Danish, dari JDT menuju ke Selangor...

10
10:13 PM
Nama : Muhammad Danish Irfan... Abang kepada si Qistina yang aku ceritakan dulu.

Umur : 9 tahun beberapa hari (lupa pulak budak ni dah darjah 3, ingatkan darjah 2 lagi). Kalau nak tau, minggu lepas adalah hari lahir dia, tapi yang ni pun aku tak ingat berapa haribulan walau pun dia ni anak buah aku yang paling sulung.

Sukan kegemaran : Mesti la bola sepak. Sampai sanggup tak tido malam (kononnya) semata-mata nak tunggu Liverpool punya perlawanan.

Jadi, sempena ulang tahun kelahiran dan kejayaan dia menempatkan diri di tempat pertama dalam peperiksaan yang lepas, aku dengan senang hati bawak dia tengok bola kat stadium. Perlawanan antara pasukan Selangor yang power menentang pasukan ATM yang banyak mengada-ngada. Sebelum tu dia ada tanya aku, "Uncle teka World Cup tahun ni siapa yang menang?"

Nak tau aku jawab apa? Tak payah la.

Selain nak meraikan birthday boy ni dan jugak sebagai hadiah peperiksaan dia, aku harap tiket RM5 dan jersi RM27 yang aku laburkan untuk dia ni dapat membuatkan dia berpaling tadah daripada pasukan tak power yang dia sokong sekarang. Iaitu JDT...


Nampak tu, uncle siap belikan jersi tak original lagi untuk dia pakai masuk stadium. Beli dan pakai on the spot! Jangan nak melawan.

Sambil duduk menunggu wisel permulaan, aku sempat jugak menceritakan sejarah kegemilangan Selangor, kenapa pasukan Selangor ni adalah antara pasukan yang terbaik, kehebatan senibina Stadium Shah Alam yang masih dicemburui stadium lain kat Malaysia ni, betapa berlemak dan berkrim permukaan padang kat stadium tu sampaikan team antarabangsa pun tak ingin nak pijak rumput Stadium Nasional bila dah sekali main kat sini.

Dan yang paling penting juga aku dah memberikan tazkirah sambil diselitkan dengan 93 alasan kenapa dia patut sokong pasukan Selangor. Lepas ni, semoga dia tak lagi berbahas dengan aku pasal bola. Letih weh nak menjawab. Bila tanya kenapa sokong JDT, dia jawab "sebab ada Amri..."

Ceh, kau belum lahir lagi, Wak Am tu dah main Sukan SEA. Cuma yang aku respek, dia ni kenal lebih ramai nama pemain bola (luar dan dalam negara) berbanding aku. Tu yang aku naik segan bila tak jawab siapa nama player berjersi nombor 19 (Selangor) yang tak boleh harap tu...!

~Aku ada 6 orang anak buah (sorang lagi masih peringkat fetus), dan si Danish ni adalah yang paling rapat dengan aku.
~Esok hari Ahad kan? Ok, kita pergi Amcorp Mall, uncle nak belanja kereta Hotwheels pulak!
~Orang lain sibuk tengok World Cup, aku sibuk bawak budak ni tengok Selangor lawan ATM.
~Memang patut pun, sebab Selangor ni main dah taraf dunia...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. semoga tecapai misi 33 tu... tapi klu lawan ATM pun bungkus camno tu? opppssss

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal. Dah hujung2 ni tak payah la tekan brek. Kena bungkus serupa tapai da...

    ReplyDelete
  3. Masa saya muda2 dulu pun sokong Selangor juga, maklumlah ketika itu asyik final Piala Malaysia, Selangor lawan Singapura, tak kan nak sokong Singapura? Sekarang hampir semua team dah setaraf, maksudnya taraf Malaysia, bukan taraf dunia...huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, saya ingat lagi. Masa tu saya sekolah rendah lebih kurang macam si danish ni.

      Delete
  4. IM pun skong Selangor dari JDT. Agaknya sebab lagenda SuperMokh masih menghantui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa kata2 daripada allahyarham yang boleh naikkan semangat patriotisme.

      Delete
  5. GO GO MELAKA UNITED.. : )

    ReplyDelete
  6. Cewah. Awal betul tanam propaganda kat anak buah. Bagus, good job. Aku pun memang kurang sikit dengan team hooligan since 2013 tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Sebenarnya aku tak kisah pun nak sokong pasukan mana, tapi biarlah bersebab. Bukan sekadar ikut-ikutan...

      Delete