What The... FAK...?

16
1:09 PM
Awal pagi tadi, makan nasi goreng berlaukkan ayam goreng dan bersulamkan dengan teh tarik. Sambil tu aku semak email melalui telefon bodol aku. Sekali refresh, aku perasan ada satu email baru masuk di dalam folder `sosial' dari seorang penama yang aku tak kenal. Email tu adalah komen terhadap entri aku bertajuk Babak Cina Buta yang aku poskan hujung tahun lepas.

Tak payah banyak kali baca, sekali baca je aku terus naik hangin. Tengok nasi goreng yang tinggal separuh, perut aku rasa makin lapar. Lapar bukan nak makan nasi, tapi nak makan orang.

Entri yang aku maksudkan tu cumalah sekadar kisah rekaan berkenaan isu kahwin/cerai yang biasa kita dengar, tapi aku cuba sampaikan dengan cara yang santai. Tak bertujuan langsung pun nak mempromosikan apa-apa perkhidmatan, apatah lagi nak menggalakkan orang lelaki mengamalkan poligami atau pasangan yang mahu merujuk kembali dengan kaedah kurang bermoral tu.

Jadi, aku terpaksa delete komen merapu ini...
bagaimana cara nak cina buta poligami nikah di thailand

Sorry brader, jangan marah ha... Blog aku ni bukan tempat nak promosikan perkhidmatan bangang kau tu.

Perkahwinan tu adalah sesuatu yang mulia, termasuklah poligami. Tetapi berpoligami biarlah tidak menyusahkan orang lain dan paling penting mendapat persetujuan semua pihak (faktor kemampuan pun kena ambik kira jugak).

Kalau dah ada persetujuan, buat apa susah-susah nak pergi nikah sampai Siam sana? Mangkuk jamban punya olang...

~Aku baru ingat nak update cerita masa pergi Kuala Terengganu dengan Kota Bharu hari tu, spoiled betul la...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. Hahahah. Aku pun sempat baca komen tu. Siap aku snap lagi gambar tau. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik, kau snap nak buat apa pulak ni...

      Delete
    2. For future reference la beb. Hahaha.

      Delete
    3. what...? takde maknanya...

      Delete
  2. Confident "Diiktiraf Kerajaan Malaysia"..esok bila nak bercerai, baru tau pejabat agama tak iktiraf perkahwinan tu..hahaha

    BTW, tq bro komen pasal watermark tu...mmg terfikir nak letak kat tengah2 gambar & di blur kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantek...! Gambar tu kira ada hakcipta, kena jaga jugak.

      Delete
  3. kena tahu perasaan orang yang nak berkahwin..hehehe

    ReplyDelete
  4. bro. nak tanya. habis tak makan nasik goreng berlaukkan ayam tu.?!

    .
    depa ni, suka2hati jer buh iklan kan.? bagusla ko dah delete, biar depa carik ejen tu kat blog lain.

    .
    eh bro. pada pendapat saya, iklan2 ruper itu, sebenarnya tidakla perlu diiklankan seperti iklan gula-gula atau kainbaju.! sebabnya, kegunaan iklan seperti itu hanyala sekalisekala atau seasonal.
    seperti jugak orang yang nak carik batu-nesan, maner ada orng iklankan barang2 atau produk2 batu-nesan sesuka hati. bila tiba masanya, dan menjadi keperluan, pandaila depa carik dari celah2 kawan atau rakan atau kenalan. kan?! sekadar pendapat bro...


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya orang yang terdesak je, dan orang terdesak ni pandai la cari jalan. Lama betul kau hilang!

      Delete
  5. Kalau nak kawin lebih dari satu tak payah pergi selatan Thailand, di utara Malaysia pun ada perkhidmatan mempermudahkan itu, termasuk di Perlis. Bab-bab kahwin, cerai, cinta dan curang ini orang Melayu memang terrer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang champion la pendek kata...

      Delete
  6. nak bubuh iklan, bayarlah kan..

    ReplyDelete
  7. Relaks ler... jangan hot kat dia. Dia cuma tumpang sekaki. kalau tak suka, delete jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheeee... (garu kepala)

      Delete