Pelangi di bawah pohon cendol (entri panjang banyak gambar)

5
2:49 PM
Ini apa yang telah berlaku genap seminggu yang lalu.

*

Lebih kurang 12 jam sebelum pertemuan, perancangan ala kadar diatur. Dia yang memberitahu bahawa dia akan mempunyai sedikit masa lapang untuk menyerahkan pesanan aku, yang dibuat sebulan sebelumnya.

Alamak, Sungai Long? Hmm, tempat yang aku kurang familiar. Kunjungan ke rumah dia pada hari raya dua tahun lepas pun berdasarkan panduan daripada GPS semata-mata. Kalau kali ni aku ikut signboard, mungkin boleh kot. Lagi pun mana mungkin aku nak tengok telefon bijak aku sambil menunggang dengan kelajuan purata 90km/j di atas lebuhraya.

Sudahnya, aku pun cuba mendapatkan kepastian malam tu jugak. Screenshot dari Google Map di`whatsapp'...


Tak pasti lokasi sebenar, walau pun landmark telah diberikan iaitu Maybank dan beberapa premis terkenal yang lain. Aku rasa mungkin betul la kot tempat ni.

Rasa sedikit yakin bila menerima balasan screenshot daripada Waze milik dia.


Untuk 5 minit pertama, aku sedikit keliru dengan kiriman screen shot ini. Bila dibelek-belek, baru aku perasan yang peta Waze ini telah di`orientate' dan arah mata angin sudah tidak selari lagi dengan peta Google Map milik aku. Dem! Macamana aku boleh tak perasan, ingatkan dah pakar sangat...

Takpe, bila tiba setengah jam sebelum keluar dari ofis keesokan harinya, sekali lagi aku cuba menghafal laluan yang terdekat, mudah dan selamat sebab aku belum sedia mati atas jalan raya kena lenyek lori. Hehehee... Mengikut perkiraan, kelajuan sederhana kuda putih aku mungkin akan mengambil masa lebih kurang 40 minit.


**

Lebih kurang jam 11:30 pagi, setengah jam sebelum masa yang dijanjikan. Aku dah sampai betul-betul di lokasi yang dinyatakan. Sengaja aku sampai lebih awal, supaya dapat aku habiskan sedikit masa meronda-ronda kawasan sekitar. Dan sebagai persediaan kalau-kalau Tuhan nak uji aku sepanjang perjalanan (contohnya tersesat), jadi lebihan masa tu boleh la aku reserve untuk kembali ke laluan yang sepatutnya.

Dah hampir dua tahun tak jumpa, tak lepak minum sama, tak syok pulak kalau biar dia tunggu aku lama-lama. Lagi pun apa la sangat sampai awal setengah jam tu kalau nak dibandingkan dengan pesanan yang dah lama aku imagine kecantikannya sejak bulan puasa lagi.

Pemandangan dari persimpangan utama.

View dari arah yang bertentangan.

Pesanan whatsapp dihantar, mengandungi gambar pohon rimbun yang menjadi tempat teduhan sekumpulan manusia yang dahaga.

"Ha, betul la tu. Sekejap lagi aku datang, on the way dah ni..." balasnya.

Ya, itu dia. Akhirnya tercapai jugak impian tekak aku nak pekena cendol yang beberapa kali sebelum ni dia pernah bagitau sebagai antara yang paling mantop. Betul atau tidak, memang itu la masa yang tepat nak tentukan.


***

Aku rasa tak boleh blah pulak duduk bertenggek atas kuda putih ni. Lima minit yang aku rasakan agak lama lebih-lebih lagi bila terkenangkan cendol sejuk di bawah pokok sana. Masuk minit ke-7 (kononnya), aku pun segera memulas throttle untuk menggerakkan kuda putih aku menghampiri teduhan pokok sana.

Siap menongkat kuda putih, aku segera bangun dan membuat pesanan satu set kombo yang mengandungi semangkuk cendol biasa, sepinggan rojak, secawan kelegaan dan segelas kegembiraan. Jelas sekali lokasi yang dipilih ni memang sesuai dengan jiwa kental aku. Iaitu di persimpangan jalan tanpa halangan daripada sebarang binaan buatan manusia atau objek semulajadi seperti bukit atau bongkah batu-batan, membuatkan pipi gebu aku mudah dibelai angin dari cuaca panas.

