Qorun...

10
7:50 AM
Baru aku tau,  harta karun tidak semestinya tertanam berhasta di dalam tanah. Atau letaknya jauh terpencil di tengah pulau yang dikelilingi lanun...

Sebenarnya kebanyakan harta karun yang ada ni wujud betul-betul di depan mata. Bertaburan di atas tanah. Cuma tinggal aku je yang perlu menukarkan itu semua kepada rumah banglo, kereta mewah dan duit berjuta...

biji getah kebun getah
Hasil lima minit aktiviti mengutip biji getah, di kebun arwah nenek aku.
Dah lama tak merayau dalam kebun, nyamuk-nyamuk kat sini macam dah tak kenal aku pulak. Bila nyalakan Winston sebatang, baru la masing-masing nak tunjuk adab sikit.

Perhatikan dalam gambar, baru aku tau yang tangan aku ni memang mulus, lembut dan halus! Hehehee...

Sekian, assalamu 'alaikum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. mesti mulus sebab tak kena Glo/dynamo/fab/breeze tu.. hehe..
    dulu aku suka kutip buah getah sampai kitorang kena kejar dengan tebuan tanah dan lepastu kena bebel sebab ikut geng-geng lelaki abg masuk hutan kutip buah getah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku suka kumpul sebab cantik...

      Delete
    2. kitorg main ketuk2. Pernah sorg kawan abg masukkan simen dalam buah getah dia. lepastu selalu memang sebab buah getah dia confirm keras sebab simen.

      Delete
    3. best la kau ada abang. selalu aku yang lead adik perempuan aku main game budak lelaki. serupa tomboy dah...

      Delete
  2. Buat tempe. Tapi kena proses betul2, karang mabuk pulak yang makan.

    ReplyDelete
  3. Teringat permainan laga buah getah masa kecik2 dulu. Ada kawan yang sampai jumpa bomoh untuk jampi buah getahnya supaya kebal, tapi akhirnya pecah juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka kumpul je. kalau baling pun, cari benda lain jadi target. contohnya kucing. hehehee...

      Delete
  4. sejak tanah felda nenek aku kene jual 15 tahun lepas, tak merasa dah aku pegang biji getah ni..nostalgia betul la..

    ReplyDelete