Tindas

29
11:05 AM
Sumber gambar dari sini.
Nampaknya, sehingga pagi ni aku masih lagi gagal membayangkan, bagaimana agaknya kalau wanita tua yang menjulang buku lima ke udara ni adalah ibu aku sendiri. Gagal juga meneka apakah jenis penindasan yang dia rasakan hingga sanggup bangkit begitu. Kenapa? Kerana aku sebenarnya masih lagi kurang peduli walau pun seringkali berlakon seolah-olah memahami.

~Situasi anak-anak sekolah yang keciciran kerana tiada sepatu dan pakaian untuk ke sekolah, masih lagi satu realiti. Menurut akak aku yang juga seorang guru...

~SOAD (jangan klik)...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

29 comments:

  1. sebenarnya apa ceritanya ni..? duh..nampak sgt aku x ikut kisah semasa..

    mkcik ni mmg penduduk kmpung tu ke..? ke gmbr dia je digunakan..? kot2 tgh jual kuih ke tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, jual kuih eh? banyak la kau...

      Delete
  2. Saya pun tak faham isu ni, akibat tak baca/dgr berita beberapa hari ni.

    Psl yg kakak SM ckp tu, kdg mcm tak percaya. Tapi itu realitinya, kalau ada kasut pun dah azab sgt rupanya...kata kwn saya - guru di Gua Musang, Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak saya pernah dengar jawapan sorang budak bila ditanya pekerjaan ayah, dia kata "bapak saya kerja penagih, cikgu".

      speechless...

      Delete
  3. yg aku dengar, kes dia tak setel kat mahkamah tapi DBKL dah runtuhkan perkampungan mereka kan..? tak pasti betul atau tidak. kena tanya lanjut datuk bandar Kuala Lumpur.

    p/s- walaupun byk menang di Wilayah KL, tetap datuk bandarnya dipilih oleh kerajaan persekutuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa2 berkaitan tanah, undang-undang atau hak pemilikan ni memang rumit sikit. boleh pening kepala. berapa banyak punya klausa dalam kanun nak kena tau sebelum kita betul2 paham. datuk bandar dah respon, tapi tak memihak pada makcik ni.

      pss : apa nak buat, kita ni macam kasut pekung yang menadah air hujan dari langit je.

      Delete
    2. macam hak pemilikan tanah felda terhadap Felda? Walaupun ada geran sendiri, tetap FELDA yg pegang keuntungannya.

      Delete
    3. hak pemilikan untuk tanah teroka macam setinggan atau kampung warisan ni agak kompleks sikit nak cerita. ada banayk ding dong. pasal felda, itu sebab diorang dah ada perjanjian masa awal2 pendudukan dulu, ikut tempoh tertentu. bila tempoh dah tamat (hutang setel), peneroka ada pilihan nak buat sendiri atau teruskan. tinggal goyang kaki je.

      aku dengar, kalau buat sendiri lagi masyuk weh... kalah gaji pegawai!

      Delete
  4. lama2 kg melayu hanya tinggal nama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dalam kampung melayu tu pun bukan berkulit sawo matang lagi dah... ular sawa kot.

      Delete
    2. maksud kau ular sawa disini tu 'bukan malaysian ke..?"

      Delete
    3. ala, ular sawa kan ada banyak jenis. datang pulak dari banyak tempat... hehehee...

      Delete
  5. demi menjaga imej pemodenan, habis kampung jadi taruhan. sampai bila?? rumah disekitar KL dah la mahal nak mam... bagaimana penduduk melayu disini nak survey. Kemana lagi hala tuju mereka jika itu tempat yang mereka ada. Sadis..patutnya pasang lagu anak kecil main api.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila diteliti balik. kalaulah mereka tinggal rumah tiada geran iaitu secara haram, dan DBKL seduah beri rumah PPR. apa boleh buat. Hurmm.. fikir sejenak,,

      Delete
    2. ada banyak cerita sebenarnya. tapi pada aku, definisi `tinggal secara haram' tu sama jugak macam `menceroboh'. cuma, kenapa perlu dipanggil `penceroboh' bila ada kepentingan kewangan yang wujud.

      apa pun, watak seorang tua yang menjadi benteng di depan jentolak tak sepatutnya muncul...

      Delete
  6. Bayangkan jika di atas tanah kampung itu ada rumah seorang Menteri atau Ketua Pemuda atau Ketua Wanita parti yang memerintah, beranikah mereka merobohkan rumahnya...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. roboh? kalau rumah duduk atas rezab jalan pun, jalan tu akan dilencongkan. (kes ni memang ada berlaku)

      Delete
  7. Isu ni bila aku ikuti, dan tanya info dari sahabat FB yg ada hubungan dgn DBKL, macam2 versi yg dapat..ada kata mmg tu tanah mereka sejak lebih 50 tahun, ada yg kata ianya penempatan setinggan ( so mereka mmg takde hak). Apa apa pun, imej makcik tu mmg famous dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, disebabkan ada macam2 versi cerita la, kita tak boleh terus `lompat ke kesimpulan' macam tu je. hehehee, tukang snap gambar ni memang sangat bernasib baik. bukan selalu dapat peluang macam ni kan.

      Delete
  8. Aku tatau cite sbb jarang bukak fb. Aku sure imej tu jdk viral dlm fb skg ni.

    Ko jual jersi? Bape? Gred?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaru, ada aktivis indonesia guna imej makcik ni dalam kempen anti pemerintah kat sana.

      bukan jersi player, tapi fan je. harga adik beradik, gred terbaik boleh pakai sampai lunyai...

      Delete
  9. makin lama makin hilang kampung2 melayu...Kg Adbullah Hukum bangsar pun dah tatau yang mana satu..kg pantai dalam tak tak rupa kampung..nampaknya kg tewas jugak dengan arus pembangunan moden...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama2 perkataan kampung tu cuma merujuk restoran kelas tinggi je... maksud aku restoran makanan kampung.

      Delete
  10. kata bini saya cikgu..hp canggih diorang boleh beli tapi yuran sekolah tak mampu bayar...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata aku yang ex-aweknya cikgu, "itu namanya kedekut tak bertempat, taik hidung pahit!"

      Delete
  11. Hanya apabila rakyat bersatu barulah ia akan memberi kesan kepada kerajaan yang memerintah tidak kira BN atau PR.

    ReplyDelete
  12. Cerita makcik ni lebih kurang cerita rumah mertua aku walaupun berlainan kampung. Peneroka KL tahun 70'an dulu memang ramai atas desakan kerajaan untuk proses urbanisasi. Tahun 90'an ada yang berjaya dapatkan geran. Tapi, ada yang tak dapat.

    Tapi, tanah yang bergeran pun macam takda makna bila pampasan yang diberikan tak berbaloi. Tanah 2000 sqft boleh dapat pampasan dengan RM7k dengan rumah pangsa je. Padahal, tapak rumah diorang tu bakal didirikan kondominium mewah yang setiap lot berharga cecah ratusan ribu ringgit.

    Rakyat perlu berkorban demi pembangunan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu genting macam ni la wakil rakyat mainkan eranan penting. tapi agak malang kalau wakil rakyat ni datang dari parti yang berbeza dengan pemerintah. manyak susah ma...

      Delete