Tak sampai setengah minit, pesanan pertama aku sampai...


Nampak tak? Impressi pertama dah berjaya merangsang kelenjar liur aku. Cendol biasa dihidangkan dalam suasana luar biasa.

Seterusnya...


Hidangan kedua dalam kombo, rojak biasa. Ok, pada aku rojak ni rasa dia kira boleh tahan jugak la. Asalkan masuk perut, habis... Dah kira berjaya sebab ini kali pertama aku menjejakkan tongkat kuda putih ke sini. Mungkin lain kali aku nak kena try rojak mee pulak. Macam yang kawan aku order kemudian. Macam best pulak tengok dia sedut juntaian mee terus meluncur masuk ke dalam mulut. Serius shit, aku pun nak try lepas ni.

Komen untuk cendol pulak... Hm... Ah, korang bayangkan jela kalau aku yang dah kenyang dengan sepinggan rojak disulam dengan cendol pun boleh mintak tambah semangkuk lagi, apakah maknanya itu? Maknanya, aku memang malas nak masuk ofis cepat-cepat! Rilek, hujan belum nak turun. Pekena semangkuk lagi, apa ada hal kan.


****

Setelah selesai menghabiskan ketulan-ketulan kelegaan dan menghirup sisa-sisa kegembiraan di bawah teduhan pokok tu, kami pun terus ke aturcara utama. Iaitu menukarkan duit dalam wallet aku kepada kepingan-kepingan pelangi yang berjumlah dua bekas kesemuanya. Mengikut apa yang dia katakan tentang spesifikasi dan kaedah pembungkusan, kali ini dia tidak meletakkan lapisan plastic bubble entah apa ke napa sebab sudah kehabisan. Aku rasa, sejak bulan puasa sampai la penghujung Syawal, banyak jugak tempahan yang dia dapat. Sebut je apa jenis kuih. Daripada yang keras macam gigi, atau yang lebih lembut daripada lidah. Aku rasa mesti semua dah dah buat.

Dan demi menjaga kepingan-kepingan pelangi ni masih dalam bentuk asal sebaik aku sampai rumah, aku janji pada dia yang aku akan junjung kedua-dua bekas ni kat atas kepala, sepanjang perjalanan. (Ternyata, janji palsu. Sewel apa aku nak buat lagu tu).

Sesampai di rumah...


Ni baru sampai depan pintu rumah, debaran akan sampai ke kemuncaknya sebaik sahaja aku bukak kat dalam rumah karang.


*****

Sampai rumah, kena la siap-siap dulu. Mandi, solat, makan nasi, main fesbuk, semak email, tengok tv. Bila semua rutin tu dah sempurna dengan penuh disiplin, baru la aku aku bukak perlahan-lahan plastik merah ni.


Aha, masih lagi dalam keadaan baik. Alhamdulillah. Jadi, kita terus lompat ke prosedur yang selanjutnya. Dengan lafaz bismillah, aku terima nikahnya sambil menatang bekas berpenutup lutsinar tu. Hasilnya...


Sorry, hasilnya tak dan aku nak snap gambar. Bila dah tinggal sikit baru la aku teringat. Punya la menggoda mata dan kepala lutut, sekali hayun je dah tinggal lebih kurang suku je kat dalam bekas. Mantop dan terbaik bak hang...

Orait geng, tahun depan aku nak order lagi. Masa tu tak payah offer diskaun kat aku. Barang bagus memang tidak layak untuk diberikan potongan harga.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

5 comments:

  1. panjangnya.. T_T aku cop tempat dululah. ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebekas berapa rm tu? cara kau cerita macam nak bes je.

      Delete
    2. nilai atas kertas, RM25 sahaja. tapi kalau termasuk kegembiraan, tak ternilai. hehehee...

      Delete
  2. BARU TENGAH HARI TADI PEKENA CENDOL JAM BESAR KAT BANDA HILIRR, MELAKA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik, terbaik, terbaik! hari tu aku ada singgah, memang kena betul taste aku. port pun cantik...

      Delete