Peringatan Untuk Mereka

6
9:53 AM
Minggu yang sangat sibuk, sampaikan nak tido kat ofis pun macam tak sempat. Dengan kerja-kerja ciput yang keluar masuk, keluar masuk telah mengurangkan lagi ruang untuk aku bersantai. Tapi dalam sibuk-sibuk pun, sempat lagi aku lari sekejap pergi ke sungai yang panjang kat Malaysia (atau mungkin dunia). Nanti aku ceritakan, itu pun kalau ingat la.

Semalam, dari pagi sampai ke malam, `garis masa' kita pasti telah dibanjiri dengan pelbagai cerita duka yang mengiringi perjalanan terakhir mang-mangsa tragedi MH17. Cerita-cerita sedih tu tak berakhir sebaik sahaja jenazah mereka selamat dikebumikan, tetapi melarat sehingga ke awal pagi ni. Dengan masing-masing berkongsi pengalaman daripada anak-anak, ibu bapa, saudara dan kenalan si mangsa.

Aku tak berapa nak baca/tonton sangat, sebab aku tak nak rasa terganggu dengan cerita-cerita sedih sebegitu. Pada aku, cukup la kita semua berkongsi kesedihan dengan mengirimkan doa untuk yang telah pergi tu.

Cukup setakat itu. Sebarang kisah menyayat hati sebelum dan selepas kematian mereka itu, pada aku biarkan tamat dan dikenang oleh mereka yang tersayang. Air mata mereka tidak sepatutnya menjadi bahan dagangan untuk melariskan butang `kongsi' di laman sosial. Kemudian, beberapa bulan dari sekarang kita semua kembali seperti sediakala. Melupakan iktibar yang Tuhan kirimkan bersempena tragedi ini.

Dan kalau pun betul kita semua rasa terkesan dengan insiden ni, sehinggakan acara hiburan yang secara tradisi dianjurkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti terpaksa dibatalkan, eloklah kita melakukan sesuatu supaya anak-anak kita nanti tahu bahawa tahun 2014 ini adalah tahun malang bagi industri penerbangan kita. Contohnya,
memorial peringatan.

Wujudkan satu ruang yang menempatkan memorial dengan nama-nama mangsa diabadikan pada tugu khas. Dan disebabkan insiden ni tidak berlaku di sini, seperti beberapa memorial perang yang lain, aku rasa elok juga perkara ni dilaksanakan di Muzium Negara. Aku tak pasti kalau kita ada muzium penerbangan. Kalau ada, lagi sesuai kita buat kat situ.

Maaf, cadangan aku ni bukan bertujuan untuk mengalakkan acara pemujaan tahunan macam tugu-tugu yang lain. Tapi sekurang-kurangnya, insiden ini telah memperlihatkan betapa kita semua mampu bersatu (walaupun sementara) dalam menghadapi krisis yang hebat ni.

Siapa kata orang Melayu, Cina, India dan beberapa etnik peribumi lain tak boleh makan sepinggan?

tugu peringatan double six

tugu peringatan double six


~Gambar recycle, ketika lawatan ke Kota Kinabalu dua tahun lalu. Diambil dari entri lama (Tugu Peringatan Double Six)
~Memorial yang aku cadangkan ini juga didedikasikan untuk penerbangan MH370.
~Sekian, al-Fatihah...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. IM pun kekadang terasa lemas dengan cara media tv yang berlebih-lebihan menyiar isu MH17 ni.

    Semalam, IM dengar ada satu keluarga waris yang mahu jenazah itu di rahsiakan dan tidak dirai seperti mana jenazah lain.

    IM merasakan mungkin mereka mahu privasi dan menyelenggaranya seperti mana biasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya pun mungkin akan buat perkara yang sama. Perhatian berlebihan pada perkara tak sepatutnya boleh tambahkan lagi tekanan emosi.

      Delete
  2. Tak cukup dengan kat media massa, kat media online macam blog pun banyak kisah memori berkenaan mangsa nahas yang diceritakan. Mungkin ada sesetengahnya yang buat tu untuk semata-mata kejar trafik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah macam stesen tv swasta pulak. Kejar rating sebab nak tarik banyak iklan.

      Delete
  3. Walaupun sudah seperti sedikit terlambat, tapi sekarang agaknya masih ada masa untuk pihak MAS dan kerajaan melakukan koreksi diri terhadap syarikat penergangan negara itu. Tak perlulah lagi hidangkan arak dalam kapal terbang syarikat nasional sebuah negara Islam ini. Peramugari berpakain ketat dengan dada separuh terdedah juga adalah fesyen yang tak sesuai lagi. MAS bukan kelab malam, tak perlu arak dan wanita berpakaian kurang sopan di dalamnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saranan ni dah timbul sejak tragedi MH370 kelmarin. Mog kita boleh tengok perubahannya nanti.

      Delete