Cikgu Zahari

10
10:59 PM
~Dialog yang sepenuhnya dan tepat aku dah tak ingat, tapi lebih kurang macam ni la bunyinya...

"Siapa tau apakah yang dikatakan dengan suruhanjaya?" Soalan tu ditujukan oleh Cikgu Zahari kepada semua pelajar pagi tu. Takde seorang pun yang bersuara, apatah lagi mengangkat tangan. Masing-masing senyap. Daripada hampir 30 orang pelajar, separuh mereka hanya mampu 'mencari anak semut kat lantai', tertunduk menyembunyikan muka.

Begitu juga dengan aku. Tunduk ke meja dengan harapan aku tidak pernah wujud dalam kelas tu buat beberapa saat.

"Ha awak, cuba jawab. Salah pun takpe. Jawab je apa yang awak tau." Cilakak. Dari ekor mata aku, aku perasan ayat tu ditujukan kepada aku walau pun nama aku tidak disebut. Ciss...

Memang kebiasannya begitu. Jarang ada cikgu yang dapat mengingati nama aku dengan pantas. Yang silap sebut tu ramai la. Almaklum la, aku ni bukan la terdiri daripada golongan pelajar kegemaran cikgu. Bukan jugak pelajar yang selalu tolong cikgu bawak buku latihan ke bilik guru.

Yang aku tau cuma pergi dan balik sekolah je tiap-tiap hari dari Isnin sampai Jumaat. Hari Sabtu pun aku cuma datang untuk aktiviti beruniform kalau rajin. Kalau tak, aku menyinggah la ke mana-mana. Tapi yang peliknya, nama bapak aku senang pulak diorang ingat...

Aku bangun dengan lagak pura-pura yakin. "Suruhanjaya tu adalah satu badan khas yang ditubuhkan untuk melaksanakan satu tugas tertentu." Sedikit gagap jawapan aku. Memandangkan baru beberapa hari sebelumnya Cikgu Zahari mengajar subjek sejarah berkenaan dengan proses pilihanraya kat Malaysia (kalau tak silap). Itu je la yang aku ingat. Lain-lain sengaja aku lupa.

"Ha, bagus tu. Cuma ada tambahan lagi. Suruhanjaya ni tidak terikat dengan mana-mana parti politik, badan kerajaan atau NGO, dan dilantik oleh bla bla bla..." panjang jugak penerangan Cikgu Zahari ni. Mana la aku nak ingat sampai sekarang.

Cuma apa yang buat aku betul-betul bangga hari tu (sampai hari ni) adalah pujian dia pada aku. Walau pun cuma dengan satu perkataan, `bagus'. Nampak sangat aku ni memang power dan ada bakat terpendam.

Bagaikan harimau yang berjalan terhendap-hendap. Menunduk di celah-celah semak, mata tajam merenung sasaran dan menyembunyikan kuku tajamnya. Hanya digunakan apabila perlu sahaja.

Hahahahaaa.... Apa khabar agaknya cikgu ni. Cikgu yang berbadan kecil dan kurus, sentiasa bersongkok dan jugak menjadi ahli kumpulan tabligh.

Selamat hari guru...

~Berlaku semasa aku dalam tingkatan tiga (juga).
~Ya, esok adalah Hari Guru bagi aku.
~Semalam, esok, lusa dan hari-hari seterusnya.
~Dia ni antara cikgu kegemaran aku selain Cikgu Fatimah (Geografi/Bahasa Melayu), dan Cikgu Shahuddin (Lukisan Kejuruteraan).
~Cuma aku je yang tak pernah jadi pelajar favourite siapa-siapa...

Entri berkaitan; Berfikir Di Luar Cawan.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. aku nak cite pasal cikgu jugakla.. bersempena idea dari entry kau ni.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu zaman kau masih tembam macam si atiqah tu ke?

      Delete
  2. DULU DI SEKOLAH MENENGAH, ADA SEORANG CIKGU PANGGIL AKU 'REMY'. AKU PUN TAK TAHU NAPE DIA BOLEH PANGGIL AKU CAMTU.. CIKGU TU MEMANG SEMPOI GILER..

    ADA SUATU MASA DULU, AKU BERGADUH DALAM KELAS, DEPAN CIKGU TU.. CIKGU TU PUN RILEKS JE, TAK SEGERA MELERAIKAN PERGADUHAN.. LEPAS BEBERAPA KETIKA, BARU DIA DATANG MELERAIKAN..

    SELEPAS TAMAT KELAS DIA PANGGIL AKU. INGAT NAK KENA 'SOUND', TAPI SEBENARNYA DIA BAGITAU, KENAPA TAK PUKUL BETUL-BETUL AJE TADI.. ERM.. MANGKAU TAK MANGKAU LE CIKGU NI KAN..

    MASA ISTERI AKU MELAHIRKAN ANAK PERTAMA, KEBETULAN TERJUMPA CIKGU NI KAT HOSPITAL.. DIA EKSIDEN. MASA TU DIA BERKERUSI RODA DAN NAK HISAP ROKOK DI KAKI LIMA HOSPITAL.. AKU PUN MENYAPA DIA.. DAN MASIH LAGI DIA KENAL AKU DAN MEMANGGIL AKU REMY.

    OK.. SEKIAN SAJA CERITA AKU.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kawtim punya cikgu. kalau cikgu skema sangat tu yang tak boleh blah...!

      (eh, jadi satu entri pulak)

      Delete
  3. Ayat last tu, merendah diri sgt.

    Saya selaku bekas guru ganti nak puji..bagus! Gaya penceritaan SM menarik...mcm novel.

    ReplyDelete
  4. Cikgu lupa nama Botak tapi lebih mengingati nama ayah? Ia sebiji macam saya, cikgu selalu tersasul memanggil nama bapa kepada nama saya. Dalam hati selalu berkata: glamernya bapa aku (jeles lah tu...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyakit ingat nama bapak ni melarat sampai ke ex-lecturer pulak. ceh!

      Delete
  5. baru dapat khabar, guru IM masa belajar kat IKM, KL dulu dah meninggal dunia.

    guru yang mesra pelatih tapi bukan dengan IM la sebab IM pun pelatih yang tak popular...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita senasib bang IM, tak popular...

      Delete