Misi Separa Berjaya Di Kota Bharu

18
11:54 PM
Tengahari Jumaat, lebih kurang sejam sebelum waktu biasa aku keluar untuk ke masjid. Dari celah-celah stiker yang aku tampal buat menutup panel kaca di dinding partition, aku dapat tengok dia datang ke arah aku. Sesampai je kat sebelah, ada sehelai kertas di tangannya.

"Pergi mana petang semalam? Puas aku cari..." katanya perlahan. Aku rasa, mesti dia bawak sedikit perkhabaran gembira atau nak mintak tolong. Kebiasannya memang macam tu. Kecuali la kalau dia datang dengan tangan kosong tu, cuma nak bersembang atau nak kacau aku buat kerja luar.

"Biasa la, cari makan. Pukul 2 aku keluar, lepas tu terus balik rumah. Apahal?" tanya aku membalas semula soalan yang diajukan.

"Ni ha ada nombor PT ni, tolong aku carikan kat mana. Ada satu site baru kat Jeli. Ahad ni aku kena pergi..." tanpa menghabiskan butir bicara, aku dapat agak mesti dia tak dapat cari orang yang sesuai untuk buat side-kick. Iye la, bulan puasa macam ni, siapa aje yang rajin nak keluar pergi site. Tak seronok, boring, tak dapat buat program makan-makan waktu siang.

Sama la macam aku. Bulan puasa ni memang kureng sikit nak travel jauh-jauh. Nak pulak kalau terpaksa drive sebab aku ni kalau drive lama-lama mesti nak berhenti sekejap. Kunyah asap barang sebatang dua. Kalau bulan puasa, mana dapat bai!

Cuma satu perkara je yang membuatkan aku mengalah dan terpaksa dalam rela terima pelawaan untuk jadi side-kick dia ke Jeli tu. Memandangkan bulan puasa, dia bercadang nak solat tarawikh kat satu tempat ni. Masjid yang aku sendiri pun dah lama sangat nak singgah, tapi tak kesampaian walau pun dah sampai ke Kota Bharu buat kali pertama tempoh hari (klik sini kalau berani).

Apa yang istimewanya dengan masjid ni adalah satu nama yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan, dan beliau jugak salah seorang tokoh yang aku kagumi sejak dulu. Kalau tak, masakan buku hasil tulisan beliau dapat tempat pertama dalam kategori Anugerah Penulis Pilihan (klik sini pulak kalau rajin). Tak gitu?

~~~~~

Petangnya, sebaik pulang ke bilik hotel dari bertemu jodoh tanpa sengaja (nanti aku ceritakan) kat perkarangan Stadium Mohamed IV, aku tengok cuaca kat luar macam tak mengizinkan je. Angin kuat, dan siikuti pulak dengan hujan (macam) lebat berdasarkan bunyi pukulan titisan air di kaca tingkap. Alamak, jangan la tak jadi malam ni. Aku memang berhajat sangat ni.

Alhamdulillah, selesai solat maghrib, aku jengok sekali lagi ke luar tingkap dan bibir munggil aku pun mula menguntumkan senyuman manis. Semanis kurma Yusof Taiyoob... Yes!

Tepat jam 8:15... "Jom gerak, apa lagi..." Aku pun melompat bangun dari tempat duduk dengan berbekalkan t-shirt bundle harga RM5 dan jugak kain pelikat berbentuk seluar yang menyerlahkan lagi ketampanan aku...


Tarawikh cuma 8 rakaat kat sini, tanpa witir. Untuk beri peluang kepada siapa-siapa yang nak top up lagi kat rumah. Kalau tak silap aku, kebanyakan jemaah adalah pelajar dari sekolah maahad yang terletak betul-betul kat sebelah masjid ni.


Keadaan masjid dari luar, sesudah solat tarawikh.


Ha, tu pun rumah dia! Apa lagi, serbu la. Jangan lupa bagi salam. Yang kirim salam pun ramai jugak ni. Penuh poket seluar pelikat aku ni.


Tapi, nampaknya rumah ni gelap je. Takde penghuni. Mungkin dia dan keluarga memenuhi jemputan kat tempat lain kot. Takpe la, tak dapat bersemuka dengan tuan rumah, dapat posing depan muka pintu rumah warna hijau ni pun kira orait la kan.


Masjid Kampung Pulau Melaka namanya. Aku cari dan pergi gunakan khidmat GPS dan kepandaian yang Tuhan kurniakan. Entah kenapa masuk je Kota Bharu, aku punya Google Map buat hal. Slow gila babun. Nasib baik ada Waze buat back up. Power bak hang...!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

18 comments:

  1. AKU DAH 3 HARI TAK KE SURAU UNTUK TERAWIH.. SAKIT MATA BAI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik, skodeng sape pulak ni? Hahahaa...

      Delete
  2. TGNA mg slalu bz. Ade je aktiviti. Nak2 bln posa ni. Hehehe...

    Aku slalu je guna waze. Google map, aku x reti. Heheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal, bulan ni dia memang sibuk kot.

      aku lagi suka guna google map. Sebab yang baru ni dah ada voice direction. Cara guna lebih kurang sama macam versi window (kat pc).

      Delete
  3. aku rasa ni 1st time aku lihat gambar tau...walaupun tanpa wajah...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dua, tiga entri lagi sebelum ni doc...

      Delete
  4. Misi jadi separa berjaya sbb tak dpt jumpa TGNA ya? Tapi kira okla dpt gak solat kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira boleh jugak la daripada takde langsung kan...

      Delete
  5. IM pun teringin nak pi rumah TGNA. dah 3 kali pi Kelantan, tak kesampaian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time bang, kita cari kesempatan...

      Delete
  6. pulau melaka tu kat tengah2 daratan kann., ehHHee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tengok dalam google map, keliling kampung ni ada sungai. macam terkepung...

      Delete
  7. mula-mula aku baca, mcm ditutup mata saja. kalini. satu muka warna lain.. kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru teringat, janggut aku pun patut di`censored' jugak. kekeke

      Delete
  8. teringat pulak waktu aku kat melaka duru..surau dia lebih kurang macam nie laa..tapi dorang buat 11 rakaat and ada witir..cuma imam dia agak express kalau berbanding dengan masjid kg baru nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa aku duduk kampung baru pun, letih jugak nak layan imam import kat sana. mujur masa tu muda lagi, gagah dan berani...

      Delete
  9. hajat tak kesampaian..next time kalau ke sana lagi, aku pun nak tumpang kirim salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tu la. Bukan senang nak jumpa...

      Delete