Tengkorak Di Masjid Ubudiah

17
5:51 PM
Tempoh hari, selesai bersolat tarawikh di masjid idaman hati (kat sini), kami pun berhenti sekejap kat simpang empat yang aku sendiri pun tak tau kat mana. Macam tu la akibatnya kalau bergantung sangat pada GPS, atau dalam kata lain malas nak tersesat. Berhenti tu pun sebab aku nampak macam senang je nak parking kat depan kedai ni.

Dan yang paling power sekali, kat kedai ni ada jual sup belut. Pergh! Terbaik jugak dia punya kuah. Walau pun aku kurang puas hati dengan belut-belut dalam mangkuk yang saiznya lebih kurang macam jari telunjuk. Tak puas nak mengunyah...

Sambil-sambil menjeling mak menti yang rajin meronda di celah-celah kaki meja dan kerusi, tiba-tiba kepala botak aku mengeluarkan satu idea yang super bernas. Tak terlawan dengan mana-mana ahli politik.

"Daripada kita stay Ipoh esok, apa kata kita lepak dulu satu malam kat Kuala Kangsar. Aku nak solat kat Masjid Ubudiah tu la. Amacam...?" Romi yang mendengar macam kurang setuju. Lebih-lebih lagi bila dia tanya aku apa lagi yang menarik kat Kuala Kangsar sana.

"Entah, ada bangunan lama, istana dengan rumah orang je la kot..." jawab aku. Kalau nak cari karaok, hari lain pun boleh. Lagi pun keluar berdua dengan aku, nak karok apa namanya. Aku ni bukannya kaki karok pun. Sepanjang hayat, baru sekali aku menyanyi, tu pun satu lagu je (Agnes Monica - Matahariku) masa pergi Kuantan beberapa tahun lepas.

~~~~~

Memasuki perkarangan masjid dari lapangan parking tak berturap di sebelah kiri masjid, aku dapat tengok beberapa khemah didirikan dengan susunan meja dan kerusi yang kemas. Aku dapat agak, mesti diorang ada buat majlis berbuka untuk anak yatim, atau paling kurang pun ada la mana-mana wakil rakyat yang datang nak perabih duit dan masa.

Tapi jangkaan aku semacam jauh melecet. Melecet hingga meninggalkan luka lelasan yang sedikit pedih di buku lali. Di bangunan masjid yang super cantik luar dan dalam ni, aku dapat tengok ramai lagi jemaah yang memakai songkok dengan lilitan putih.

Alamak, ada kerabat raja datang ke? Ini sudah kacau. Aku yang datang dengan berpakaian selekah (takde buat persiapan pakaian nak mengadap VIP dari rumah) ni rasa serba salah pulak. Baju hitam gambar kepala orang, dan dipadankan dengan seluar pelikat dari malam sebelumnya, aku tak rasa ini sesuatu yang biasa di dalam masjid yang terkenal dan dianggap sebagai antara bangunan masjid yang tercantik di Malaysia.

Memang aku setuju. Belum masuk lagi aku dah rasa kagum dengan rekabentuk dan senibina luarannya. Cahaya lampu yang tangkas menyinari permukaan kubah berwarna emas dari bawah, dan jugak warna putih yang menjadi warna dominan bangunan ni. Betul-betul buat aku terpukau.

Bila masuk je, aku makin terpegun. Fuhyoo... Cantik gila siak... Dinding berwarna keemasan, tiang yang dikemaskan dengan batu marmar hitam entah import dari benua mana, dan jugak corak karpet yang berbunga dan mempunyai paksi di tengah. Tengok tu, sampai ke karpet aku punya pujian. Memang power betul la arkitek yang buat design masjid ni.

"Elok-elok sikit, kang bertembung pulak..." Romi membisikkan kata-kata amaran ke telinga aku. Elok-elok? Bertembung? Apa hal pulak. Aku datang nak bersolat. Bukannya dan pecahkan tabung derma (aku tak perasan kalau masjid ni ada tabung derma).

Oh, patut la dia warning kat aku. Takut tetamu istimewa ni terkejut tengok baju aku kot...


Tak sangka pulak yang malam tu aku akan bersolat jemaah isya' dan tarawikh bersama-sama dengan ketua agama negeri Perak. Bangga ada, rasa serba salah pun ada. Lebih kurang macam budak yang baju celoreng tu. Bila aku tanya dari mana, dia pun sebenarnya orang situ dan tak tau langsung ada majlis dan VVIP nak datang. Hm, elok la tu. Sesuatu yang membuatkan aku terfikir..

...kenapa rakyat sendiri tak tau, sedangkan bukankah sepatutnya sultan atau raja tu sentiasa dekat dengan rakyat. Ah, tinggalkan dulu persoalan tu. Aku tak salahkan sesiapa, mungkin ada kekurangan dan kebocoran pada pihak yang jadi pengantara sultan dengan rakyat.

