Sayang rasa abang ni hensem tak?

12
10:24 AM
Soalan yang dah lama aku nak tanya dia, tapi tak tau bila masa yang sesuai.

Persoalan pasal hensem atau tidak, cantik atau hodoh ni dah lama bermain dalam kepala kita sejak dulu lagi. Mungkin ada antara kita yang tidak kisah jika Tuhan pasangkan kita dengan mereka yang berwajah kurang menarik, tidak menawan dan tak pandai bergaya. Dah la pergi dating pun pakai selipar jepang je, dengan rambut tak bersikat (bukan sebab botak tapi sebab jenis pemalas) dan ketiak tak bubuh deodoran.

Dan bagi yang mengambil berat akan penampilan menarik, wajah menawan tu, aku tak boleh nak kata apa sebab semuanya datang dari mata. Bukan hati. Sampaikan wujudnya ungkapan `dari mata turun ke hati'. Kalau cantik atau kacak orang tu, maka akan mudah la terjatuh cinta bagi yang melihat. Kalau serupa alien terencat, maka akan ada kebarangkalian untuk mendatangkan rasa menyampah dalam hati. Jadi, kat sini aku nak bagi tabik Lin Dan pada sesiapa yang cintakan pasangan dia berdasarkan `dari hati naik ke mata'.

Contoh paling dekat yang aku selalu nampak adalah...

...pasangan kurang upaya. Sama ada salah seorang atau kedua-duanya yang tak sempurna fizikal.

Lagi satu, kita selalu dengar orang kata... "tidak mementingkan rupa atau harta, asalkan ikhlas". Phuiii...! Hahahahaa... Koya betul statement tu. Bukan ke semuanya tu perlu datang seiring? Seiring bersesuaian dengan siapa diri kita sendiri. Maaf, ini adalah pendapat peribadi aku je. Sahabat-sahabat semua boleh tidak setuju. Tidak setuju berlandaskan kepada fakta-fakta munasabah atau pun berdasarkan pengalaman. Bukan tak setuju sebab aku ni tak cukup hensem.

Ohye, rasanya aku dah tau bila nak tanya soalan "sayang rasa abang ni hensem tak" tu. Waktu dia tengah makan cendol kot... Sesekali dera dia sampai tersembur isi cendol dari lubang hidung, ok jugak kan?

~Salam Jumaat semua.
~Entri kali ni takde gambar.
~Malas taip panjang-panjang...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. Kalau yg menyembur tu cendol dia sndiri lagi keshiannn..haha
    Btw. Aku stju. Jrg2 nk jmpa org yg terima seadanya kehuduhan pasangan. Kalo ye mungkin pasangan itu berhrta?
    Xpentingkn rupa or harta asalkn ikhlas.?... Oh..kemonnn..jgn nk poyo sgt kan.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, kemon...! ini tahun 2014 la... (respek pada yang segelintir tu)

      Delete
  2. botak, kau memang nak menyiksa tu namanya. tak ikhlas betul niat tu. tapi kalau tersembur pun, sembur direct kat kau pun kira ok jugak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sembur2 manja, aku tak kisah...

      Delete
  3. Kawin dulu lepas tu baru tanya hensem tak hensem. Lepas kawin gerenti punya ada yg sembur-sembur, kalau tak reti nak sembur-sembur apa guna kawin...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. romantik jugak sembur cendol kat pasangan ni...

      Delete
  4. Tanya soalan macam ni kat wife aku memang konfem dia tergelak punya. Aku rasa, sejak kenal tak pernah lagi kena puji hensem secara ikhlas dari wife. Kalau cakap aku hensem pun, sambil gelak-gelak aje la. Macam perli pun ada juga. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi, cuba la tanya...

      Delete
  5. KECANTIKAN DARI MATA KASAR MANUSIA ADALAH KURANG PENTING BERBANDING KECANTIKAN DI SISI ALLAH SWT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati kita pun boleh melihat, tapi bukan dengan mata...

      Delete
  6. Ok tk nak komen pasal ko hensem ke tak sebab akak pun tk tahu wajah sebenar ko mcmmana huhu
    Ptg tadi baru buat status kt mukabuku pasal perempuan kwen lelaki kerana harta..bodohlah kalau ada pompuan yg nk kwen dgn lelaki miskin sebab cinta dn keikhlasan..boleh hidup ke dgn cinta dn ikhlas je..lebih malang sudahlah miskin pemalas pulak..lagi haru..kalau harapkan muka hensem mcm SRK tapi tak berharta pun tk guna gak kan...eh tak lari tajukkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tak bermaksud nak merendahkan sesiapa, tapi biarlah berpada dan sesuai. Lebih baik kahwin dengan orang miskin tapi tak malas berbanding dengan orang kaya tapi tak rajin.

      Delete