Sederhana Tepi Kubur

12
11:32 AM
"Aku dah lepak sini sejak zaman sekolah lagi. Pekena cendol dia ni. Rasa memang steady punya, dari dulu tak berubah..." kata Zamri. Ya, aku percaya kata dia 99.85% berdasarkan kecekalan dia balik kampung di Kuala Terengganu ni hampir setiap minggu. Kalau dia tak balik tu maknanya dia ada game bola atau pun poket tengah nipis.

Itu hari pertama, semasa kami keluar waktu rehat lebih kurang jam 2 petang. Berada di dalam dewan untuk sesi bengkel selama beberapa jam membuatkan urat-urat aku banyak yang tidur. Selesai makan tengahari, segera aku memberikan isyarat kening kepada dia untuk membawakan aku ke kedai. Tak lain tak bukan, untuk mendapatkan stok Winston Light.

Selesai pekena asap barang sebatang dua kat jeti bawah jambatan, si Zamri ni offer aku merasa cendol pulak. Macam orang mabuk dihulurkan botol todi, aku dengan tangkas bersetuju.

Lokasinya, betul-betul di hadapan Sabasun Hypermarket. Orang Kuala Terengganu aku rasa memang cukup familiar dengan tempat ni. Bagi orang luar yang tak tau kat mana lokasinya, cari je la Sabasun kat GPS tu. Kalau tak jumpa Sabasun mungkin kalian tersilap taip atau peranti GPS kalian tu kena dilupuskan. Tapi kalau dah jumpa Sabasun, penjual cendol ni pulak tak kelihatan, kemungkinan besar hari tu dia ambik mc la kot.

sabasun hypermarket kuala terengganu

Nampak tak Sabasun Hypermarket yang aku maksudkan? Gambar hari kedua, masa tu aku repeat makan cendol ni sorang-sorang. Peduli apa kan, sorang pun sorang la. Cuaca panas macam kat Miami (kata kawan aku tu) juga bukan penghalang, janji dapat cendol.

cendol paling sedap kuala terengganu

Aku rasa ini adalah cendol terbaik aku pernah rasa yang dibuat hasil tangan orang kita, bukan mamak. Santan dia sederhana rasa, tak terlalu pekat. Dan yang betul-betul buat aku suka adalah isi cendol tu sendiri. Lembut, tak kenyal (kadang-kadang tempat lain tu isi cendol dia keras). Ada rasa pandan yang tak keterlaluan. Warna hijau tu pun nampak asli datangnya daripada daun, bukan pewarna. Memang kena betul la dengan citarasa aku yang sukakan rasa sederhana. Tak terlalu manis, tak jugak tawar.

"Isi cendol ni dia buat sendiri ke?" tanya aku.

"Haah, sedap tak?" jawapan Zamri bercampur dengan soalan. Dan kemudiannya dijawab pula oleh kening aku sebab mulut aku tengah sibuk melayan kenikmatan cendol tepi kubur. Tepi kubur...?

cendol paling sedap kuala terengganu tepi kubur

Ya, ini la satu lagi landmark yang ada. Tapi kalau kalian cari tanah perkuburan ni memang susah, takkan perasan punya. Bila dah lepak sini, baru la nampak. Sambil-sambil menghayati kenikmatan dunia, apa salahnya kita renung juga kehidupan selepas mati. Tak gitu...?

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. menikmati cendol dgn penuh keinsafan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya aku lebih fokus kat cendol berbanding yang lain. hmm...

      Delete
  2. Kalau sini, kat banguna MARA, Bukit Mertajam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, noted. saya cuba ingat. mana tau saya ke sana...

      Delete
  3. Cendol ni paling awesome adalah jenis yang santannya sedang-sedang. Tak berapa pekat, tak berapa cair. Kalau dah sekali merasa, memang selagi-lagi nak lagi. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, citarasa kita hampir sama...

      Delete
  4. Sambil² tu jangan lupa sedekah fatihah pada ahlil-qubur itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu tak teringat pun. hehehee...

      Delete
  5. aku minum cendol tapi tak suka cendolnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik tak payah! macam minum air cincau tapi buang isinya. hehee..

      Delete
  6. cendol2 macam nie memang kebiasaanya memberi impak yang lebih sedap dari kedai2 cendol yang dah komersial..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi turun-temurun ni...

      Delete