Jawapan Teka-teki Semalam

16
7:05 AM
Soalan semalam tertulis begini : Apakah nombor pada petak letak kereta yang telah diisi (terlindung) pada gambar?

Dan ini adalah gambar yang dimaksudkan.


Untuk menangkap apa helah yang tersembunyi dalam gembar di atas, korang kena peka dengan petak parking yang aku lukiskan. Bukan kepada nombor-nombor tu. Nombor-nombor tu fungsinya cuma untuk mengalih perhatian je. Abaikan je nombor tu sebab nombor apa pun yang aku tulis, langsung tak membawa apa-apa makna.

Apa yang penting adalah saiz petak parking tu. Perasan tak saiz petak yang diisi dengan Volkswagen merah tu lebih besar sedikit berbanding petak di sebelahnya? Kenapa macam tu?

Hahahahaaa! Saiz dia agak besar sedikit sebab...
...sebab petak tu dikhaskan untuk pemandu kurang upaya!


Tahniah kepada diri aku sendiri sebab berjaya buat soalan yang korang tak dapat jawab. Dan tak lupa jugak syabas aku ucapkan kepada sesiapa yang berani menjawab. Yang tak menjawab tapi tanya aku balik pun ada. Hehehee. Apa la, tidak bertindak mengikut arahan langsung!

Semalam, ada beberapa jawapan yang popular. Dua daripadanya adalah 87 dan 78. Hek eleh, itu jawapan untuk helah lama la. Yang aku bagi ni memang agak senggama minda sikit. Sampaikan ada bagi jawapan beratus-ratus. Hahahahaa. Macam-macam ada la...

Apa pun, dalam ramai-ramai tu ada sorang je yang berjaya jawab dengan tepat. Tapi kemenangan dia tu aku terpaksa batalkan sebab masa tu aku ada bagi dia pembayang tambahan. Tak adil la kan...

~~~~~

Sebenarnya soalan ni aku jumpa kat dalam facebook, tapi yang dalam facebook tu ada kecacatan sikit di mana saiz petak parking tu semua sama je. Jadi aku terpaksa modify sikit ikut pada spesifikasi yang sepatutnya. Baru la real kan...

~~~~~

Apa pengajaran yang kita dapat daripada soalan teka-teki semalam? Ya, silakan jawab. Jawapan kali ni tiada betul, tiada salah. Semua itu adalah pandangan dan pendapat masing-masing. Aku cuma bagi ruang je kat sini.

Jawab la apa-apa je yang relevan dan bernas berdasarkan pengalaman sendiri atau orang lain. Kalau dalam jawapan tu nak selitkan pujian pada aku pun lagi bagus! Hahahahaa....

Assalamu 'alaikum, salam ramadhan semua...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. hahahaha..wehhhh..aku igt sebab kau lukis tak tepat, so saiz petak parking tu besar la sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemon la, kerja aku tiap2 hari ni buat garisan. hehehee...

      Delete
  2. Ceh. Parking untuk OKU rupanya. Kena trolled aku pagi ni. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tak sehebat troll yang netizens buat kat budak kiki tu...

      Delete
  3. Tapi soalan tanya apakah nombor petak parking? tapi jawapannya bukan nombor tapi logo OKU.. achaner tu.. salah soalan nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la nama dia trick. soalan nampak direct tapi sebenarnya bukan. macam soalan "sekilo kapas dengan sekilo paku, mana lebih berat".

      Delete
  4. Replies
    1. hahahaaa. rilek brader, brader rilek...

      Delete
  5. hahaha...jawapan dia memang tak boleh nak buat apa....aku tak terpikir sampai macam tu..hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, penyertaan anda tidak sah. Hehehee...

      Delete
  6. ada bakat melukis la jugak tu... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat buat garisan, boleh la uncle...

      Delete
  7. sel-sel otak aku baru berhubung lepas tahu jawapannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ni kena buat teka-teki selalu. Supaya dapat lahirkan generasi yang genius! Hahahaa...

      Delete
  8. Hahahahah Aku Ingat Kan Nombor 87 Tadi hehe

    ReplyDelete