Faiz si penipu dan bijak.

4
3:49 PM
Duduk dalam pejabat yang mempunyai lebih 50 ruangan kubikel tetapi dihuni tak sampai 10 orang, tiba-tiba aku rasa tersentuh campur terhibur campur kelakar campur marah campur kelat bila baca berita pasal seorang lelaki bernama Faiz ni.

Mula-mula tu memang la marah kan? Yela, dengan perasaan budak yang takde mak bapak pun kau sanggup buat main, takde akal betul la. Atau pun dia ni memang berakal cuma sel-sel otaknya dah tersilap berhubung ke bahagian punggung kot.



Tapi bila difikir-fikir balik, ada baiknya dia buat macam tu...
...mungkin tujuan sebenar dia adalah nak pedajalkan pengusaha hotel yang sepanjang bulan Ramadhan ni dah kaut sekian banyak duit, dengan pakej berbuka puasa yang harganya mahal nak mampos tu.

Sedangkan aku yang berbuka dengan harga adik-beradik (cuma RM15 seorang) daripada asal iaitu RM45 pun aku dah rasa mahal. Itu pun sebab si Arab kerja kat situ, dapat la harga kawtim baik punya.

Entah macamana la rasa ruginya kalau aku berbuka kat hotel berbulan bintang yang boleh mencecah sampai RM100 tu. Gila babun apa...

Jadi, kat sini aku nak ucapkan terima kasih la kat pengusaha hotel berkenaan yang dengan tangan terbuka dah belanja budak-budak tu berbuka puasa. Siap bagi tido free lagi! Bukannya susah kan nak beramal ni. Jangan sampai dah ada 75 orang anak yatim tercongok depan mata baru la nak belajar erti bersedekah.

Heheheheee...

Sekian, assalamu 'alaikum.

~Sumber gambar dan berita dari sini.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

4 comments:

  1. kuajaq tu scam macam tu....!

    ReplyDelete
  2. Hehehehee. Saya sengih je uncle...

    ReplyDelete
  3. Haha. .bagus la kau..husnudzon sungguh.

    ReplyDelete