Sedikit Kisah Tentang Atiqah

16
9:58 PM
Berumur baru 9 tahun dan memegang jawatan sebagai pelajar biasa di sekolah, dalam darjah tiga. Datang dari latar belakang keluarga yang sederhana, tinggal di dalam masyarakat yang serba sederhana walau pun fizikalnya lebih sedikit daripada sederhana. Seakan pipinya boleh diibaratkan seperti sebiji roti manis, jualan bai yang kadang-kadang aku terserempak tatkala keluar kerja.

Sejak akhir-akhir ni dia rajin lepak kat rumah aku. Entah apa yang dia buat, aku pun tak tau. Mungkin saje nak kacau mak aku buat kerja kot. Walau pun hakikatnya orang tua aku tu memang tak banyak kerja kat rumah.

Selain itu, dia ada sesuatu yang budak sebaya dia tak ada iaitu...

...dia ni ada otak bisnes. Suka berniaga. Apa sahaja yang mungkin mendatangkan duit walau pun 10 sen, dia ingin cuba. Kadang-kala dia pernah jugak jual kuih karipap kat kawan-kawan kelas dia. Sedap punya pasal, sampaikan kawan-kawan dia pun order lagi sekali. Bijak tak?

Dan ada sekali tu, dia kumpul pensel kontot dari tempat kerja ibu dia (ibu dia kerja kat resort) yang digunakan untuk mengambil pesanan tapi dah tak pakai, kemudiannya dijual pulak kat kawan-kawan dia dengan harga 10 sen segenggam...


Nah, ini la dia budak berpipi roti bun! Lain kali kalau dia jual kuih kat kalian, jangan bayar dengan not kertas. Dia tak suka. Elok bagi duit syiling je, nampak banyak katanya.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. BAGUS AJAR BEBEUDAK MENIAGA.. MENIAGA HARI-HARI BOLEH DAPAT DUIT.. KALAU KERJA MAKAN GAJI, SEBULAN SEKALI DAPAT DUIT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarkan berniaga tu sebati dalam diri dia, tapi pelajaran jangan sampai ke laut sudah...

      Delete
  2. rasa mcm nak cubit2 pipi dia hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena mintak izin mak dia dulu...

      Delete
  3. hehe.. tgk dia, teringat aku darjah satu dulu. mcmtulah fizikal aku. paling gagahperkasa bila ambil gambar kelas..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar betul... ah, aku tak percaya la! tak percaya, tak percaya...

      Delete
  4. Xberapa pandai takpe. Asalkan bijak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau nak kata sape, aku ke? terima kasih. hehehe...

      Delete
  5. Jeoulous tengok pipinya, rasa macam nak cubit2, tapi mana boleh cubit pipi anak dara orang, nanti dituduh gangguan seks mampos....hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum sempat cubit, budak ni dah gigit. Ha, ada berani???

      Delete
  6. Bagus Atiqah!!
    Dari kecil dah ada minda jihad bisnes...
    Moga sukses sebagai usahawanita kelak..:)

    ReplyDelete
  7. Bagus budak ni. Kalau dididik dengan ilmu perniagaan betul, memang boleh pergi jauh. Semangat tak kenal putus asa tu yang bagus tu, walaupun dapat untung 10 sen je.

    Kita yang dewasa ni pun jarang nak ada semangat macam tu. Tulis blog baru dapat untung seposen pun ramai yang give up. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaa! sebab tu aku tak pernah letak iklan kot. pemaleh ya amat... kang kalau earning seciput, mula la nak tekup muka dengan bantal.

      Delete