~~~~~

Malam tu, aku bersolat tarawikh cuma 16 rakaat je. Macam tak larat pun ada. Dalam kepala pun dah terfikir nak ambik gambar dari luar.

masjid ubudiah kuala kangsar

Dari mula solat isya' sampai la tarawikh rakaat ke-16 ni, aku cuba sedaya upaya berada di saf terkebelakang sikit. Dan jugak memilih kedudukan yang hujung. Rasa janggal bila aku (dan budak tadi) je yang datang berjemaah pakai t-shirt.

masjid ubudiah kuala kangsar

Lampu chandelier di lelangit ruang solat utama. Entah berapa ribu la agaknya harga dia kan. Kalau jatuh atas kepala aku, confirm aku balik naik ambulans...

masjid ubudiah kuala kangsar

Kagum tak? Mesti la tak kagum sebab aku snap pakai kamera dari telefon bodol je. Aku rasa, kalian patut datang masjid ni dan hayati sendiri. Ada orang kata, masjid ni nampak lagi cantik bila waktu malam. Kalau macam tu, perancangan tak dirancang yang aku buat secara minit terakhir ni kira mantap jugak la kan.

~~~~~

Melangkah keluar masjid, beriringan dengan Romi... "Huh, yang kat luar ni lagi ramai dari kat dalam...!" Macam bunyi menyindir pun ada bila dia tengok ramai orang yang cuma duduk-duduk dan bersembang kosong kat khemah.

 Ketepikan dulu pekerja katering yang sibuk menyediakan moreh untuk tetamu diraja, tapi kenapa yang duduk melepak kat luar ni lebih ramai dari jemaah di dalam masjid? Jumlah kasar ni aku campurkan sekali dengan polis-polis yang duduk berlonggok kat pagar utama masjid. Hehehee...

masjid ubudiah kuala kangsar

Sekali lagi, mesti korang tak rasa kagum kan? Jangan salahkan aku. Salahkan telefon cabuk aku ni, dan jugak kedudukan khemah yang didirikan di perkarangan masjid ni langsung membataskan aku untuk mencari spot yang sesuai. Kalau la diorang ni takde, mungkin banyak shot yang aku boleh tangkap.

Last but not least, hayatilah pose istimewa daripada individu yang menaikkan entri ni. Hehehehee...


Kagum ke? Terima kasih, hehehee...

~~~~~

Di dalam kereta, sekali lagi Romi memberikan komplen sinisnya... "Nampak kan beza antara masjid berduit dengan yang tak berduit..." Hmmm, aku cuma mampu tersenyum. Mungkin dia merujuk masjid `istimewa' yang kami kunjungi malam sebelumnya. Atau pun masjid-masjid lain yang lebih daif.

Assalamu 'alaikum, salam ramadhan semua...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

17 comments:

  1. oklah tu gambar walaupun takat pakai tepon bodoh.identiti pemilik blog masih kekal misteri nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodol tu memang ejaan sebenar, perkataan jawa. Hehehee...

      Delete
  2. tahniah la buat 16, saya slalu terkandas kat 8 rakaat je.... kat kuala kangsar tu klu lepak2 kat depan sg perak layan feeling pun ok gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang punya 16 macam 8 tempat lain, kelajuan sederhana. betul, tebing sungai perak tu cantik jugak, kalau bawak joran lagi cantik...

      Delete
  3. cantik gambar masjid tu..oklah snap guna hp...

    p/s: tak sanggup memikirkan sup belud tu..hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belut tu pun sedap jugak sebenarnya...

      Delete
  4. Replies
    1. sebab tu diorang kata antara masjid tercantik...

      Delete
  5. ni 1st time aku tgk ruang dalaman masjid ubudiah..cantikkk..

    tak kisah la bro pakai apa pun, asalkan menutup aurat, dan pakaian bukan yg bercorak/motif melampau...

    pakai baju melayu lengkap bersampin pun bukannya sunah :)
    so tak perlu nak rasa inferior pun..
    allah nilai ibadat kita..waima berkain pelikat & t- shirt pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa datang la, tengok sendiri. lagi cantik daripada dalam gambar...

      Delete
  6. nasib baik masjid rumah aku buat 8 je. lepastu tazkirah. lepastu tadarus. cukup 12.30pagi, baru sampai rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh? laaa... baju kau tengkorak ke..?

      Delete
    2. aku kalau tak menyinggah, belum pukul 11 dah ada kat rumah. hehehee...

      Delete
  7. Ok. Aku cri gak subject matter ko. Tapi tak jumpa.

    Hal kau menggelabah psl pemakaian ko yg tak menepati citarasa VIP tu, sinis ke atau jujur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. both, hehehee... ala, macam kau tak kenal aku ni!

      Delete
  8. IDENTITI KAU MASIH BELUM DITUJUKKAN.. TUNJUKKAN PADA DUNIA BOTAK... MESTI HENSEM KAN..? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya bai, karang dengan kau sekali kena histeria...

      Delete