A for Altel, B for Botak, C for Confuse...

10
4:14 PM
<Tiada gambar untuk entri kali ni>

Dua tiga hari ni, tengah sibuk berlegar cerita pasal Altel. Dari Facebok bawak ke Whatsapp, dari Whatsapp bawak ke pantri. Pantri tak berasap sebab sekarang ni kan tengah bulan puasa. Siapa aje yang berani bancuh kopi pukul 8 pagi. Punya la kecoh cerita orang nak bertukar ke telco yang baru ni sampaikan telefon bijak aku pun jadi `tergantung' disebabkan teks yang terlalu banyak dalam satu pesanan Whatsapp.

Apa ke jadah yang korang kecohkan ni?

Selak punya selak. Oh, rupa-rupanya Altel ni telco terbaru yang muncul untuk bersaing dengan operator telekomunikasi yang sedia ada. Konon-kononnya Altel ni jauh lebih murah macam bubble gum dengan coklat Daim kat KLCC (sekadar perbandingan),  lebih laju macam belalang tempur aku berbanding dengan honda bulat. Dan satu perkara yang diorang sibuk canangkan dan angkat sebagai sebab utama kenapa kita semua umat muslim satu dunia mesti bertukar adalah, Altel ni juga dimiliki orang muslim (apa yang aku faham la).

Oh, macam tu kisahnya...

Tapi pada aku,

setakat ni aku tak berminat lagi nak tukar. Jangankan niat nak bertukar dari Maxis (sekarang) ke Altel, nak baca diorang punya promosi pun malas. Bukan sebab aku ni sombong ke apa. Jauh sekali nak kata yang aku ni nak menyokong produk atau servis yang dimonopoli oleh orang bukan muslim. Atau pun bukan la bermakna aku ni banyak sangat duit terlebih sampaikan tak kisah nak membayar lebih atas sesuatu yang kurang. Cuma aku kurang berkenan dengan cara promosi tu dijalankan.

Seeloknya, kurangkan mention pasal `owned by muslim' tu. Seolah-olah nak memancing pengguna muslim agar menyokong tanpa usul periksa tanpa mengkaji dulu butir-butir yang lain. Atau lebih tepat lagi menggunakan sentimen agama sebagai pelaris produk. Biarlah Altel ni bersaing dengan jenama lain atas kapasiti kemampuan mereka menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, harga yang lebih berpatutan. Bukan hanya bersebabkan agama semata-mata...

Tritt, trutt... Eh, telefon bijak aku berbunyi la.

Tak jadi nak celoteh panjang. Ada pesanan masuk ni. Mesti Felixia Yeap nak ajak aku berbuka sama petang karang. Entah kat surau mana agaknya aku nak bawak dia ni. Sambil-sambil tu boleh la aku komen sikit nama baru dia yang sama macam nama anak buah aku si Rania tu, yang bakal dapat adik hujung tahun karang. Hehehee...

~Maaf, entri ini cuma pendapat peribadi aku je.
~Mintak tolong betulkan kalau ada tersilap.
~Salam Ramadhan semua...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. altel? 1st time dengar, takde dgr promosi pasal produk ni pun kat tv, radio mahupun suratkhabar.... atau saya yg salah beli suratkhabar? org kata produk baru klu nak berjaya kena invest byk skit untuk promosi...klu promosi pun tak bajet, camno??

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara prepaid, pemiliknya antara orang terkaya kat malaysia. aku pun tau bukan melalui suratkhabar. siap boleh isi borang online lagi kalau nak tukar...

      Delete
    2. yg terkaya tu merujuk pada yg ada yayasan n masjid tu ke? aku pun sama mcm wan. first time dgr. mcm telefon oppo tula. first time dgr. beriya cousin ckp aku guna oppo hanya sebab tak nampak logo phone aku..
      nk komen pjg lagi. tapi kena baca dulu pasal telco ni. takut tersalah komen.

      Delete
    3. tu la, mintak sape2 yang lagi arif tolong jelaskan. kalau lebih baik, apa salahnya kita tukar kan?

      Delete
    4. oh, aku baru baca kt blog buasir http://buasirotak.blogspot.com/2014/07/cabaran-peniaga-cina-halang-produk.html

      Delete
    5. Haah, aku pun ada baca jugak. Dan memang betul pun, selama ni langsung takde promosi kat tv, radio & paper. Ntah apa2 la...

      Delete
  2. Aku sokong pendapat ko. Produk tu biarlah dibuktikan melalui kualitinya, dan bukan sekadar laris atas faktor sentimen agama mahupun kaum. Kalau macam ni, susah la nak berniaga dengan cara baik.

    ReplyDelete
  3. aku pn terbaca semalam..
    tapi tak baca abis..keh3.. dan baru tau ada beberapa plan baru yg lain..

    tapi aku malas nk ambik pusing.. sebab kt kmpung aku..celcom yg dah lama pn masih E.. sobs..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada penyelesaiannya. Kat sana siapa yang ada tanah dengan lokasi yang baik (contohnya atas bukit) boleh la sewakan kat mana2 opererator pylon. Bayar secara tahunan. Lepas tu barulah operasikan tempat tu dengan sewakan ruang untuk letak antena mana2 syaeikat telco. Benda ni dah lama wujud. Untung beb...

      Delete