Terima Kasih Syawal

14
5:32 AM
`Belajarlah menghargai keindahan kecil yang hadir begitu banyak dalam kehidupan kita.' -Tanpa Nama

Pagi syawal yang pertama, setelah aku dan ayah pulang dari surau. Kami semua berkumpul mengelilingi meja makan.

Sepuluh biji ketupat, semangkuk rendang ayam, sayur lodeh dan sambal kacang. Semuanya sudah lengkap terhidang di atas meja makan kami. Begitulah kami hampir saban tahun dengan hidangan yang sama. Sengaja emak hidangkan hanya sepuluh biji ketupat daripada 30 biji yang aku dan ayah anyam petang semalam. Tak mahu membazir katanya. Cukup la tu untuk lima orang. Lagi pun, pagi raya ni tak boleh makan banyak, takut sakit perut. "Kan dah sebulan kita tak makan siang, nanti terkejut". Tambahnya lagi.

Begitulah emak. Dengan kemahirannya yang tersendiri dalam mendidik kami bagaimana cara untuk berjimat. Sehinggakan aku terikut-ikut dengan sikap jimat-cermat dan tidak membazir emak itu. Pernah beberapa kali aku menawarkan diri untuk menghabiskan makanan (kadangkala minuman!) yang tidak mampu dihabiskan oleh orang lain, ketika keluar makan di kedai. Aku tak peduli. Kerana pada aku, menghargai dan mensyukuri nikmat Tuhan bukan sekadar menadah tangan ke langit lima kali sehari, tetapi juga dengan tidak melakukan pembaziran. Walau pun hanya sebutir nasi dan setitis air sirap limau...

Selesai membacakan doa makan,
aku segera menghulurkan tangan untuk mencapai dua biji ketupat yang paling besar. Setiap satunya dibelah empat. Lalu aku letakkan isi ketupat ke dalam pinggan dan mengasingkan sarungnya di sisi kanan pinggan. Sambil memerhati kelakuan akak dan adik perempuan aku yang tertib mengambil makanan, aku pula mencedok kuah lodeh ke dalam pinggan dengan banyak. Sehinggakan ketulan ketupat tadi hampir separuh tenggelam dan tertutup pula dengan sayur campur. Antaranya sengkuang, lobak, soohoon dan sayur pucuk.

Memang begitulah cara hidangan kegemaran aku, berkuah dan tidak kering sehinggakan menu ketupat aku kini berubah rupa menjadi lontong.

"Ha, tahun ni siapa nak mula dulu?" tanya ayah sambil mendekatkan mulutnya ke bibir cawan putih berisi teh o suam kurang manis. Bebola matanya bersilih ganti ditujukan ke wajah kami bertiga. Seperti biasa, emak terkecuali walau pun dia juga tidak terlepas daripada turut serta dalam tradisi keluarga kami setiap tahun. "Apa berita paling gembira sepanjang tahun lepas? Akak dulu la sebab dia pakai baju merah hari ni." arah ayah. Suaranya sedikit mendatar, mungkin kerana enggan dilihat sebagai garang lebih-lebih awal pagi raya ni. Kalau rosak mood pagi raya, kan dah susah.

"Mesti akak nak cerita pasal kereta baru kan? Wira SE tu ayah. Macam nak racing je", sampuk adik. Tergelak kecil emak mendengarkan suara adik yang beza umurnya tak jauh berbanding aku dan akak tetapi masih berkelakuan seperti anak-anak. Seperti selalunya juga, adik perempuan aku yang satu ini jugalah yang akan menjadii pencetus kepada suasana ceria.

"Ala, dah lama akak kumpul duit tau nak beli kereta", balas akak tersenyum. Selain kisah kereta baru, dia juga menceritakan tentang keadaan di sekolah tempat dia baru bertugas. Sekolah luar bandar, tiada kesesakan lalulintas seperti sebelumnya dan jugak sikap ibu bapa yang tak banyak kerenah. Ditambah pula dengan guru besar yang tidak cerewet. "Lepas ni jangan lupa bayar duit kereta tiap-tiap bulan. Kalau kena tarik nanti, kereta siapa pulak ayah nak pinjam buat melaram", pesan ayah. Semua ketawa kecil dengan gurauan ayah. Dan yang paling riuh adalah adik perempuan aku dengan usikan-usikan tambahannya.

"Ijai pulak macamana, apa berita paling gembira tahun ni? Ada naik gaji ke. Nanti boleh kita makan besar kat Senibong. Restoran atas air tu". Tumpuan dialihkan pula ke arah aku yang sedang asyik menyuap makanan dengan sudu. Rasa sedap dan sedikit pedas-pedas yang dari tadi menari-nari di hujung lidah kini menjalar ke kerongkong dan berubah menjadi rasa serba salah. Sepanjang tahun, seingat aku takde lagi perkara besar yang berlaku pada diri aku. Jauh sekali pencapaian yang boleh dibanggakan di atas meja makan.

