Wanita Mistik dan Selipar

14
12:29 AM
Kisahnya macam ni.

Macam yang aku bagitau sebelum ni, aku pernah tolong (jadi pencacai sebenarnya) kawan aku berniaga kat pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pasar malam yang dah jadi legend kat KL ni.

Berniaga tak la sehebat mana, takde la untung sampai berpuluh ribu sebulan. Tapi kalau kena air pasang dalam, sehari tu cecah la jugak untung sampai seribu lebih. Yang mana itu adalah rekod kutipan terbaik kami pernah buat.

Gila kau. Jual selipar je tapi untung cecah seribu. Macam tak percaya memandangkan kami berkongsi tapak bersaiz 8'x8' dengan sorang lagi peniaga stiker dan permainan. Yang mana dia adalah peniaga otai kat situ. Siapa tak kenal dia, memang mintak kena bantai dengan payung.

pasar malam jalan tuanku abdul rahman TAR peniaga jual selipar jalan raja muda musa kampung baru
Tak sangka pulak aku ada lagi simpan gambar ni.
Masa 6:28 petang, tarikh 21 April 2012.

Ada satu minggu tu, kawan aku ni mengadu...

"Perasan tak tadi ada sorang akak yang badan kurus-kurus sikit tu. Dia datang nak mintak murah, sepasang RM10 kalau beli dua pasang sekaligus. Kalau kau ingat, minggu lepas dia pun ada jugak. Stail sama, selipar warna yang sama..." Lebih kurang macam tu soalan kawan aku ni, tatkala kami sedang makan di salah satu kedai makan, berhampiran Jalan Raja Muda Musa (kalau tak silap aku), Kampung Baru. Waktu masa tu lebih kurang jam 1 pagi.

Memang aku ada perasan dengan kehadiran perempuan yang kawan aku ni maksudkan, tapi aku buat tak layan je sebab dia tawar harga yang keterlaluan. Mana boleh bagi harga sampai RM10 sepasang sedangkan modal pun dah dekat RM9. Kalau bagi kang, dah kurang la aku punya gaji hari tu.

"Ada, kenapa?" Tanya aku.

"Sebenarnya aku ada rasa lain macam la..." jawabnya. Dan dalam perbualan berikutnya, dia ada bagitau yang dah dua minggu berturut-turut perempuan tu datang pada masa yang hampir sama, ingin menawar harga yang sama. Dengan kelakuan yang juga hampir serupa. Dan yang lebih membuatkan kawan a.k.a. bos aku ni rasa lain macam adalah, dah dua minggu berturut-turut collection kami jatuh. Lebih kurang separuh daripada biasa.

Dia pulak dah syak yang bukan-bukan. Kononnya ada orang nak pekena bisnes dia la, ada mambang laut dah tersesat kat tengah darat apa bagai... Aku buat tak tau je. Bukan sebab aku tak percaya dengan benda-benda superstition (power lu botak tengok Google translate) ni, tapi malas nak layan sangat. Setakat terjejas collection tu apa la sangat.

Rezeki tu kan datangnya dari Tuhan, apa yang penting kami dah berusaha hari tu. Bukan kerja main-main. Nak berniaga sambil menipu jauh sekali. Kalau Tuhan bagi sikit tu, mesti ada cacat-cela kat mana-mana yang kami tak perasan. Dan kalau dapat kutipan yang lebih tu mungkin balasan Tuhan atas sedikit kebaikan yang dibuat. Contoh kebaikan tu...

Ah, nanti la aku cerita!

Mengantuk pulak mata ni... Sekian, assalamu 'alaikum!

~Malaysia kalah lawan Jepun, final Piala Thomas 2014.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. ceh, ade sambungkan plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rajin, aku sambung la...

      Delete
  2. ini kira baru mukadimah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang kot. Eh, tak...

      Delete
  3. Hmmm..sungguh mistik..

    ReplyDelete
  4. Meniaga ni memang buatkan sesetengah orang mudah percaya perkara khurafat. Sama jugak halnya dengan sukan. Ada je petanda konon-konon boleh bawak suwey or ada ong.

    Tapi khurafat orang meniaga dengan orang sukan, tak seberat khurafat kaki nombor ekor. Itu memang extremely superstitious (Google translate).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contohnya main bola pakai stokin warna lain2...

      Delete
  5. Dah namanya Melayu, semuanya dikaitkan dengan jin dan hantu. Kalau untung berlipat kita tak pikir pula jin saja berakkan duit untuk menduga iman kita, kalau kurang untung baru teringatkan jin dan buatan orang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Biasa la, masa untung besar mana la nak beringat sangat...

      Delete
  6. perghhhh. google translate kau. haha
    okey lepas ni kalau aku nak cari kau, cari kat pasar malam jalan tar. mintak diskaun sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dulu, sekarang dah pencen...

      Delete
  7. Sebelum buka kedai bacalah bismillah dengan ikhlas..insyaallah dijauhkan dari gangguan..

    ReplyDelete