Apa masalah aku dengan si KIDEX ni?

12
10:07 AM
kinrara damansara expressway KIDEX
Cadangan laluan, hasil carian dari Google.

Aku tulis dalam bentuk point-point je la. Nak taip panjang berjela, confirm nanti aku sendiri rasa menyampah nak baca balik...


Apa yang aku faham:

-Kinrara - Damansara Expressway, sepanjang 15km dari Damansara Jaya ke Bandar Kinrara.

-Dijangka akan memendekkan masa perjalanan sebanyak 25%, kononnya.

-Mengurangkan kesesakan trafik di sekitar Bandar Kinrara, Puchong, Petaling Jaya, Damansara dan bla bla bla.

-Satu syarikat konsesi ditubuhkan (gabungan) setelah projek ini dianugerahkan kepada dua syarikat. Terdapat isu politik kat sini. Memang aku dah agak.



Apa yang aku jangka:


-Masalah kesesakan langsung tak dapat dikurangkan, makin bertambah lagi ada. Yang buat kajian tu manusia, bukan malaikat. Yang ghairah membeli kereta, pun manusia jugak. Ditambah dengan faktor ekonomi, jumlah kenderaan sekitar Lembah Klang ni memang susah nak jangka. Walau pun korang ada PHD dalam bidang statistik atau perancangan bandar.

-Tempoh pembinaan KIDEX ni pasti akan mendatangkan lagi masalah. Contohnya, masalah keselamatan sebab lebuhraya ni akan merentasi beberapa kawasan yang padat dengan perumahan, tak kira la walau pun KIDEX ni adalah lebuhraya bertingkat. Kelancaran trafik pun akan banyak terganggu. Ambik contoh projek MRT sekarang. Sedangkan treler berhenti tepi kat LDP sebab nak hantar blok konkrit pun boleh sesak dari Puchong Perdana sampai IOI Mall, inikan pulak dengan segala macam mak nenek jentera besar yang keluar masuk kawasan perumahan.

-Isu hartanah. Siapa kat sini yang risau pasal harga rumah? Bila highway ni dah siap dengan 7 persimpangan (cadangan), mesti la akan membuatkan harga rumah kat kawasan sekitar akan melambung. Bukan harga rumah je, pemilik rumah pun akan ambik kesempatan (ini celaka punya orang) nak naikkan harga sewa.

-Kalau ada highway, mesti ada tol. Tak gitu? Dan mengikut apa yang aku baca, tempoh perjanjian adalah mencecah sampai 48 tahun! Pergh, kepala bapak dia la... Dalam tempoh tu, entah berapa kali la kadar tol bakal dinaikkan. Bila tol nak naik, mula la keluar seribu macam alasan dongeng. Bila tol nak turun, dia punya pukul canang, seolah dah suap nasi kat berjuta mulut orang miskin. Padahal yang turun tu baru 20 sen!

-Isu pengambilan tanah. Yang ni aku jangka memang mesti ada. Pernah dengar Kanun Tanah Negara (KTN)? Kalau tak pernah dengar, takpe. Cuma apa yang aku faham, dalam KTN ni kita semua takde hak 100% atas pemilikan tanah yang kita miliki. Jadi tak timbul isu sebenarnya kalau kerajaan tak boleh ambik tanah kita tanpa pampasan yang setimpal.

Jadi, apa masalahnya pada aku?

Setelah ditambah dan ditolak dengan faktor serta kesan positif/negatif sebelum, semasa dan selepas projek ni siap, bukan aku je yang terkesan. Tapi kebanyakan daripada kita.

Aku secara personal, bukan menolak pembangunan atau tak suka dengan usaha kerajaan nak membantu menyelesaikan masalah rakyat, tapi pada ketika tertentu aku nampak ada banyak lagi cara lain yang boleh dibuat nak selesaikan masalah trafik ni. Nak aku terangkan satu persatu ke? Tak payah, nanti entri aku ni jadi lagi panjang daripada tulisan kolumnis kat Utusan pulak.

Phuii...!

*Apa pulak pendapat kalian pasal KIDEX ni?

*Sebenarnya, bagus jugak kalau rumah aku ni kena ambik alih siap dengan pampasan, boleh aku berhenti kerja. Balik kampung, buat rumah lagi cantik. Kerja kat mana-mana pun ada. Yang susah nak dapat adalah ketenangan dalam hidup...

*Tapi mustahil la kan, sebab pengambilan tu mesti melibatkan tanah individu yang terletak berhampiran rezab jalan sedia ada. Bukannya keseluruhan (atau sebahagian) taman perumahan.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. Kat Malaysia ni, especially kawasan Klang Valley, buatlah hihgway baru sekalipun, jem tetap jem...Bertambahnya highway, bertambahnya kereta..sebab apa? Sebab semua orang nak " kerja KL"..aku tgk sendiri kawan2 dalam batch aku..yg asal duduk nun Perlis, Sabah, Kelantan..mai hijrah Selangor/KL...aku sendiri asal JB, pun hijrah ke Shah Alam...hahahaha..

    Penyelesaian terbaiknya aku nampak, ialah macam cadangan kau
    " Kita pindah kampung/ kawasan yg kurang padat"
    Kita lebih untung..nilai hartanah tak tinggi. Dengan duit 500 ribu, boleh buat banglo tersergam indah + laman Bali + swimming pool...500ribu kalau kat Klang Valley? tu haa rumah teres 2 tingkat sempit, tu pun rumah lama..new developmental area starting price dah 650-700K ..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pindah rumah, dengan pindah tempat kerja sekali. Peluang pekerjaan pun kena ada jugak. Baru la seimbang...

      Delete
  2. Kalau nak elakkan jem pindah aje kat Alor Setar, rumah di sini masih murah, kereta tak banyak sangat kecuali dekat2 nak Raya. Ada RM300,000 dah boleh buat rumah banglo di tengah bendang...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kan, sekarang perlis ada dalam saya punya rancangan persaraan...

      Delete
  3. aku pun dah bosan dengan pembangunan.. kalau dulu mai KL dari Utara.. bila nak sampai tol duta,. mesti nampak 2 mercu tanda malaysia KLCC dan Kl Tower.. sekarang dah dilindung oleh aprtment mewah di Mount Kiara.a.k.a Apartment tak mampu milik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lambat laun, rumah yang sekarang nama 'mampu milik' akan jadi 'mampu tengok' je. Mahal nak mampuih...

      Delete
  4. kinrara tu jem sebab MRT projek.

    area lembah klang ni rasanya takkan surut jem nya di waktu pergi dan balik keje...sebab banyak sgt projeknya.... tak sudah sudah...lepas projek MRT, projek tambah lane pulak , lepas tu projek buat flyover pulak, lepas tu projek tampal lubang jalan pulak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Project after project, semuanya nak segera tackle masalah depan mata. Tapi masalah yang tak nampak, tetap jugak tak setel.

      Delete
  5. Nasib baik kerja kat Melaka.. :) Tapi kat Melaka pun hujung minggu jammed.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak benda yang aku suka pasal melaka ni, tapi ini la satu2nya perkara yang buat aku menyampah terutama bila weekend.

      Delete
  6. IM nak berhenti kerja tak lama lagi. Akan selamat dari kesesakan trafik yang dijangka lebih hebat dek pembinaan jejantas dari Jambatan Pulau Pinang ke 2 ke susur ke luar di kawasan perindustrian Bayan Lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walau pun jauh lagi, tapi rasa tak sabar pulak nak bersara...

      Delete