"Err, ada la, bukan pasal gaji. Tapi takde la perkara besar sangat. Cuma cukup la untuk bersyukur. Daripada takde langsung kan", jawapan yang aku berikan masih belum mampu melunaskan persoalan yang asalnya. Tentang perkara gembira yang patut dikongsi dan disyukuri bersama. "Apa dia Jai?" Tanya emak.

"Abang dia dah ada awek. Hari tu kitorang tengok ada gambar perempuan kat wallpaper telefon dia!" Jerit adik.

"Woi, apa ni. Bukan tu la..." Pintas aku.

Suasana sederhana di ruang makan pagi tu tiba-tiba pecah dengan gelak ketawa mereka berempat. Cuma aku sahaja yang tidak ketawa, sekadar tersengih dan cuba menukarkan warna muka yang merah menyala kepada yang lebih bersifat normal.

"Siapa, kawan sekolah teknik yang datang kenduri kahwin hari tu ke?" Soalan tambahan emak semakin mencambahkan lagi gelak ketawa mereka seterusnya membuatkan kulit muka aku menjadi tak ubah seperti buah epal merah yang disapu minyak zaitun. Merah, berkilat.

"Dah, dah. Cakap orang lain. Mak tu ha, muka ada manis. Senyum ada lebar. Mesti ada nak bagitau satu benda ni. Apa dia mak punya berita baik tahun ni?" Sengaja aku cuba mengubah sasaran gurauan pagi itu kepada emak. Memang dah berminggu jugak aku tak usik emak. Orang yang paling sukar diramal tindak balasnya. Kadang-kala `cool', kadang-kala meletup tak kira tempat.

"Ada satu benda. Baru je mak dapat." Emak tersenyum menjawab.

"Apa dia?" Adik pantas menyoal..

"Haah, apa dia?" Ayah juga turut memalingkan mukanya ke kiri dan dahinya tambah berkerut. "Subuh-subuh tadi takde bagitau pun".

"Kamu semua", pendek jawapan emak. "Sebenarnya dapat tengok kamu semua berkumpul kat sini, dah macam besar sangat mak rasa. Setahun sekali pulak tu. Rasanya ini la satu-satunya perkara yang emak patut lebih hargai. Kita semua bersatu, kalau boleh sampai bila-bila. Alhamdulillah..."

Dapat aku lihat air mata emak meleleh sehingga ada yang terlepas jatuh ke dalam pinggan...

~Situasi, jalan cerita dan nama watak adalah rekaan semata-mata...
~Kisah ditaip selepas aku membaca satu bab dalam buku motivasi yang aku beli tahun lepas...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. lama dah tak makan kt senibong..

    igtkan kisah sbnr ko..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu aku nampak ada ketam alaska. gila bapak harga dia, rm200 lebih seekor!

      Delete
  2. aku ingat ni kisah famili ko..

    memang banyak benda-benda yang nampak kecil, tapi boleh buat kita hepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. famili aku takde tradisi tukar2 cerita macam ni. yang penting, makan...

      Delete
  3. so, apa citer gambar perempuan kat wallpaper tu..? citer tutup mcmtu je ke..? muehehehe..
    kau jgn request air kat aku. No. No. No.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun rekaan. jap, bagi aku pikir apa jadi kat awek tu...

      Delete
  4. Bunda pun ingat kisah benar...bab makan berjimat2 tu lebih kurang cerita bunda masa kecik2 jer dulu...

    Kalau dah ramai anak...adik beradik ...mak mesti pandai guna ilmu dia...kalau cekodok sorang lima biji...kalau lempeng sorang sekeping...lauk sikit sama sikit...banyak sama banyak...Adil...

    Semua benda kena banci...biar adil dan saksama...baru tak gaduh tak sentap..
    Mak memang terbaik..rindu arwah mak...huhu...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu sampai sekarang rasa sayu je bila tengok orang makan tak habis. alahai, sayangnya...

      Delete
  5. Pandaila SM ni reka citer...mcm real je kita baca.
    Tp bab kuah lodeh tu, saya pun suka byk2..separuh tenggelam..best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu tak berapa gemar dengan lontong kering. tetap suka jugak hirup kuah...

      Delete
  6. Aku baca satu persatu di awal perenggan.. Kau menceritakan tentang makanan di pagi raya membuatkan diri aku seolah-olah sedang berhadapan dengan makanan tu.. Dah rasa macam nak suap kat mulut je.. Kau dapat memberikan gambaran yang enak pada ketupat yang bermandikan kuah masak lodeh.. Ermmm.. Nyum.. Nyum...

    ReplyDelete
  7. Terkebil2 mata saya baca dari ayat mula hingga ke noktah terakhir, ingat cerita betul2, rupanya cuma rekaan. Tapi rekaan pun rekaanlah yg penting mesej kasih sayang di dalamnya, sangat menyentuh jiwa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rekaan semata2. jangan marah ha...

      Delete