. Aku pun malas nak kemana-mana, sebab sampai pun dah petang. Esok je la...

kuih kobis telur

Hari kedua, waktu sarapan tu aku terjumpa satu jenis makanan yang tersusun di antara makanan lain yang aku kenal. Banda ni namanya kobis telur. Sedap, memang sedap. Sampai sekarang bila aku tengok gambar ni mesti kelenjar liur aku terangsang. Benda ni simple je. Kobis yang digoreng dengan telur, bersama-sama bahan sampingan lain. Cara makan, tengok je la gambar.

Petanda benda ni sedap ialah, sampai dua kali aku repeat...!

Lepas sarapan, apa lagi... Kuda tunggangan dah ada, cari pantai la kita. Redah aje la mana yang patut. Sambungan internet kat luar pun kira laju jugak. Jadi tak berapa susah nak cari kat mana letaknya pantai berdasarkan GPS dan jugak panduan daripada staf resort yang ramah, baik hati dan manis senyumannya.

pulau redang

Jalan nak ke pantai yang terdekat, nampak macam horror sikit. Tapi, ha korang tunggu la...

pulau redang

Tu dia, dah nampak sikit! Air laut tu bukan warna biru macam selalu budak-budak lukis. Jauh sekali nak warna coklat macam air Sungai Klang.

moto sewa pulau redang

Inilah kuda tunggangan aku sepanjang berada kat Pulau Redang sana.

pulau redang

Inilah namanya Pantai Teluk Dalam, tak silap aku la. Sebab benda dah setahun lepas. Kalau silap, tolong betulkan. kang tak pasal-pasal aku kena kutuk sebab bagi info tak betul.

Dan kalau nak tau, kat situ pun ada resort jugak, tapi aku tengok resort tu macam private sikit. Hek eleh, nak private sangat. Aku tak heran sebab diorang punya pantai yang konon ada privacy tu sangat kecik berbanding tempat kami ni. Gila luas bak hang.

Nah, selamat menjamu mata...

pulau redang

pulau redang

Masa kat situ, kami bertembung dengan pasangan (si isteri adalah Chinese) yang datang dari North California. Apa yang buat diameter lubang hidung aku bertambah adalah, mat saleh ni puji aku punya English! English? Dia ni pekak kot. Dah tentu masa tu aku cuba cakap jawa kat dia...

pulau redang

pulau redang

pulau redang

pulau redang

Di mana ada kesan kehadiran manusia, di situlah ada sampah. Jadi kesimpulannya, manusia adalah ibu segala sampah...!

moto sewa pulau redang

Aktiviti petang hari kedua pulak. Jelajah sekitar Pulau Redang. Walau pun kami keluar lepas waktu asar, tapi cuaca memang panas. Terik dia macam tengahari. Sebab tu bila terpandang je satu warung tepi jalan tu, serta-merta aku berhenti tepi. Tak payah fikir panjang, terus je order apa-apa menu yang ada.

Ohya, perasan tak motosikal ni takde nombor plat kat belakang? Sebenarnya semua kenderaan kat Pulau Redang memang macam tu. Dan satu perkara lagi yang aku nampak, semua kenderaan bermotor termasuk van dan kereta kat sini takde cukai jalan! Nak cukai jalan apa benda kalau semua jalan kat sini masih lagi taraf kampung, takde garisan tengah. Sempoi...

rojak ayam pulau redang

Air batu campur dan rojak ayam.

pulau redang

jeti pulau redang

Yang ni pulak kat sekitar jeti. Lepak situ lama sikit, sambil layan akak kedai cenderamata. Ramah pulak dia bersembang hal-hal politik. Yang aku terkejut, dia siap puji rakyat Selangor. Hehehee...

kedai runcit pulau redang

Singgah kedai runcit nak beli jajan. Nampak tak, kedai runcit kat sini pun ada jual tayar moto!

kedai runcit pulau redang

kampung nelayan pulau redang

Jalan-jalan kat kampung nelayan kat situ tak bertar, sebalinya menggunakan turapan konkrit.

telur penyu pulau redang

Hari ketiga, kami pun berangkat balik. Dalam perjalanan ke jeti tu, driver tu offer aku telur penyu. Teringin jugak nak rasa, aku pun ambik la 3 biji je. Katanya, masa tu dia ada 10 biji yang dia mintak dari sorang kawan. Telur-telur tu bukan untuk dia makan, tapi sebab awek dia yang kirim dari tanah besar sana. Ha, tu la dia salah satu pengorbanan seorang lelaki yang ramai awek-awek kat luar sana tak sedar...

jeti syahbandar

Dah sampai ke Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu. Tak lama menunggu sebelum kereta yang kami sewa sampai. Lokasi berikutnya adalah Seberang Takir. Lepak dulu satu malam sebelum balik KL. Silakan layan gambar lagi.

pantai seberang takir

pantai seberang takir

Kebetulan pulak, malam tu ada pasar malam dekat-dekat dengan area chalet kami tu. Memang aku ni suka pasar malam. Lebih-lebih lagi kalau pasar malam kat tempat orang. Mana la tau boleh jumpa makanan special yang takde kat tempat lain.

