Gelandangan Kandas Dengan Semangkuk Bubur

14
11:02 PM
Sumber dari Google, dah lama wujud dalam internet.

Satu lagi isu yang mengekori selepas isu Azwan Ali dengan sampah-sampahnya, seawal minggu pertama bulan Ramadhan tahun ini adalah pasal gelandangan. Bezanya kali ini individu yang mencetuskan bahan ketawa adalah orang yang sepatutnya dilihat sebagai tokoh yang bijak, seiring dengan jawatan yang dipegang. Tambahan pulak, dia sendiri dipilih oleh rakyat melalui satu sistem yang memang diakui sah. Kononnya la. Heheheee...

Apa benda ni Botak, start ayat dah macam kolumnis Sinar Harian pulak. This is not me, ok. =.=

Bercakap pasal gelandangan ni, aku pun ada pengalaman dengan orang yang tergolong dalam kategori mereka yang amat bernasib baik ni. Sebab pada aku, salah satu orang yang termasuk dalam golongan gelandangan adalah...

...kalau tak silap aku, peristiwa ni berlaku lebih kurang empat tahun dulu iaitu ketika ofis aku masih lagi belum berpindah dari Damansara. Jadinya aku ada banyak kesempatan untuk melilau kat luar ofis, buat projek sendiri. Cari duit poket la katakan.

Masa tu, semua urusan aku dah setel kecuali dua perkara je lagi iaitu nak pergi ke bank untuk bayar instalment kereta dan jugak nak jemput cinta hati aku balik dari kerja. Memandangkan jarum jam kat tangan aku pun dah menunjukkan pukul 4:30 petang (lebih kurang la) dan hampir masuk waktu asar, aku pun buat corner baring masuk ke dalam kawasan Masjid ar-Rahman, Universiti Malaya.

Berhenti betul-betul kat depan kedai makan yang memang terletak dalam kawasan masjid, jarak kedai makan tu kurang 50 langkah dari pintu masjid. Masa tu, masjid ni masih lagi belum ditutup untuk kerja-kerja naik taraf macam sekarang ni.

Menunggu azan asar dilaungkan, aku pun duduk bersandar di dinding paling belakang dengan kesan wudhu' yang masih tersisa di beberapa anggota badan. Tengah sibuk khayal dengan urusan duniawi, aku didekati oleh seorang lelaki berkulit sedikit gelap dari aku. Aku perasan kewujudan mamat ni sejak mula aku melangkah masuk. Di samping dia, terdapat sebuah beg besar dengan wayar pengecas telefon terjulur keluar dari salah satu poket. Aku rasa, mesti dia ni musafir kot. Tak pun student yang nak balik kampung, tapi tengah tunggu sesiapa.

Selesai memberi salam dan memperkenalkan diri, dia pun mula bercerita kenapa dia ada disitu. Di pertengahan cerita, aku memang dah dapat tangkap tujuan dia menegur aku petang tu. Tak lain tak bukan, mesti nak mintang tolong dalam bentuk kewangan. Atau dengan kata ringkasnya, mintak derma la.

Aku rasa serba salah.

Menurut cerita, dia terkandas kat situ lepas kena tipu dengan kawan dia yang duduk kat KL. Sebelumnya, dia dijanjikan dengan kerja tukang cuci kat car wash kawannya yang baru dibuka. Tapi bila sampai je, kawan dia bagitau kerja tu dah ada orang lain ambik. Kecewa punya pasal, dia pun ambik keputusan untuk balik semula ke kampung. Malangnya, duit yang dia ada cuma cukup untuk tambang pergi dan perbelanjaan untuk dua (atau tiga) hari je.

Memang la niat hati aku nak tolong, tapi duit dalam wallet aku cuma ada RM400 je, ngam-ngam nak bayar instalment kereta kang. Dalam akaun pulak cuma ada seratus lebih, tu pun aku kena berjimat sampai la tiba waktu gaji. Atau kalau nasib baik sikit, untuk payment beberapa kerja tepi yang aku dah buat.

Jadi, aku sarankan je dia jumpa dulu dengan AJK masjid ni. Selain tu, aku bagi alternatif lain pada lelaki ni. Aku siap bagi direction (kalau jalan kaki dalam 40 minit jugak kot) pergi ke satu lagi masjid yang terdekat. Mungkin di situ dia lebih bernasib baik kalau tak dapat bantuan dari AJK masjid ni sebab masjid tu terletak dalam kawasan orang-orang kaya. Mana la tau kan, ada rezeki...

~Masa tu aku tak terfikir pulak kalau non-Christian pun boleh mintak bantuan kat gereja. Kalau tak, aku pun boleh tunjuk jalan ke gereja terdekat.~

Perbualan kami terhenti bila azan dilaungkan, lantas kami berdua bersiap-siap untuk bersolat secara berjemaah.

