Menjadi Ketua Yang Disayangi III

8
11:48 AM
Assalamu 'alaikum, aku ada sorang bos yang agak sempoi. Sempoi bukan sebab dia pakai warna baju dan seluar yang sama setiap hari (kemeja putih lengan panjang dengan seluar hitam macam pengawas) tapi sebab dia ni jenis yang tak kisah. Muka pun selalu ada senyum.

Dan satu lagi yang aku respek kat bos aku ni, dia malas nak ambik port pasal punch card ni. Korang nak ketukkan orang lain punya kad, itu korang punya pasal. Dia peduli apa, asalkan kerja semua beres.

Sampai ke satu tahap tu, dia tampal kertas kat panel bilik dia yang betul-betul mengadap mesin punch card tu. Sebelum ni, mesin ni diletakkan depan bilik dia supaya senang bos nak pantau pergerakan keluar masuk semua staf. Mana-mana yang menipu tu, boleh la detect dengan mudah.

Ha, nampak tak glass panel yang dia dah cover tu?
Itu cerita lain. Satu lagi yang buat aku `geram' setiap kali menjenguk ke dalam bilik bos aku ni adalah...

Dem, dia punya koleksi walau pun sikit tapi memang rare!
Susah betul aku nak cari Datsun BRE 510 versi yang ni. Tapi bos aku ni boleh ada dua biji pulak! Sebiji dalam card, satu lagi dah loose. Macamana agaknya cara aku nak adjust dia punya model ni. Hmmm...

Sori, aku dah zoom masa snap dalam bilik dia tapi tak nampak apa pun. Dia ada bela hantu raya kot. Ini pulak gambar aku ambik dari Google.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. bos macam ni lah yg bagus..
    pekerja lain secara otomatik akn respek...dan segan nak buat salah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak yang ambik kesempatan, tapi dua tiga kerat je...

      Delete
  2. Tentang baju putih dan seluar hitam, sama seperti pakaian pejabat bekas boss saya dulu yang sangat humble, walaupun dia Datuk ada kereta rasmi (Merc) tapi dia lebih senang naik kapcai ke mana-mana. Dalam 100 agaknya susah nak cari 5 boss sepertinya di Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde, memang takde. Kat malaysia ni datuk mane ja yang steady naik kapcai pergi mana2.

      Delete
  3. Kalau boss sempoi memang best..kurang pressure ya..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sampai pijak kepala sudah...

      Delete
  4. boss macam nie memang sempoi giler..sebenarnya kalau terlewat sikit datang ke tempat keje tu tak menjadi masalah asalkan ia tak mengganggu produktiviti pekerja..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete