Pengkhianatan Untuk Bertemu Jodoh Di Stadium

8
12:13 PM
"Apa cerita kita petang ni? Aku tak pernah outstation time bulan puasa. Nak buka kat mana?" tanya aku sebaik kereta berhenti di hadapan hotel. Aku memang tak boleh blah kalau berbuka kat luar. Tak syok, tak best, tak seronok langsung. Aku lagi suka makan kat rumah...

"Apa lagi, kita cari bazaar ramadhan la. Mesti banyak makanan..." tu dia cadangan daripada Romi. Kalau setuju, abis la kempen boikot bazaar ramadhan yang dah masuk tahun ketiga ni. Mana mungkin aku nak mencabul ikrar yang selama ni aku tanamkan dengan ungkapan 'say no to param'.

Tapi masalahnya kat sini, kalau aku nak cari kedai makan yang power dengan orang tak ramai, mana la aku tau kat mana celah boleh jumpa. Dengan jalan Kota Bharu yang masih lagi asing pada aku, dan jugak masa yang semacam semakin suntuk. Tu belum ditambah, tolak, darab dan bahagi dengan keadaan trafik yang aku tengok macam nak sesak je. Maklum la, waktu orang baru balik kerja.

Di kaunter penyambut tetamu...

"Dik, kat sini mana ada bazaar ramadhan yang paling dekat?" Tanya aku tanpa rela kat sorang mamat kaunter setelah selesai urusan check-in. Cadangnya aku nak tanya kat aku punya buddy (asal dari Kelantan tapi dah lama pindah keluar) pasal menu dan port baik tapi takut dia sibuk pulak petang-petang Ahad ni. Tak syok pulak nak kacau orang tengah sedap feeling nak berbuka.

"Yang paling senang, abang boleh pergi dekat stadium sana. Sana macam-macam ada. Ada banyak jual. Tapi kena cepat sikit la, takut jalan jem nanti..." pergh, langsung takde bunyi pantai timur mamat ni. Takpe dik, kalau kau cakap loghat Klate pun aku boleh paham sebab aku ada ramai kawan asal dari sana.

~~~~~

Jam 5:15 petang, kami mula mencari berdasarkan panduan dari Waze. Entah kenapa, aku punya Google Map buat gila sebaik je melepasi sempadan jajahan Kota Bharu ni. Lemau betul la. Terpaksa aku guna Waze.

"Hek eleh, takde la jem mana pun. Ok je aku tengok..." kata Romi. Mungkin keadaan trafik yang semacam itu dah dianggap sesak oleh warga Kota Bharu kot.

Ha, tu belum masuk KL lagi. Kalau mamat tadi masuk KL, aku rasa mau seminggu dia pitam kot.

~~~~~

Memasuki lorong pertama di dalam deretan gerai jualan, mata aku terus terpandang dengan aku punya jodoh! Fuhyo... Cantik, sedap pulak mata memandang. Nak tau siapa dia, sekejap lagi aku bagitau.

Pada aku, makanan yang dijual kat sini tak jauh bezanya dengan apa yang ada kat KL sana. Mungkin juga budaya berniaga makanan ni memang dah dimonopoli oleh orang Kelantan, jadi apa yang ada di depan mata aku masa tu takde la pelik sangat.

Cuma ada la beberapa kuih tradisional Kelantan yang susah sikit nak cari kat KL, contohnya macam kuih nek bat. Kuih ni aku tak berapa minat sebab melihatkan cara hidangannya pun aku dapat agak yang kuih ni memang manis. Kuih yang sedang berenang manja dalam genangan air gula. Maaf, aku kalau makanan manis ni memang kureng sikit. Sebab tu aku tak goyang langsung masa kecoh pasal Cadbury babi sebelum ni. Steady je, sebab aku memang tak minat pun. Hahahaaa...

Selain kuih-kuih tradisional tempatan, ada jugak peniaga yang nak menarik perhatian pembeli dengan menamakan makanan mereka dengan nama yang mengarut...

pasar ramadhan stadium sultan mohamed iv kota bharu

Dinosaur? Agak-agak la bai. Kalau jual serigala pun takde orang nak beli, ini kan pulak dinosaur. Aku tak pasti pulak kalau kat sini penternakan dinosaur dah mula dibuat secara komersil. Kalau ada elok la, tapi korang kena standby kena serbu dengan CNN. Jenuh la nak menjawab.

pasar ramadhan stadium sultan mohamed iv kota bharu

Tengok tu, kemain ramai lagi orang kat bazaar ramadhan Stadium Sultan Mohamed IV ni. Suasana sebijik macam kat KL. Ah, dasar orang melayu. Selalu sangat merungut pasal harga barang naik, makanan takde kualiti, tempat sesak. Tapi last-last datang jugak ramai-ramai kat sini. Heheheee...

Satu pujian yang aku nak beri pada penganjur bazaar ramadhan ni adalah, lokasi yang sangat strategik. Susunan gerai pun teratur. Nak parking kereta pun senang. Jadi aku yang jenis tak suka pergi tempat sesak macam ni pun rasa selesa je.

Lagi satu yang boleh kita semua jadikan contoh adalah...

pasar ramadhan stadium sultan mohamed iv kota bharu

Nampak tu? Ini namanya kaunter aduan. Kaunter ni pejabat kesihatan yang empunya. Jadi kepada pembeli yang rasa tak puas hati dengan barang yang dibeli (kebersihan, harga, kuantiti atau yang sewaktu dengannya) boleh la terus je buat aduan secara 'on the spot'.

Patut la bila keluar dari kereta je aku dapat dengar nama peniaga dipanggil. Siap dengan nombor gerai sekali. Mungkin ada pembeli yang tak puas hati kot. Bukan sekali dua, tapi kerap jugak aku dengar nama diorang dipanggil sepanjang aku merayau kat sana. Bukan ke cara ni  lebih baik?

Pihak penganjur bazaar ramadhan kat tempat lain patut jadikan sebagai contoh. Jadi takde la nanti pembeli jadikan Facebook atau Sinar Harian sebagai tempat nak luahkan perasaan. Datang terus ke kaunter, buat aduan. Abis cerita. Peniaga pun kalau boleh tak nak la kena ambik tindakan. Tak gitu?

Eh, apa benda jodoh yang aku sibukkan sangat ni? Ok, kalau nak tau. Ini la dia jodoh yang aku maksudkan.

pasar ramadhan stadium sultan mohamed iv kota bharu

Hehee, masuk-masuk je terus terjumpa dengan makanan yang pernah buat hati aku cair dulu. Power tak power nasi ni, sampaikan aku ada buat entri pasal nasi ni dulu (klik sini kalau sibuk nak tau sangat).

Jadi, pengkhianatan aku terhadap ikrar yang selama ni aku pegang, terasa agak berbaloi.

Sekian, assalamu 'alaikum. Salam ramadhan semua...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. kalau bazar kat luar KL biasanya makanan lagi sedap dan murah.
    nasib baik temu nasi kak wook tu ye, tak sia-sia jadi pengkhianantan

    p/s:dah berbelas kali g kelantan, tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, next time boleh cuba...

      Delete
  2. kalau buat aduan makanan tu tak sedap.. jenuh la.. time puasa.. mana boleh rasa sedap ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ramai yang komplen pasal harga kot...

      Delete
  3. Kita suka shopping makanan kat KB ni..still jauh lebih murah dari KL rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tak tau mana port yang betul2 menarik...

      Delete
  4. Kemaen puji melangit dgn Kelantan eh? Hahahahah!

    Dah lama tak ke KB. Rindu pun ada gak ni. Antara KB dgn K/Tganu, aku prefer KB sbb kos sana msh murah compare dgn Ganu. Huhuhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku punya tagline, barang bagus layak dipuji. hehehee...

      Delete