Jari III

10
7:30 AM
Lebih kurang 10 minit melepasi jam 5 petang... "Weei, pergi mana tu. Rilek dulu. Awal lagi kalau nak balik pun..." aku menyergah lelaki yang kadang-kala dipanggil sebagai kembar aku disebabkan keadaan fizikal kami hampir serupa, cuma umur yang berbeza hampir 20 tahun.

Di depan pintu pantri, dia yang kelihatan sedikit tergesa-gesa menuju ke pintu utama sambil tangan kirinya menjinjing gitar baru, katanya. Sementara aku datang dari arah bertentangan dalam perjalanan ke pantri, dengan tujuan yang rutin seperti selalu. Apa lagi kalau bukan nak pekena teh tarik dan mengepam asap barang sebatang dua...

Setelah dipaksa masuk dan duduk di atas kerusi plastik, dia mengambil masa kira-kira 5 minit untuk memilih lagu yang sesuai dengan permintaan aku. "Lagu yang simple je cukup Jang, bagi plucking lebih sikit." Pinta aku. "Cepat sikit, lambat kau main, lambat la kau balik. Kang marah pulak Dato' Bentara Guru tunggu lama-lama. Hahaha!"

Sedutan pertama...

Sedutan kedua...

Dan yang ketiga, kemudian dia meletakkan kretek yang membara di tepi bibir meja. "Ok, nak sangat kan? Ha, kau dengar ni..."


Korang perhatikan, dia ni adalah seorang kidal. Agak-agaknya macamana la gaya aku nak belajar dari dia ni nanti. Rasa macam kekok pulak walau pun dia dulu belajar dari orang bertangan kanan jugak. Cuma susunan tali tu dia tetap tak ubah (upside-down).

Sekian.

~Jenuh aku nak upload video ni guna blogger, tapi gagal. Last-last guna youtube je.

Jari
Jari II

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Lama tak main gitar.. Dulu bolehlah main beberapa buah lagu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba try test, mana tau masih berbaki lagi kebolehan tu...

      Delete
  2. Saya tak mahir main gitar, tapi dram memang boleh... x-band boy masa muda2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti kaki pukul dulu ni...

      Delete
  3. Lagu kegemaran IM tu..ha..ha..

    ReplyDelete
  4. Orang kidal belajar dari orang kanan tu dah biasa. Tapi kalau orang tangan kanan belajar dari orang kidal tu, jarang-jarang.

    Tapi, terhibur juga tengok video akustik ni.

    ReplyDelete
  5. assalam...sedap lagu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sorang lagi, digelar encik vokalis. Suara lagi sedap...

      Delete