apam telur pasar malam seberang takir

Ini namanya apam telur. Aku tak pasti kenapa namanya macam tu. Pada aku rasanya masih sama, lebih kurang macam apam balik jugak. Eh, ini memang adik-beradik apam balik kan?

telur penyu pulau redang

Ini la dia rupa telur penyu yang dah dimasak. Dan tangan mulus tu pulak memang tangan aku. Betul, tak tipu...!

imej satelit pulau redang

Imej satelit Pulau Redang. Bahagian berlabel A tu adalah pantai di mana terdapat banyak resort. Nasib baik jugak aku tak pilih salah satu resort kat situ. Kalau tak mesti senang-senang je aku dapat dosa mata. Bahagian pantai berlabel B itu la tempat aku berkubang. Memang gila punya best. Air jernih, pasir sehalus tepung gandum.

Yang berlabel C tu pulak adalah jeti utama. Kalau datang dari tanah besar nak ke resort di bahagian berlabel A, feri akan berhenti kat sini dulu. Kalau nak tau, tak terdapat perhubungan darat dari bahagian timur pulau (label A) untuk ke bahagian lainnya. Kecuali ada satu laluan tracking yang bersambung ke Pantai Teluk dalam.

Kepada sesiapa yang nak datang ke Pulau Redang dan nak explore sendiri pulau ni, aku sarankan kalian stay kat Redang De' Rimba. Memang la chalet ni takde pantai, tapi makanan kat sini sedap. Layanan sangat memuaskan. Staf diorang pulak semua ramah. Memang puas hati la. Terima kasih kat brader yang bagi telur penyu tu.

Sebagai penutup, sila la menonton gambar panorama kat bawah ini. Hehehehee, assalamu 'alaikum.


About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

19 comments:

  1. aku jeles bro...
    sebab aku tak pernah sampai Redang!
    Mmg subhanallah...breathtaking view sungguh kat sana kan

    Mulus betul tangan kau...hahaha
    Aku pencinta haiwan WWF...tak makan telur penyu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku cuma makan 2 biji je. sambil makan tu, berharap penyu tu redha aku ambik telur-telur dia...

      Delete
  2. pulau redang ini aku rak pernah pergi lagi..perhentian alhamdulillah dah pernah sampai..katanya redang nie lagi cantik dari perhentian ek...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kot. sebelum tu aku tengok banyak review positif pasal pulau redang ni berbanding pulau perhentian. kat perhentian ada yang bagitau chalet macam kureng sikit. sebab tu aku decide nak pergi bercuti kat sini.

      Delete
  3. Tak pernah sampai pulau Redang, tapi bila kat Penang dulu selalu naik feri Pulau Redang...jadilah tu, Pulau Redang jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya pernah naik feri nama pulau rawa. Tu pun kira dah sampai pulau rawa jugak kan. Hehehe...

      Delete
  4. jap, aku baru baca perenggan terawal. kenapa kau tak amik LRT Putra Tmn Jaya ke KL Sentral? parklah motor kat situ. ke tak selamat? ok, nak baca perenggan seterusnya jp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedangkan nak park kat kl sentral pun aku tak berapa yakin, ni pulak stesen taman jaya tu. lagi pun stesen tu bahaya sebab dekat dengan amcorp mall...! hehehee...

      Delete
    2. kubis telur tu adik beradik murtabak ke? telur tu dah masak, jadi keras atau masih cair atas tgn mulus tu?
      last sekali, mcmn agaknya muka kau masa diameter hidung membesar? hehe..

      aku nak makan ikan patin. sekian.

      Delete
    3. tertinggal satu lagi. antara konkrit dgn tar, pd pendapat kau, mana yg lebih ok?
      ok, ini last. hehe

      Delete
    4. telur tu digoreng sekali dengan kobis (atau kubis?), jadi tekstur lebih kurang macam murtabak. tapi aku lagi suka ni mungkin sebab pertama kali jumpa. jakun sikit.

      tak terfikir nak selfie masa tu!

      bereh, nanti aku tengok stok ikan patin kat tokey kolam tu dulu.

      pada aku yang cuma belajar civil engineering masa sekolah dulu, mungkin bergantung pada faktor penggunaan kot. kalau jalan kampung, takde masalah. lagi pun lagi senang nak senggara. tapi komposisi bahan tu beza sikit kot daripada slab dalam bangunan.

      hehehee...

      Delete
  5. clear blue...mata.eh. water..cantik.. pendapat mu, aku ptt pergi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, patut. sangat patut. tapi sekarang macam dah terlewat.

      Delete
  6. mungkin jugak laa..lagipun perhentian tu youngsters banyak laa..kalau nak bawak family pun orang kata macam tak sesuai...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. rest house pun ada jugak kat sini, murah sikit. lagi adventure...

      Delete
  7. saya betol2 teringin nak pi sana..... tapi nak pi sorang2... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiya, layan feeling ka kawan?

      Delete
  8. salam. nak tmya sewa kereta dimana ye? bole bagi detail? thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ambik kat airport je, situ ada beberapa pilihan. Kemudian dia boleh hantar kereta ke tempat yang kita nak (masa tu dia hantar kat jeti syahbandar), kemudian pulangkan kat airport.

      Delete