Di Sana Lahirnya Sekumpulan Cinta

12
11:59 PM

Sekumpulan cinta-cinta kecil berpakaian seragam, yang kemudiannya membesar bersama-sama cinta-cinta kecil dan besar di samping mereka. Ada ketika cinta-cinta yang mendampingi mereka akan berubah menjadi benci, menjadi syak wasangka, menjadi cemburu, menjadi pengkhianatan, menjadi kecewa, menjadi penipuan. Namun akhirnya tetap juga menuju jalan yang sama, iaitu jalan menemui Tuhan.

Ohya,
aku membesar di pinggir bandar yang dikelilingi kampung-kampung kecil. Bukan di tengah bandar atau kawasan mewah. Jadi kebanyakan cinta-cinta kecil ini akan menjadi manusia sederhana seperti seorang penebar roti canai serta memiliki warung simpang tiga sebelah stesen minyak Shell yang power, pendidik kepada ribuan lagi cinta-cinta kecil, juruteknik berkebolehan sederhana dengan kebahagian yang susah dicari, pemakai uniform celoreng yang suka ber`selfie' di dalam group Whatsapp, pemilik butik yang menyediakan pakej majlis perkahwinan, suri rumahtangga berjaya yang tinggal di kejiranan eliti atau sekurang-kurang lelaki botak yang kadang-kadang suka merepek...

Ini adalah entri khas, selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke..........

~Kali pertama aku naikkan entri yang memuatkan wajah sendiri tanpa tapisan.
~Jali yang dalam entri aku dulu (kat sini) berdiri di barisan paling belakang, tiga dari kiri.
~Alhamdulillah, lebih kurang separuh daripada mereka aku masih lagi ingat nama.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. ketika masih ada rambut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun ada tapi kadang2...

      Delete
  2. Tak semena-mena Sudirman lebih banyak di promosikan berbanding pejuang kemerdekaan zaman penjajahan kolonial...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 komposer/penulis lirik lagu ni dapat royalti yang setimpal...

      Delete
  3. Kesian dengan nasib pejuang kemerdekaan yg keluar penjara masuk penjara dan akhirnya ada yg masuk hutan. Nama mereka dilupakan terus cuma kerana mereka menentang British, kalau mereka berkawan dan membodek penjajah tentu nama mereka akan dijulang sebagai pejuang kemerdekaan juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menentang dengan cara sendiri bukan sebab tak bijak, tapi mereka ni lebih berani daripada para pembodek...

      Delete
  4. kenapa aku rasa kelas kau mcm ramai je. ke kelas aku zaman dulu rasa mcm sampai 30 je. mm..entahlah. tak ingat.
    tp aku rasa mcm ramai je kelas kau ni.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, cecah 40 orang. Mungkin sebab cikgu tak ramai, jadi nisbah cikgu:murid tu lebih tinggi la.

      (masuk sekolah menengah, satu kelas cuma 20 orang je)

      Delete
  5. SALAM KEMERDEKAAN..
    MERDEKA!
    MERDEKA!
    MERDEKA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merdeka, luar dalam sampai bila2...

      Delete
  6. Soalan yang aku tau ko takkan jawab :ko yang mana satu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang aku tanda dengan kotak merah tu, paling kacak sejak baby lagi...

      Delete