Sebaik memberi salam, tiba-tiba aku rasa bersalah pulak kalau tak tolong mamat ni. Ketepikan faktor penipuan kat sini, sebab kalau betul la mamat ni penipu, itu urusan dia dengan Tuhan. Yang penting, jam masih lagi belum pukul 5:00 petang, masih ada masa lagi sebelum aku perlu menjemput cinta hati aku dari tempat kerja dia, menunjukkan mungkin Tuhan sengaja hantar mamat ni untuk menguji diri aku.

Selesai berdoa, aku segera bangun dan menepuk bahu dia yang duduk selang tiga atau empat (mana la aku nak ingat) jemaah di sebelah kanan aku.

"Jom kita pergi minum..." Bisik aku perlahan sambil memberikan isyarat ke arah luar.

Aku berjalan mendahului dia. Sesampai di kedai makan tu, masih berbaki beberapa jenis lauk daripada jualan sebelah tengahari. Ah, ok la tu. Berapa sangat la harga sepinggan nasi campur kalau nak dibandingkan dengan sebulan instalment kereta tu. Memang takde efek la.

Tapi dia menolak bila aku mempelawa dia mengambil nasi campur, sebaliknya dia hanya mengambil semangkuk bubur kacang dan sekeping keledek goreng.

Duduk di meja paling luar, dia memesan air panas sementara aku memesan teh ais untuk disulam dengan asap dari Dunhill kegemaran. Masa tu aku masih lagi belum bertukar sepenuhnya ke Winston Light macam sekarang. Sepanjang perbualan kami, aku dapat tahu serba sedikit latar balakang mamat ni. Dia yang berasal dari Sungai Petani dan berumur muda sedikit daripada aku. Berdasarkan dari pakaian dia pulak, aku dapat agak yang dia ni bukan datang dari keluarga berada. Mungkin sederhana atau sekadar cukup makan kat kampung sana.

Loghat utara dia yang agak pekat dan sesekali cuba cakap control jugak mengesahkan yang dia bukan datang dari kawasan sekitar atau dah lama tinggal di KL.

Kesian, memang la kesian. Rasa nak tolong tapi nak buat macamana, masa tu aku cuma mampu tolong dalam bentuk makanan je. Kalau nak duit tambang balik kampung tu, mintak maaf la. Apa pun, aku berharap yang dia mendapat perhatian dan bantuan yang sepatutnya daripada pihak yang berkenaan.

Jadi, satu soalan aku untuk Kucing Gemuk di luar sana, adakah orang yang dalam kesusahan seperti lelaki ini pun patut dihapuskan dari pandangan bandaraya Kuala Lumpur?

B
U
L
L
S
H
I
T
!

~Boleh tahan panjang entri aku kali ni kan.
~Teringat tulisan kat logo universiti tempat aku belajar dulu... Kerana Tuhan, Untuk Manusia.
~Ada satu lagi kisah yang berkaitan, pasal kawan aku. Lain kali la aku cerita.
~Sekian, salam Ramadhan semua...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. pak menteri tu sengaja nak alih tumpuan org daripada isu jalan berlubang kat KL tu tapi malangnya isu baru yg cuba diketengahkan sekadar menampakkan sisi kurang bijak beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pendapat, mereka ni jadi kurang bijak sebab dikelilingi orang yang tak cerdik.

      Delete
  2. nak tunjuk yang dia buat kerja agaknya. ini bukan nyamuk denggi nak hapuskan, ini orang.kena lah turun padang,tanya, pastu cari penyelesaian yang sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat turun padang tanpa segala macam protokol, lagi bagus.

      Delete
  3. eh, aku rasa mcm kau pernah up entry ni,lah. serius ni, aku pernah bacalah. ke, aku salah ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah la, aku dah check balik. memang ada. kuat betul ingatan kau ni. kira macam refresh jugak la kan...

      (tapi isu tetap ada kaitan kan)

      Delete
  4. semenjak dua menjak ini isu gelandangan dan pengemis makin popular plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim, lepas ni senyap la tu...

      Delete
  5. betul..tanpa protokol dan tanpa kamera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggal nak atau tak nak je...

      Delete
  6. Selalunya, yang semangat nak membantu orang susah ni, hanya orang yang pernah alami kesusahan dalam hidup. Orang yang tak pernah rasa hidup susah ni, payah nak faham macam mana life waktu susah.

    Dalam hidup ni, mustahil kita tak pernah buat silap. Ada masa error jugak. Bezanya, ada sesetengah dari kita buat error sampai tak boleh nak repair balik. Kita ni, nasib baik sikit aje la, boleh repair sikit-sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma ada jugak orang yang pernah susah ni bila dah senang, terus lupakan orang yang senasib maam dia dulu. realiti kan...

      Delete
  7. Menteri tu aku umpamakan sbg Ebenezer Scrooge. Ptt diinsafkan sama mcm Scrooge tu jgk. Bia dia merasa mcm ne idop ssh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai orang gelarkan dia jabba the hutt...!

      Delete