Ketenangan Menjamin Kebahagiaan

16
9:11 AM
Selalu sangat kan kita tengok kalau kat klinik kesihatan atau hospital awam keadaannya memang kelam-kabut sikit, orang ramai, suasana sesak, nurse yang asalnya dari rumah muka secantik Nora Danish umur 19 tahun pulak boleh berubah serupa naga terpijak taik sendiri. Masam, bengis. Kalau ada yang senyum pun, nampak sangat terpaksa dan tak ikhlas. Itu klinik kesihatan atau hospital awam.

Lain pulak dengan apa yang aku alami hari Isnin minggu lepas.

Lokasinya adalah di sebuah klinik pergigian (awam) yang terletak betul-betul kat tepi jalan, attached dengan klinik kesihatan yang memang rutin setiap hari akan sentiasa sibuk. Sibuk sangat dari pagi hingga waktu tutup kedai, sampaikan kereta yang parking pun membuak-buak ke atas walkway jalan besar.

Bila aku masuk je...

Fuh, suasana tenang.Udara nyaman. Langsung tiada ketegangan. Brader muka macam bouncer kelab dangdut pun mulut dia ada senyum, senyum manis walau pun tak berapa hensem.

klinik pergigian petaling bahagia jalan puchong

Nah, nampak tak? Sepanjang aku ada kat situ, aku perhati je mamat yang duduk kat meja pendaftaran ni. Bersahaja je dia buat kerja tanpa ada apa-apa tekanan. Yela, pesakit yang datang nak dapatkan rawatan pun bukannya macam jenis semut berebut gula. Dalam 10 minit, ada la seorang atau dua orang yang masuk.

Suasana dalam bilik rawatan pun tak jauh bezanya.

klinik pergigian petaling bahagia jalan puchong

Nampak? Nampak? Kemas dan tersusun, senang hati aku duduk kat dalam bilik ni. Kalau la aku kena bertapa dari pagi sampai malam pun tak kisah memandangkan suasana yang tenang dan tak sibuk ni juga dihiasi dengan kehadiran doktor comel (agaknya la, sebab dia pakai mask). Dia punya M.A. yang nama Ruzaini (kalau tak silap) pun steady je buat kerja. Cekap, tangkas dan tersusun. Kepada awek-awek kat luar sana yang dalam proses mencari tu, boleh la datang sini. Mamat ni memang ramah, tak banyak songeh. Sesuai sangat kalau nak dibuat calon menantu untuk mak abah korang.

Mamat ni punya baik, sampaikan ada sorang nyonya nak ambik kesempatan kat dia!

Woi, bukan kesempatan apa. Tapi nyonya tu cuma `merengek' nak mintak siapkan dia punya gigi batu tu cepat sikit. Kalau boleh petang tu dia nak siap, bukannya esok seperti yang dijanjikan. Tak kisah la kalau kena duduk tunggu sampai petang, dia sanggup. Haiya ahso, you gila ka? You pergi klinik private lusa pun belum tentu boleh dapat tau!

klinik pergigian petaling bahagia jalan puchong

Inilah modal yang aku keluarkan pagi tu, cuma RM2 je. Dan apa yang aku dapat adalah ketenangan jiwa yang seterusnya membawa kebahagiaan. Insya-Allah.

Petangnya, lepas puas membuta di atas tilam empuk sambil dipayungi kipas siling yang ligat berputar, aku pun start enjin kereta (cuaca panas, tak selera aku nak naik moto) dengan niat nak menambahkan lagi kebahagiaan yang aku hayati sejak pagi. Lokasi tujuan aku adalah di tepi jalan utama kawasan perumahan aku. Tempat yang gemar aku singgah kalau terasa nak basahkan tekak, atau nak pekena laksa Kedah yang kuahnya betul-betul kaw. Mantop dan terbaik...

laksa kedah kuah kaw candol sedap bawah pokok

Jambu kat sebelah tu aku tak boleh nak beli, sebab aku sekarang dah kekurangan sifat. Sekian, assalamu alaikum...

~Terma `hospital kerajaan'  sengaja aku gantikan dengan `hospital awam'. Sebab pemiliknya adalah kita, bukan pemerintah.
~Salah satu perkara yang aku nak puji pihak pemerintah, adalah kos rawatan yang cuma RM2 tu je.
~Alangkah bagusnya kalau semua premis awam setenang ini...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. Pernah jmpe klinik gg yg tenang mcm ni n servis bgs. Klinik gg gomen kt bp. Smpi skg takleh lupa betapa bgsnya dentist tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Servis/barang yang bagus, memang patut dipuji...

      Delete
  2. klinik gigi memang sentiasa tenang, berapa kerat sgt manusia yg berani pergi... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, aku ingat kau nak bagitau 'berapa kerat sangat yang ada masalah gigi'. Terkena aku...

      Delete
  3. jadi pain killer tu sbb ini ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebulan lebih menanggung. Sibuk sangat sampai tak sempat nak spend satu hari pergi klinik. Sehari telan dua biji selama sebulan, boleh gitu? Pergh...!

      Delete
  4. BUAT APE? CABUT GIGI KE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dating bang. Dengar2nya misi kerja gomen ni comel2 belaka. Hahahaa...

      Delete
  5. Hospital awam kita bukannya tak bagus, ia bagus sebenarnya. Tapi bila dah overcapacity, staf-staf dia dah tentu rasa stress dengan workload yang gila punya besar.

    Masalah kat Malaysia ni ialah, doktor dan nurse ramai yang grad, tapi jumlah hospital awam tak mencukupi. Balik-balik hospital swasta, balik-balik hospital swasta yang dibinanya.

    Bayangkan area penduduk ramai macam KL ni cuma ada 4 buah hospital awam yang terhampir. HBKL, Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Serdang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal, semua nak sumbat kat situ jugak. Macamana la tak runtuh siling. Hehehee...

      Delete
  6. bila pergi kat pusat perubatan macam nie sebenarnya kita akan lebih selesa dan merasa yakin akan mendapat perkhidmatan yang teliti tanpa gangguan daripada benda2 lain...

    Regards
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi tempat sesak tu, kita pun dah serabut kepala, staf apa lagi...

      Delete
  7. Isteri saya tentu seronok jika baca entri Botak kerana dia adalah salah seorang nurse gigi di klinik awam. Seperti kata isteri walaupun orang selalu mengutuk hospital/klinik awam, tapi jika pesakit yg mendapat rawatan di hospital/klinik awam menghadapi masalah; hospital/klinik swasta akan merujuk kes itu ke hospital kerajaan. Akhirnya hospital kerajaan yg teruk itulah juga yang membantu menyelesaikan masalah yang tak dapat diselesaikan oleh klinik/hospital swasta yang serba bagus itu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hohoo, sampaikan ucapan terima kasih. macam saya bagitau, servis yang bagus memang layak dipuji.

      betul tu, banyak kes kritikal kat hospital swasta (sekitar sini) yang akhirnya dirujuk ke HKL. sesak macamana pun, teruk macamana pun layanan, akhirnya rujuk ke situ jugak. tapi malangnya staf kat hospital awam ni tak ambik kesempatan atas kepakaran yang ada, untuk meningkatkan imej pada mata masyarakat. hmm...

      Delete
  8. lepas habis cabut gigi ke kedai cendol ke..macam kenal je area tu...Permaisuri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan. Ni perumahan untuk orang tak kaya dalam kawasan petaling jaya.

      Delete